Monday, January 21, 2008

2008 Intro

Aku baru perasan..sepanjang Januari nih memang aku tak update blog langsung. Takde ucapan tahun baru, takde ucapan salam Maal Hijrah, takde beramas mesra ngan kengkawan kt cyber nih, lagi takde ape ek...pendek kata memang aku hilang la sepanjang bulan Januari nih.

So sebab arinih aku ada kat umah satu hari, barulah aku ada peluang nak qada' balik apa-apa yang aku tertinggal.

Happy New Year 2008 untuk u ols semua...dan salam Maal Hijrah. Tak sempat aku nak tanya ape azam baru u ols semua. But as for me, azam aku tahun nih sangat simple. Tapi aku rasa paling bersemangat berbanding tahun-tahun yang sudah. Aku takmo cakap azam aku kat sinih, sebab ianya terlalu peribadi (konon), cuma apa yang aku harapkan, 2008 nih akan memberi sinar bahagia dan kegembiraan untuk aku. InsyaAllah.

Aku juga berharap semoga tahun nih juga memberi lembaran baru kepada rerakan semua. Aku percaya semua orang mahukan yang terbaik untuk diri dan hidup mereka. Jadi cara terbaik adalah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi apa yang kita ingini. I bet u guys are working on it kan?

Ok i guess itu je for intro pada hari nih. Hampeh sungguh kan, dah nak abis sebulan baru aku terhegeh-hegeh nak buat new year intro speech. Kosser...

Entry lain akan menyusul sebentar lagi.

No comments: