Wednesday, November 14, 2007

Episod Sedih

Mid of 2nd week

Hari terakhir aku di kampung, aku dikejutkan dengan berita sedih. Tok Cim, kawan ayah aku telah pulang ke Rahmatullah. Iskk..baru raya hari tuh aku berjumpa dengan beliau. Rasa macam tak percaya. Huhu

Beliau meninggal kerana mendapat serangan darah tinggi secara mendadak dan tak sempat untuk menerima rawatan. Memang tak disangka-sangka. Berita yang aku terima membuatkan aku tak dapat tidur sepanjang malam (beliau meninggal di tengah malam). Aku memang sebak yang teramat sangat sebenarnya sebab umur arwah lebih kurang sebaya dengan ayah aku dan perkara itu sedikit sebanyak menyentuh perasaan aku sendiri. Huhu...

Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan dan kedua-duanya masih belum berkahwin. Lagipun diorang pun muda lagi. Dulu masa kecik-kecik, aku berjiran dengan mereka. Lantas keesokan paginya aku bergerak ke rumah arwah untuk menziarah jenazah buat kali terakhir.

Sempat aku tatap wajah arwah sejurus sebelum dikapan penuh. Huhu..airmata aku tak dapat aku tahan dari tertumpah. Aku nampak isteri arwah, which is makcik saudara aku sendiri begitu tabah. Sedikitpun airmatanya tak tumpah walaupun beliau kelihatan sugul. Aku terus mendapatkan anak-anak arwah untuk mengucapkan takziah. Belum sempat aku berkata apa-apa, tubuh aku terus dirangkul erat oleh anaknya yang pertama.

Ya Allah, sungguh sebak aku rasakan. Aku benar-benar simpati. Aku hanya mampu untuk mengusap airmata anak-anak arwah dan memimta mereka supaya sabar dan redha dengan dugaan tersebut. Lama kami berdakapan. Aku benar-benar ingin meredakan keadaan walaupun aku sendiri berasa goyah lantaran kesedihan yang teramat sangat. Tiada apa yang boleh dibuat melainkan meminta anak-anaknya redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Aku tak ikut pergi ke pusara kerana aku sendiri tak terdaya lagi. Rasa nak demam semula pun ada jugak. Lalu aku terus pulang ke rumah mak aku dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah sendiri.

Sedang aku menaip entry ini, aku masih merasa sebak. Bukan kali ini sahaja, malah setiap kali aku teringatkan Maklong Leha, Ima dan Ira, terus aku berasa sebak dengan sendirinya. Aku doakan agar mereka tabah dengan ujian ini.

Semoga roh Allahyarham Tok Cim (Hashim bin Abd Manan) dilimpahi rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

No comments: