Thursday, November 15, 2007

Hadiah Penyapu Yang Mantap

Okey, rata-rata semua dah sedia maklum pasal berita penganugerahan penyapu kepada dua majlis daerah di Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006. Pergi kat link nih kalau nak tahu lebih lanjut http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_36bb12dc-c0a85062-97d5ad00-c3b90968

*Credit to mSTAR Online

**********************************************************************************

Ha, aku bukan nak ulas pasal wajar atau tak wajar mereka yang berkenaan dihadiahkan penyapu tuh. Tapi aku nak ceritakan tentang satu peristiwa yang berlaku kepada rumah aku sebentar tadi dan ianya sedikit sebanyak ada kaitan dengan berita tersebut.

Tengah aku dok melayan forum, tiba-tiba aku dengar riuh rendah kat depan pagar rumah aku. Aiseh, aku pegi la jenguk. Mak aih, banyaknya kereta warna biru tua. Lori pun ada. Cuak pulak aku rasakan. Ada open house lagi ke kat rumah jiran aku ni. Takkan la pulak kan, raya pun dah abis. Hehe

Bila aku tinjau kat tingkap, aduhhh...mereka nak jumpa aku rupanya. Alamak, aku dah pelik. Aku pun tukar pakaian, terus keluar. Rupa-rupanya depa nih MPSJ. Huhu..adalah wakil dari mereka yang ramai-ramai tu, dia tanya siapa tuan rumah. Aku cakaplah apa halnya nih encik? Dia cakap, kami datang nak kutip cukai pintu yang tertunggak ni.

Aiseh, aku cakap la yang aku dok menyewa jek. Tapi dia kata, tak apalah, mari kita berbincang kat dalam. Aku cakap aku dok sorang, dia kata tak apa, banyak nak kena bincang nih. Kami ada pegawai wanita jugak. Okeylah, aku call Mr Shrek, dan izinkan mereka masuk ke dalam.

Rupanya, huhu..tuan rumah aku nih tak bayar cukai pintu dari tahun 2005. Hutangnya tuh adela la dalam Rm 2 ribu lebih. Orang tuh cakap, kena bayar hari nih juga, kalau tak dia nak sita barang dalam rumah aku. Haaaa???

Dia kata lagi, tak kisah la rumah nih milik siapa, tapi sekiranya gagal menjelaskan hutang-hutang tertunggak tuh by hari ini jugak, maka barang-barang kat rumah nih yang akan disita. Huhu. Lantas aku call tuan rumah, dan minta wakil MPSJ tuh sendiri uruskan dengan tuan rumah.

Hehe, tuan rumah setuju nak bayar akhirnya. Aku dah cuak sebab depa tuh dah sibuk mengerling TV kat rumah aku nih. Hehe. Sebab nilai barang yang hendak disita perlu bersamaan dengan jumlah hutang yang tertunggak. Aku cool jek. Aku rasa orang MPSJ tuh pun tak sampai hati nak amik barang rumah aku. Yelah, aku nih kira orang inesen la kononnya kan.

So dah settle. Cuma aku perlu serahkan waran hutang tuh tadi kepada tuan rumah untuk dia selesaikan di pejabat MPSJ petang ni. Selamat harta-harta kepunyaan aku. Hehe

Ceritanya kat sini, bila perkara begini berlaku, terus aku relatekan dengan berita pasal hadiah penyapu tuh. Aku rasa sekarang nih mesti jabatan-jabatan dan majlis-majlis terbabit tengah panas punggung dan cuba menjalankan tugas dengan lebih berdedikasi. Maklumlah, takut-takut dapat penyapu pulak kan.

Bagus jugak eh, bayangkan selama nih cukai betunggak-tunggak, tak pernah pulak depa buat hal ginih. La nih dan-dan mengelupor mintak hutang. Nampaknya hadiah penyapu tuh memang mantap. Ramai juga rupanya takutkan penyapu ajaib tuh. Baguslah. Kadang-kadang, perkara yang paling memalukan adalah cara terbaik untuk menyedarkan sesetengah pihak.

Kuasa penyapu. Memang mantap kan? ;)

p/s: Eeee..tuan rumah aku nih kan, aku nak beli rumah nih lambat-lambat jek dia nak uruskan. Tapi bila part nak bayar cukai mengelat la pulak. Kosserr....

No comments: