Tuesday, October 9, 2007

A Lovely Night

Hujan renyai-renyai kat luar sana. Aku berkemas rumah sejak siang. Bukan sebab menjelang hari raya. Tapi ada sesuatu yang ingin aku lakukan sebenarnya. Aku nak buat kejutan untuk Mr Shrek. Yes, untuk sambut birthday beliau. Walaupun aku terlewat, tapi aku tetap bersemangat untuk berbuat sesuatu.


Aku tak mahu bercerita banyak. Jadi aku serahkan kepada gambar-gambar yang akan aku tepek nih untuk berbicara. Walau apa pun, memang aku merancang sesuatu yang sweet untuk beliau, dan aku harap bakal menjadi sesuatu yang kami kenang.


Sebelum aku ceritakan dengan lebih lanjut, suka aku untuk mengucapkan Happy Birthday kepada beliau sekali lagi. Hehe..Aku rasa tahun nih yang paling banyak aku ucapkan ungkapan Happy Birthday kepada beliau. Mungkin kerana aku merindui beliau barangkali. Heh..


Ini kek untuk beliau. Kemp "23". Hahaha..sengaja perasan muda. Sebenarnya 32. Mulanya aku ingin dapatkan cheese cake dari Secret Recipe, tetapi oleh kerana tidak berkesempatan, maka aku beli di kedai kek biasa saja. So, sengaja beli yang kecil, kerana ianya bukan cheese cake. Nanti takut tak makan pulak.




Yesss...setelah berusaha untuk mengatur beberapa tea candles, inilah hasilnya. Nak tau apa hidangan yang aku sediakan tu? Teppanyaki. Hidangan kesukaan Mr Shrek. Bukan aku buat taw...beli saja. Aku beli sekali dengan kek. Semuanya last minit punya preparation. Bergegas tau, sebab memang kena beli last minit pun, sebab takut makanan tu jadi sejuk. Sebagai minuman, aku hidangkan sparkling juice.



Itu dia birthday boy. Heh. Punye la semangat nak tiup lilin tuh cepat-cepat. Takut sangat lilin tuh mencair atas kek. Ekekeke...Mr Shrek..Mr Shrek... Eyahh..dah potong. Aku tak nyanyi pun..sebab aku nak tangkap gambar. Heh, panjang dah rambut beliau.




Makan time.... romantik je rasa time nih. Aku memang awal-awal lagi dah pasang cd Norah Jones untuk timbulkan suasana yang romantik dan tenang gitu. Makan berdua dengan hanya ditemani lilin macam ni..teringat kenangan-kenangan kami dulu-dulu. Dulu beliau yang sering buat surprise yang sebegini. Kali ni, aku yang beriya. Heh.



So..that's us. Aku dah ikatkan rambut beliau time nih. Dah makan, mula la rasa a bit warm. Yelah, lilin punye pasal. Tapi tak panas sangat la aku rasa, sebab kat luar masa tuh hujan. Ambik gambar pakai timer je tuh. Saje, buat kenang-kenangan.


Well..apepun..syoknye. Berjaya jugak our romantic dinner. Sebenarnya dah biasa buat gini. Cuma dah lama tak buat sebab tak punya kesempatan. Beliau ajak makan kat luar saja, tapi aku lebih prefer untuk menikmati masa berdua dengan beliau. Gembira sangat. Hmm..sayang toksah nak cerita la. Mesti la sayang kan..err..bertambah sayang.

Teringat pulak aku bait-bait lagu Come Away With Me oleh Norah Jones tu...heh..mesti lepas ni aku dengar lagu tu, aku teringat kenangan kami yang sangat indah ni. Heh..what a lovely night.


"And I want to wake up with the rain
Falling on a tin roof
While I'm safe there in your arms
So all I ask is for you
To come away with me in the night
Come away with me"



Sekian.

No comments: