Saturday, December 13, 2008

Saat–saat Genting

**Early Nov 2008**


Aku hangen satu badan last Saturday. Aku cari thumbdrive aku namun tiada berjumpa. And again, seperti yang aku jangka, ianya adalah angkara Mr Shrek. Urghhh..

Bila aku tanya pada beliau, beliau hanya jawab “Sori Yang, thumbdrive u dah hilang. I pun dah puas carik, tapi takde”. So itu je jawapan beliau dan kemudian berlalu ke toilet dengan wajah tak bersalahnye tuh. Aku hangennnn!!!

Aku tak ralat pasal thumbdrive tuh. Tapi yang paling aku sedihkan ialah kandungannya. Dalam tuh ada karangan-karangan untuk aku tempek dalam blog nih, ada gambar-gambar masa majlis makan-makan kat umah aku arituh dan gambar aku ngan colleagues aku kat office. WTF? Dah lah aku takde simpan copy dlm pc aku. Dalam camera pun aku dah delete.

Hasilnya hari tuh, beberapa item kat umah aku dah jadi mangsa amuk aku. Hehe. Helo,it’s not that I’m being childish ke hape oke. But c’mon laaa..aku tengah frust nak mampos..then beliau buleh pulak didn’t apologize properly. Memang sengaja carik pasal la kan. :P

Aku malas nak cerita babak yang seterusnya sebab nanti kang korang kata aku nih drama queen pulak. Huhu.. Tapi cukuplah aku cakap yang tindakan aku telah membuat Mr Shrek mengelupor pi pujuk aku. Memandangkan Mr Shrek menganggap itu adalah salah satu saat genting, maka bermacam cara lah beliau usahakan untuk pujuk aku.

Mr Shrek said something yang buat aku rasa susah nak tolak. He said something like this “ I tau I salah. Just punish me..please.”. Haih..pucuk dicita, ulam mendatang. Terus aku dapat satu idea. “Jom pegi Genting (Highland)!!” I said. Mr Shrek terdiam.

Ok. Bagi korang, ape punye punishment la kalau setakat pegi Genting tuh kan. Tapi bagi aku, that’s the ultimate la. Hehe. Nak tau sebab apa, all his life, beliau tak pernah pergi Genting sebab beliau penakut gila. He’ll be freaking out la bila masuk bab-bab pegi taman tema untuk main segala jenih extreme rides tuh.

Itupun aku tau sebab…errr..nak cite ke tak eh. Nanti Mr Shrek marah. Takpelah..aku cite sikit je. Takyah detail sangat. Ade sekali tuh aku pegi funfair kat Shah Alam…dulu2 la..lama dah. Masa tuh aku teringin nak naik salah satu rides tuh tapi beliau menolak gila. Disebabkan aku paksa, last2 dia naik gakla.

Masa tengah naik tuh…aku tengok dia kecut semacam…pucat gile dowh. Tuh oke lagik…tapi yang tak tahan tak lama lepas tuh dia menjerit “BERHENTI!!!! BERHENTI!!!!BERHENTI!!! AKU NAK TURUN!!. Gila babeng punye dia jerit sambil pegang aku sekuat hati. Seriau aku dibuatnya. Huhu…malu siutttt..sumpah aku malu. Tuh belum lagi bila dah turun tuh, dia sekolahkan aku pasal bahaya naik mende alah tuh lah..langkah keselamatan tak ketat lah..memacam lagi lah. Huhu..

So..korang agak-agak..berbaloi ke tak punishment yang aku bagi kat beliau gara-gara menghilangkan thumbrive aku tuh. Ok la tuh kan…dah lama aku tunggu reason yang sesuai untuk heret beliau ke Genting tuh. Saat-saat genting camnih je sesuai. Hahaha…

1 comment:

-LaDy rAzOr- said...

"pucuk dicita, ulam mendatang" yer...bukan ulang....diulangi...bukan ulang...
ekekkeee....