Monday, November 19, 2007

Isteri Mithali

Dah dua hari berturut-turut aku memasak. Dua hari berturut-turut jugak aku mendapat pujian. Bukan pujian masakan aku sedap. Tapi pujian sebab tiba-tiba aku rajin memasak.

"Good girl...good girl...." kata Mr Shrek. Heh.

Semalam masak nasik, sardin goreng, telur dadar dengan sawi campur fishball. Hehe...simple nak mampos tapi Mr Shrek makan sampai licin. Syoknye aku rasa. Hari nih pulak sotong masak sambal, taugeh goreng, ikan goreng dan telur dadar lagi. And again, Mr Shrek makan sampai bertambah-tambah.

Aku mengaku, aku masak once in a blue moon jek. Bukan kerana apa, kerana aku rasa tak berbaloi nak memasak memandangkan aku makan sensorang kat rumah. Tapi lately Mr Shrek banyak habiskan masa di rumah kerana beliau sedang siapkan skrip. Jadi aku ambil kesempatan ni untuk jadi wife yang baik. Aku mengemas dan memasak.

Salah satu kebaikan Mr Shrek, beliau tak lokek dengan pujian. Walaupun itu memang tanggungjawab aku, tapi beliau hargai kalau aku buat extra work. Beliau tolong memasak, tolong basuh pinggan, tolong segala. He said that i'm a good girl.

Hmm....kan seronok kalau hari-hari macam ni. :)

No comments: