Thursday, November 15, 2007

Happy Birthday Siti!!

Khamis, 15 November

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke 26 buat sahabat aku di zaman kanak-kanak dulu, Siti Hasla binti Ramli. Semoga panjang umur dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Aku tak pasti adakah beliau akan membaca entry ini memandangkan beliau memang tak tahu menahu akan kewujudan blog aku ni dan lebih mengharukan keadaan, sudah lama kami tidak bersua dan aku sendiri tak tahu macam mana nak menghubungi beliau. Huhu..Namun, tak mengapalah, aku abadikan saja ucapan ini di dalam blog tanda ingatan aku kepada beliau.

Beliau merupakan sahabat karib aku di kampung sewaktu kecil dan kami bersekolah rendah bersama. Dulu masa kami masih kecil, hampir setiap hari kami bermain bersama. Menyorot kenangan lama, aku tersenyum sendiri.

Ayah Siti ni berniaga barangan runcit di pasar malam. Masih ku ingat lagi, setiap petang apabila kami ingin bermain, aku terpaksa tolong dia kopek kulit bawang dulu. Nak kasi bawang tuh nampak cantik lah katakan. Hampir setiap hari macam tu. Kalau aku tak tolong, maka lambatlah kami akan dapat keluar bermain sebab dia terpaksa sudahkan mengopek kulit (kulit mati) bawang tu hanya berdua dengan kakaknya.

Depan rumah Siti ni ada pokok jambu air. Pokok jambu tuh la yang sering kami panjat secara senyap-senyap. Jadi macam tupai, petik jambu dan terus makan. Kemudia sisa-sisa jambu tuh bersepah-sepah di bawah pokok. Kami terpaksa memanjat secara senyap-senyap kerana nenek si Siti ni memang pantang kalau tengok budak perempuan memanjat pokok. Nanti beliau akan menjerit "kau panjat la pokok tu, rabak &%*@ kau tuh kang!!" Huhu..pendai-pandai la korang teka ape perkataan censored tu.

Kadang-kadang kami pergi mandi sungai. Takpun cari tanah liat nak dibuat arca. Kadang-kadang main galah panjang kat laman rumah nenek aku sebab laman nenek aku luas. Main baling selipar, teng teng, main lompat getah, main baling tin, Takpun main rounders. Tapi yang paling suka sekali, main masak-masak la.

Main masak-masak tuh kan, port kami adalah kat belakang rumah seorang nenek tua nih bernama Wo Merah. Dia tinggal sensorang je. Kami suka main belakang rumah sebab dia suka sponsor beras dan periuk belanga. Dulu aku suka jek, bagi aku nenek tuh sporting. Tapi bila aku dewasa sikit, aku rasa bersalah sebab nenek tuh dah la tinggal sensorang, miskin pulak tuh. Kami nih guna beras dia pulak buat main masak-masak. Huhu. Aku tak tahu kenapa dia izinkan dan kenapa dia sponsor benda-benda tuh. Mungkin kerana dia gembira bila kami bermain di kawasan rumahnya. Mungkin dia kesunyian.

Barang-barang lain seperi minyak dan bawang, itu Siti yang sponsor sebab ayah dia tokey bawang. Kelapa aku yang sponsor sebab rumah nenek aku banyak pokok kelapa dan kami parut pakai kukur. Ikan kami tangkap sendiri dekat lubuk berdekatan kebun getah nenek aku. Lepas dah masak, kami makan laaa..makan atas daun manggis. Hehe. Tak pernah cirit taw. Kellass betul kami nih. Hehe.

Sebab Siti nih jenis berduit (sebab ayah dia kasi upah kopek kulit bawang), dia selalu belanja aku masa kat sekolah. Siti ada duit, tapi tak ada pengaruh. Yang berpengaruhnya aku, jadi Siti selalu belanja aku untuk memastikan dia sentiasa dalam group aku. Huhu..jahat kan. Bukan aku yang mintak, dia yang suka belanja. Tapi aku ikhlas kawan dengan dia. Mungkin dia tak tahu. Heh.

Bila kami memasuki alam sekolah menengah, kami menjadi sedikit renggang kerana berlainan sekolah. Dia masuk sekolah agama, aku masuk sekolah biasa. Kami masih berjumpa di waktu petang selepas sekolah, tapi dah tak mesra macam dulu lantaran dia menganggap aku nih kategori lain. Dia pernah kata, kami tak sama kerana aku budak bijak, jadi dia merendah sendiri. Hmm.... Walau apapun kami masih berjumpa tatkala ada kenduri di kampung, dan kami sama-sama menjadi remaja sunti di kampung tu. Hehe, in other words, melaram bersama. Hehe..

Banyak lagi kenangan bersama Siti. Kalau tengok keadaan kami sekarang, memang tak sangka yang kami pernah menjadi sangat akrab satu ketika dulu. Masa merubah segalanya. Kadangkala bersua dengan Siti, kami hanya berjabat tangan dan bertanya khabar. Tiada lagi gurauan dan bermanja-manja seperti dulu. Sekarang Siti dah ada anak dua orang. Aku tumpang gembira. Aku tak tahu samada dia merasakan apa yang aku rasa, sesungguhnya aku rindukan kenangan kami yang dulu. Siti tetap kawan aku yang aku sayangi biarpun kami tidak lagi serapat dulu.

Selamat Hari Lahir Siti. Aku tak pernah lupa hari lahirmu selama ini biarpun tiada lagi hadiah yang kutitip buatmu. Namun ingatanku terhadap kenangan kita, tetap kusimpan rapi dalam kotak memoriku ini. I miss you.


Myspace Comments - Birthday Cheese



Sekian

No comments: