Tuesday, October 14, 2008

The Sweetest Pain ( Finale )

Fri, 3rd Oct 2008 – Sat, 4th Oct 2008

Terbangun lagi bila bila dah pukul 5 pagi sebab doc nak amik darah. Dan lagi terkejut bila tengok Mr Shrek tengah tidur kat sebelah aku..i mean on my bed oke. Dengan doc tuh pun terkejut sekali. Ekekeke…Mr Shrek cakap dia tak larat tido kat sofa tuh sebab buat pinggang dia sakit. Kesian je aku tengok dia.

Doc tuh berterus terang kat aku…sehari doc akan amik darah aku 4 -5 times a day. Aku tergamam. Banyaknye?? Dan air pulak dimasukkan kat badan aku 8 botol sehari. It means every 3 hrs. Banyak gile? Aku tak kisah lagi..tapi aku nih lasak..bila masuk toilet, darah aku mesti masuk dengan banyaknya kat tiub tuh dan bercampur dengan air. Selalu kena tegur dengan nurse. Tapi nurse Hospital Taiping memang superb. Cayalah..servis tip top. Mesra dan peramah. Baguihhh…

Makan kira orait la..buah-buahan pun bertukar-tukar. Yang penting Mr Shrek bleh bawak segala macam benda ke dalam bilik tuh. Nurse tak marah dan tak membebel langsung. Mr Shrek suapkan semua makanan aku. Pehtuh dia tukang peghabih semua makanan aku.

Walau apepun..aku masih terbaring. Aku banyak kali tertidur. Darah aku masih rendah. Dan pada hari kedua aku di wad, platlet darah aku turun ke 50 dan demam aku masih tak kebah. Doc kat situh memang kasik keutamaan kat kes aku sebab lab repot belum dapat lagik. So diorang terpaksa berdepan dengan sebarang kemungkinan penyakit aku. Tapi diorang saspek aku denggi la.

Aku dah lali diambil darah..yelah sehari 4- 5 kali darah aku kena amik. Masuk hari ketiga…bilangan botol air yg dimasukkan ke badan dikurangkan dari 8 ke 6 botol. Tak jauh beza pun..4 jam sekali. Jari aku jadi macam jari giant. Hehe..kembang tak hengat.

Masuk hari ketiga, doc berterus terang lagi. Diorang cakap diorang masih tak tau penyakit sebenar aku. Cuma saspek denggi tapi bukan muktamad. Tapi doc cakap..cuma ada dua kemungkinan je penyakit aku..yelah berdasarkan simptom2 darah aku tuh. Satu, aku ade penyakit barah darah, 2nd aku kena denggi. Hoho…so aku lebih rela disaspek denggi la kot kalau begitu keadaannya. Haihhh… cuak seh…cuak..


Sun, 5th Oct 2008

Aku masih demam. Sehari nurse tuh amik dekat 10 kali ada gamaknya dia amik suhu badan aku dan amik tekanan darah. Lengan aku sampai lebam dan ada kesan darah beku sebab kerap sangat amik tekanan darah. Badan dan lengan aku pulak ade bintik-bintik putih kuning.

Aku dah tanggalkan baju hospital sejak hari ke ketiga. Sebab baju tuh buat aku nampak sakit & berpenyakit. Huhu..aku sengaja pakai satu t’shirt kaler pink yang tertulis ‘Future Celebrity’. Saje, nak attention lebih. :P

Kesan cucukan jarum kat lengan aku toksah cakap la. Sampai lebam dah. Seb baik kebanyakan darah diambil dari tempat yang sama..i mean dari lubang yang berdekatan. Cuma adela 4- 5 luka yang tersasar dari tempat kebiasaan sebab ade dua orang doc pompuan yang tak reti amik darah. Menyakitkan aku je kejenye. Main cucuk merata je diorang tuh. Sakit jiwa aku. Haih..

Tengahari tuh aku dapat berita gembira. Doc pernah cakap kat aku, kalau platlet darah aku naik sampai seratus, aku boleh discharge wad. So ade sorang nurse nih bitau aku result tu. Aku ape lagi, terus call Mr Shrek yang keluar pergi lunch segera balik ke wad untuk berkemas. Aku punye hepi toksah nak cakap walaupun aku nak berjalan pun terketar-ketar. Hehe.

Mr Shrek segera berkemas. Bunga pun dah campak dalam tong sampah. Mr Shrek siap amik wheel chair dan part itulah yang menamatkan semuanya. Huhu. Nurse nampak Mr Shrek amik wheel chair…so diorang tanye la kat Mr Shrek kenapa. Mr Shrek dengan naivenye menjawab..eh..my wife dah discharge dr wad kan? Sebab platlet count dah seratus? Aku yang melihat jadi tak senang duduk.

Doc pakar datang. Kena tegur sebab memandai-mandai. Doc cakap takleh kuar lagi. Aku macam tak percaya. Sebaik saja doc kuar bilik, aku menangis. Satu hal pulak Mr Shrek nak pujuk aku. Aku bukan nak kata apa..aku memang dah tak sabar nak balik Nilai. Aku dah tak nak duduk Taiping lagi. Aku nak kuar!!!! Mr Shrek making jokes on me. Dia cakap, u gotta be careful. Kang u disaspek hypertention pulak kang. Terus kena sedative..lagi haru. Huhu…aku menangis lagi…Mr Shrek serba salah.

Demmit..Mr Shrek pergi mengadu dan merayu kat doc pakat tuh supaya kasik aku balik sebab aku menangis. WTF…huhu..malu aku wehhhh.. Doc pakar tuh datang lagik..terus dia cakap…hey…u dah besar nak nangis lagi…cool la sikit. Doc tuh chinese lelaki..muda lagi rasanya..dlm 30 kot. Dia genggam tangan aku..pujuk-pujuk aku la pulak. Time nih aku pulak yang serba salah.

Malu siutttttt… dia cakap..please..kesihatan dan keselamatan u adalah my responsibility. Please allow me to do my best.

Aku terkedu. Aku berhenti menangis. Doc says sorry to me. Aku pun sama. Mr Shrek pun sama. Semua orang nak mintak maap nih ape ke jadoh? Emosi sungguh!!

Aku tabahkan hati. Mr Shrek kutip semula bunga dari tong sampah masukkan semula dalam vase. Arghh..kehidupan perlu diteruskan.

************************

Mr Shrek beli dvd sebanyak mungkin dan kami sama-sama watching movies malam tuh. Doc pun masuk bilik dan borak-borak pasal movies. Elehhh…nak amik ati aku la tuuu… chaittt.. ekekek.. Aku minum air sebanyak mungkin sebab aku tak nak demam lagi. Doc dah janji..kalau dalam masa 24 hrs aku tak demam, dan platlet count aku bertambah..aku bleh blah. Aku rasa aku sanggup untuk buat apa saja untuk kuar kot rasanya.

Mr Shrek helped me a lot. Without him, aku rasa hidup aku akan jadik super difficult. He’s my hero. I couldn’t make it without him. Untuk makan ubat, especially potassium tuh memerlukan semangat yang tinggi. And Mr Shrek sanggup buat ape saje supaya aku makan ubat- ubat tuh semua. Mr Shrek dibuli!! Hehe..aku suka..Sampai ade nurse tuh perli..even my daughter pun tak pernah dimanjakan sampai macam nih sekali. Hehe..malu plak aku jadinya.


Mon, 6th Oct 2008

Hari yang berbeza bagi aku. Aku rasa segar. Aku tak demam. Yay!! For the 1st time selepas 11 hari aku rasa sungguh lain. Dalam hati aku cakap..this is gonna be the day. The day I’ll be free!! Tapi tak semudah itu..huhu..

Dari waktu Subuh nak menunggu waktu breakfast rasa macam forever. Pelik..sebab aku rasa lapar gila. Masuk pukul 7, aku selak langsir tingkap untuk benarkan cahaya masuk secara maksimum. Aku pandang keluar tingkap..bilik aku kat tingkat paling atas di bangunan baru tuh. Fresh nye..

Sementara menuggu breakfast, dah dua kali nurse check suhu aku. Dua-dua tuh aku tengok sendiri suhu aku sebelum nurse yang tengok. Aku pulak yang bitau suhu aku kat nurse. Nurse gelak-gelak je. Tanye aku..tak sabar nak balik la nih ye. Aku jawab tau takpe. Bleh cemtu? Hikhik.. Tak demam. Sekali tuh 37 deg, sekali lagi 36.8 deg. Hehe… dah bape lama suhu aku 38 – 40 je kejenye. Skang turun sampai 36…ade can nak balik..yehhuuu..

Ada bebape sebab kenapa aku nak balik hari nih jugak. Satu, sebab aku dah tak sanggup dok kat wad lagik. Dua, sebab aku tak sabar nak balik Nilai. Tiga, sebab aku sedih duk kat wad tuh sebab takde sorang pun orang yang melawat aku..Unbelievable? Believe it! Not even my ipar duai. Alasan? Beraya. Haih..and fourth, 7th Oct Birthday Mr Shrek. Aku nak spend time ngan dia kat luar. Dan yang kelima…aku nak beraya la weyyyy!!!

Penantian satu penyeksaan. Tapi bila yang dinanti berkunjung tiba, seksa yang dirasa hanyalah sebagai satu pemangkin untuk merasa kebahagiaan yang mutlak. Setelah dipantau selama 24 jam, doc approve for discharge. Walaupun agak lewat dari jangkaan..tapi aku bersyukur sesangat.

Tapi doc sebenarnya masih keberatan. Lalu dia sediakan segala surat just in case aku nak refer case aku ke hospital kt KL atau kat mana-mana yang aku suka lepas nih. Tapi tak dapek la aku nak pegi spital lain kan. Aku pikir nak balik je. Huhu…

The moment aku nak kuar…aku nak carik la nurse-nurse yang baik2 tuh kan. Tapi tak dpt jumpa semua. Yelah shift diorang kan berbeza-beza. Doc pakar tuh pun takde waktu aku kuar tuh. Sebab dia di luar waktu on call. Tapi aku tinggalkan surat untuk doc tuh. Isinya? Biarlah rahsia. :P Tapi yang penting..Hospital Taiping rawks!! I dunno adakah hanya aku yang duduk di wad 1st class…ataupun mereka memang mesra dan cekap macam tuh dengan semua pesakit. Aku harapkan diorang memang begitulah hendaknya.

Mr Shrek pegi settlekan bill. Then he came to me and said…Yang, this is not a cheap experience okey. Tapi u rasa berbaloi tak? I was like…what’s that supposed to mean? Hoho..bill tuh dekat RM 1500 siutt…wakakaka. Not because of the 1st class ward. But for the lab test. Aku kena charged hampir seribu just for the blood tests. No wonder..diorang amik darah aku pun berpuluh-puluh kali. Great!! :P

Yes, it might very costly for a GH kan. But the experience? Priceless. And the services pun not bad at all. Somehow the moment I write this..all of sudden aku rindukan kenangan-kenangan and some of the nurses kat sana.

And the most important thing, I realized that I fell in love with my soulmate over and over again sejak aku demam ni. He did a great job..and aku sendiri tak pasti samada aku akan terbuat perkara yang sama sekiranya kami berganti tempat.

He’s definitely my hero. Sanggup tak beraya demi menemankan aku kat wad. Bukan sehari..tapi berhari-hari. 24/7. He’s superb. He’s awesome.

************************

Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur ke hadratmu Ya Allah atas segala rahmat-Mu dan aku bersyukur Ya Allah atas pengalaman yang sungguh berharga ini. Ku bersyukur juga atas kesihatan dan kebahagiaan yang telah Kau kembalikan semula kepadaku. Amiin.


Tammat...

4 comments:

Anonymous said...

fuhh jenuh baca.. jauh di sudut hati ini.. i berharap utk mencontohi jejak langkah mr shrek.. huhu.. i wish i can be like him.. :)

nyah.. apa yg i bleh cakap.. lepas ditolak dgn bil yg perlu dibayar tuh.. yup..mmg ini satu pengalaman yg priceless utk you.. everything that u thought.. felt.. everything.. mengundang keterharuan yg amat sangat di hati i bila membacanya.. semoga u ols berbahagia hingga ke akhir hayat!!

akhir kata.. will the real DRAMA QUEEN pls stand up!!!! kekekeke

Smoochy Munchkin said...

nyah, jauh di sudut hati i jugak..i tau u akan baca karangan syok sendiri i tuh sampai habis. satu, sebab u sangap dan kedua sebab u memang fanatik blog nih. wakakaka..

btw, i tak tau nak cakap ape..sebab u mmg memahami i sesangat. ape2 yg cuba i sampaikan, mesti u akan dapat. i tak cuba pun, u dapat juga. hehe.

and yes, of course i am the real DRAMA QUEEN. all you other 'DRAMA QUEEN' are just imitating sajork katanya. :P

Anonymous said...

aku rasa sama macam org yg mula2 post kt atas tuh. terharu amat2.
smoga korg berdua bahagia forever n ever n ever...

Anonymous said...

terharu sangat bace. T.T

huuu.

Soyabean, semoga sehat dan bahagia melimpah ruah sentiasa. =D

-Esah