Friday, November 16, 2007

Penat Yang Kurasakan

Malam tadi aku tak tidur semalaman. Tapi mujur ada orang temankan. Err..ke orang tu yang buat aku tak tidur? Ntahlah aku pun tak pasti. Yang pasti aku tak tidur dan aku menghabiskan masa bersembang meleret-leret. Pindah dari satu topik ke topik yang lain sampai akhirnya dah tak tahu nak cakap apa.

Sekarang aku terasa penatnya. Penat sesangat. Bukannya apa, niat aku nak mengqada' tidur siang tadi terbantut gara-gara ada agenda mengejut. Hmm...kena mengemas rumah sebab ada tetamu nak datang yakni keluarga angkat Mr Shrek dari Ipoh. Nak bermalam di sini katanya.

Hanya berbekalkan tidur yang hanya sempat aku nikmati selama dua jam, terpaksa aku gagahkan diri untuk berkemas. Tak boleh tidak kerana rumah aku memang macam kapal karam. Itulah wajah rumah aku setiap kali selepas bercuti panjang. Rumah menjadi tak seperti rumah kerana mood bersenang lenang masih menebal. Tambahan pula dengan lambakan pakaian yang belum berlipat. Aduhh..headache!!

Sekarang rumah aku dah kembali kemas dan bersih. Bilik tetamu dah aku sediakan. Tetapi baru sebentar tadi aku mendapat panggilan telefon dari tetamu aku tu. Huhu..beritanya sungguh tak memberangsangkan. Kereta mereka rosak di Rawang dan mereka mengambil keputusan untuk bermalam di Rawang sahaja. Aduhh...aku yang penat rasa semakin penat. Tapi tak mengapalah, kalau bukan kerana mereka, mungkin aku masih bermalas-malas dan rumahku masih melingkup seperti biasa.

Aku rasa macam nak pergi spa. Mesti syok. Tapi tak payahlah. Kalau aku tidur sekejap, mesti lepas tuh aku dah okey semula. Aku penat bukan apa, sebab tak cukup tidur. Itu jek masalahnya. So okey, aku nak tido kejap. Aku nampak tulisan nih pun berbalam-balam dah nih.

Selamat malam.

No comments: