Wednesday, October 17, 2007

Yeyy..I've Made It!!!

Semalam rumah aku happening gile. Gile pun tak happening macam tu. Sebab ape tau..sebab rakan-rakan sekerja Mr Shrek yakni krew-krew penerbitan My Team datang bertandang ke rumah aku untuk beraya.

Sibuk betul aku semalam, pagi-pagi lagi dah ke pasar untuk beli barang-barang basah. Jangan tak percaya, aku nekad nak memasak sendiri makanan untuk dijadikan juadah. Puas aku fikirkan apa yang perlu aku hidangkan untuk tetamu-tetamu aku tuh nanti memandangkan mereke tu kebanyakannya chinese. Tapi Mr Shrek cakap, kami better prepare juadah yang kemelayuan dan lebih penting lagi, mesti ada kena mengena dengan raya.

Lalu hasil idea dari mak aku, aku mengambil keputusan untuk buat nasik himpit dan ayam masak lemak cili api sebagai kuahnya beserta kuah kacang. Bebetul nogoghi punya style. Tapi yang mencabarnya, aku tak pernah masak lauk sebegitu sebelum nih. Perfect. Jadi, berpandukan kepada resepi yang mak aku beri, aku proceed. Hehe.

So semalam, setelah aku pergi beli barang basah untuk dimasak, aku juga dapatkan some fresh flowers untuk diletak di dalam rumah. Setelah itu aku mulakan dengan berkemas rumah dan membuat nasi himpit. Sesambil tu, aku melepak-lepak la di forum...saje lepas gian kan. Heh. Sempat pulak aku bersembang dengan Jejaka Eksklusif. Maka apabila beliau mendengar plan aku untuk memasak itu, seraya beliau berkata, "u make sure pintu jamban sume terbukak luas malam nih, pehtuh mangkuk jamban pun nganga luas-luas" ekeke... kamu tau ke ape maksudnya tuh...huhu..beliau saje nak menganjeng aku mengatakan tetamu aku akan cirit-cirit bila makan masakan aku tau. Keji kan beliau tu.

Tapi aku nih kan jenis bersemangat waja. Despite ape yg dikatakan oleh masyarakat sekeliling, aku teruskan niat murni aku tuh. Hasilnya..jeng jeng jeng...siap jugak akhirnya!! Namun malangnya tiada siapa yang boleh aku harapkan untuk merasa masakan tu..kerana aku pun sensorang waktu tuh, jadi mahu tak mahu, terpaksa la aku teruskan saja dengan menghidang di meja makan dan biarkan tetamu yang jadi hakimnya nanti. Selain masakan yang aku masak, kami hidangkan juga sate, lemang dan rendang. Tapi tuh semua beli punye la.

Tepat pukul 8 malam, semuanya dah sampai ke rumah aku. Aku berdebar je tau..takut-takut kalau masakan aku tuh takde siapa nak makan. Lalu aku mengambil keputusan dengan tidak berada di meja makan, sebaliknya aku masuk ke bilik dan mandi. Hehe..Kesian Mr Shrek, terpaksa sambut tetamu sensorang. Tapi tak boleh buat ape, sebab aku nervous sesangat. Huhu.

Dari dalam bilik, aku dengan keriuhan di ruang tamu dan ruang makan. Sah, mereka sedang menjamu selera. Sedang aku bersiap-siap tuh pulak..telefon bimbit berdering-dering. Sekali mak aku daa....mak aku cakap beliau dah sampai depan rumah, sekali ngan ayah dan adik beradik aku yang lain. Haha..perfect. Penuh rumah aku semalam. Family aku nih pulak, datang mengejut. Maklumlah, mak aku teruja betul bila dengar aku masak semalam, so beliau amik keputusan untuk datang semata-mata nak merasa masakan aku. Hoho..Sakit perut aku mengenangkannya. Ekekek..mak aku memang patut diberi gelaran penerjah rumah yang berjaya.

Bila keluarga aku datang, maka terpaksa la aku keluar dari bilik untuk menyambut mereka, dan kemudian aku pun pergi la berkenal-kenal dengan tetamu yang lain. Mereka dah duduk dan berbual di meja luar rumah, sebab masing-masing dah sudah makan dan mereka bersantai-santaian di situ sambil menghisap rokok. Lalu turn family aku la pulak yang mengambil alih di meja makan. Memang begitu la jadinya, Mr Shrek layan kawan-kawan dia, aku layan family aku. Sebaik saja mak aku makan masakan aku.."hmm..sedap la nih...sama macam mak masak..hah...terer la dah nih..sedap..sedap". Ceyyyy..aku apa lagi..kembang semangkuk la. Mak dengan adik aku makan banyak gila semalam. Bila mak aku dah kasik komen yang pertama, teringin juga aku nak dengar komen tetamu-tetamu yang lain kan. Lalu aku pergi beramah mesra pulak dengan mereka di luar.

Sebaik saja aku keluar bertemu mereka, mereka sibuk memuji masakan aku tu. Aku pandang Mr Shrek, beliau tengah tersengih bangga. Isk..segan siot. Tapi memang betul la kot...sebab memang luak gila masakan aku tuh. Ehehe..yesss!!! mission accomplished. Mereka gembira, aku lagi la gembira. Nice tetamu-tetamu aku tu...meriah gila rumah aku jadinya. Siap main mercun bagai. Ayah aku punye kerja la tuh, bawak mercun sikit punye banyak untuk kasi kat mereka main. Heh.

Dari pukul 8 malam, santak la ke pukul 11, memang tak ada tanda-tanda nak pulang mereka nih. Sampaikan family aku pun dah nak beransur pulang, mereka masih leka bersembang. Sebaik saja family aku pulang, bila aku dan Mr Shrek masuk ke rumah, la islabonita..tengok mereka dah bergelimpangan depan tv, ada tuh pulak siap sambung makan..ekeke..bebetul buat macam rumah sendiri la pendek kata. Rupa-rupanya baru aku teringat, semalam ada siaran My Team kat tv. Camne aku boleh lupa. Dalam hati, memang aku dah tau sangat la nih..kompem lambat lagi nak balik.

Namun begitu, aku suka sangat. mereka kasik licin semua makanan. Hilang rasa penat aku sebab mereka nih betul-betul suka nak makan kasi perabis. Hehe. Kemudian sama-sama kami tonton My Team beramai-ramai. Tak pernah tonton My Team dalam keadaan meriah macam tu. Selalu aku tengok sensorang, kali nih tengok sekali dengan pembikinnya sekali. Memang seronok. Mereka ape lagi..sibuk la tengok dan komen-komen hasil kerja sendiri. Sambil-sambil tuh, si Sara (adik Jason Lo) sibuk dok kasik report kat semua orang sebab Jason (big boss) pun tengah tengok. Heh...

Bila dah tamat cerita, tiba-tiba Sara bacakan sms dari Jason yang berbunyi that was the best episode ever, and he's really proud of them...apa lagi...berjoget sakan la semua orang sebab big boss suka sangat-sangat dengan outputnya tuh. Masing-masing dah riuh macam dekat party pun ada. Lalu aku pun menyibuk la sekali meraikan kejayaan diorang tuh. Hehe...happening mereka nih. Aku pun ape lagi..bertambah-tambah gembira la jadinya. Cerita abis, lauk abis, semua happy. Yehhuuu!!

Pukul 1 pagi baru mereka pulang. Fuhh..penat toksah nak cakap, tapi aku lega sebab semuanya berakhir dengan baik dan gembira. Lalu aku ambil peluang berdua-duaan dengan Mr Shrek sambil aku hidangkan dia juadah sebab dia tak makan lagi. Sibuk sangat layan tetamu kan. Tapi kesian beliau, sebab lauk dah habis..tinggal kuah saja..huhu..tapi beliau tetap nak rasa jugak, dan akhirnya, beliau pun puji. Pujian yang paling aku tunggu-tunggu sebenarnya. Yang paling tak tahan, Mr Shrek siap hulur tangan nak berjabat tangan dengan aku semata-mana nak ucapkan "Tahniah, we've made it, i'm really proud of u". Aduhhh..syahdu habis lerrr....

Seketika selepas itu, handphone Mr Shrek berbunyi menandakan sms masuk. Ianya dari Sara (Mr Shrek's co-producer) and ianya merupakan pujian yang terakhir untuk malam tadi since her boyfriend bebetul nak Sara belajar from me untuk masak hidangan tuh and she might need the recipe. Heh..what a night. ;)

Hmm..itulah dia berakhirnya kisah untuk semalam. Ternyata, aku memang tukang masak handalan. Hahaha..dan yang lebih penting, hasrat aku untuk memasak sendiri tercapai. Semoga aku lebih bersemangat nak memasak lepas nih. * Wink

*** Gambar takdok ler..sebab smlm tak sempat nak amik2 gamba. Tapi nanti aku mintak kt bebudak tuh dan upload kt sini. Heh..

No comments: