Wednesday, October 22, 2008

Lazy Sunday

Last Sunday I didn’t do much. I’ve got headache early in the morning. And the rest of the day aku malas gila nak buat apa-apa. Even berkemas. Meeting with Anne pun tak dapat aku tunaikan.

Guess what I did? Movie marathon. Heaven.

Mula-mula tengok cite I Heart Huckabees. Funny. Dah tengok dah cite nih dulu. Tapi tengok lagi sekali. Cerita nih pun pasal ‘coincidence’ jugak kononnya. Aku asyik tersengih tengok cerita nih sebab aku suka sangat tengok pelakon-pelakonnya berlakon. Diorang tak buat lawak..tapi kelakarnyeeee la aku rasa. Especially Mark Wahlberg. Aku suka watak dia dalam cerita nih. Part dia memang aku gelak nak mampos. Tak tahan tengok muka dia tu. Ahahah..

Then aku sambung pulak dengan cerita Thank You For Smoking. Cerita nih based on best-selling novel actually. Nice gakla. Banyak debates yang aku rasa cam haih..reason camnih pun ado? Pertembungan antara duit dan moral…mana satu yang everlast.

Pehtuh I’m Not There. Stylo cite nih. Sesapa nak tengok Christian Bale muncul dengan different image, silalah menonton. Heath Ledger pun ada. Cite nih inspired by music and life of Bob Dylan katanya. Aku sebagai peminat Bob Dylan memang wajib tengok la kan. I just love penampilan Cate Blanchett dalam cerita nih dan bawa watak Jude. Watak lelaki tuhh.. Dah macam Dylan dah aku tengok. Basically ada 6 watak penting dalam cerita nih..dan setiap watak tuh menggambarkan Bob Dylan dari bermacam-macam segi and timeline. Cool.

The next movie was Felon. Serious cerita nih. Dilakonkan oleh Stephen Dorff ngan Val Kilmer. Aku cuak tengok cerita ganas-ganas nih. Tapi aku managed untuk tengok sampai ke sudah. Neverending violence..walaupun kat dalam prison. Val Kilmer dah boleh watak orang tua gamaknya..tapi cool la beliau dalam cerita nih. Ada karisma gituh.

Last but not least, aku tengok Godfather Saga sampai ke malam. Mau tak gila..tiga series tuh kan. Lama sangat sejak kali terakhir aku tengok cerita nih. Bagi aku cerita nih superb. Kalau nak kira dari segi kualiti..pergh..aku memang salute sesangat walaupun filem nih dibuat tahun 70an.

Pendek kata cerita Godfather nih bukan hanya superb dari segi cerita dan lakonan pelakon-pelakonnya je..tapi keseluruhan. Prop, sinematografi, garapan, make up...semuanya superb. Gila ah..70’s movie boleh buat filem yang perfect macam tuh. Kudos to it’s director, Francis Ford Coppola and it’s writer, Mario Puzo. Godfather series nih memang amazing. All time favourite aku

Sehari suntuk aku layan movie. Aku tak keluar langsung. Lunch pun aku called 1300 88 2525. Aku habis tengok kesemua cerita nih kul 4 pagi Isnin. Gila sengal. Dah la nak pegi keje pada paginya. Atas sebab yang tak dapat diatasi, aku ponteng keje Isnin tuh. Abih cite. Hahahah.. Aku memang movie freak yang tak sedar diri. Heh

So itu je nak cite. Till then

1 comment:

Anonymous said...

sarmetraaku ni aa yang dah lama tak ber-muvie la..huhu..