Sunday, October 7, 2007

Sepetang Bersama Teman Lama

Haaa..okey. Finally entry beku dah tak beku lagi. Meh aku update entry tertunda aku nih.

********************************************************************************

Tiga sekawan berjumpa. Dua perempuan, seorang lelaki. Tak berjumpa dah berbulan-bulan. Mana lagi tempat paling sesuai kalau bukan kat kedai makan. Bersembang sambil makan. Kalau dulu masa kat sekolah rendah, ustazah cakap tak baik makan sambil bersembang. Tapi kalau hari nih, kalau tak bersembang sambil makan orang akan perli:

"Wah, khusyuk nampak, sampai tak ingat dunia ko makan yer?"

Kawan lama aku. Kawan masa sekolah menengah dari tingkatan satu hingga tiga. Selepas itu aku yang meninggalkan mereka sebab masuk ke sekolah berasrama. Tapi persahabatan kami tetap macam dulu. Masa berubah, tapi kami masih begitu. Bila bersama kami rasa seperti remaja belasan tahun. Bercakap ikut suka walaupun masing-masih sudah berkerjaya.

Seronok. Kutuk mengutuk, perli memerli, puji memuji semua gaul jadi satu. Mesra. Jadi diri sendiri. Rasa bebas.





Lebar kan senyuman kami. Hikss



Ini Ziana. Kembar aku. Hehe.. sebab ape kembar, sebab dulu kami punya minat yang sama, perangai yang serupa, sampaikan result PMR pun sama. Salah seorang teman karib aku dulu. Sempoi minah nih, memang minah lawak. Kalau dengan dia nih, aku boleh bercerita apa saja. Mungkin kebetulan, tapi aku jumpa diri aku dalam dia. Cuma bila dah besar sikit, barulah kami nampak cam ada perbezaan. Sebab aku poyo. Hikss..


Sorang lagi nih pulak, Fauzan. Tapi aku panggil dia Pojan. Kawan lelaki paling rapat dalam kelas. Dulu dalam kelas keje kami asyik berborak. Setiap hari kerja kami copy homework dari budak cina. Hehe..sama-sama pemalas tak hengat. Satu lagi hobi kitorang mengutuk orang. Memang peberet. Cam bagus jek. Dia duduk belakang aku. Tuh yang jadi partner in crime tuh.


Pojan nak bertunang lepas raya nih. Dia mat rock sebenarnya, tapi sekarang dah pandai pakai baju bunga-bunga. Macam tak caya jek. Hikss..baru kenal awek tuh dia kata, tapi sebab dia tak reti nak bercinta lama-lama, so dia terus ajak kawen. Kira okey la, aku tumpang hepi. Seronok dengar dia bercerita pasal pengalaman dia berubah dari mat rock kepada mat kuntum. Ekekeke..




Posing buat muka kelakar la konon



Kami asik dok berposing, Pojan yang pegang kamera. Ada banyak gambar, tapi aku pilih yang ni sebab ada perbualan yang buat aku gelak tak hengat pastu.

Pojan : Ha..yang nih okey
Mimi : Woi..tak cantik la aku buat gituh
Ziana : Ala..ape ko nak kecoh, ko tak buat muka camtuh pun macam la ko cantik
Pojan : Wakakakaka
Mimi : Huhuu..sial la korang..


Ekekek..sengal diorang nih. Kami berbuka puasa bersama sebenarnya. Ziana belanja. Yehhuuuu..thanks beb. Lepas berbuka, temankan Pojan beli kasut raya. Aku dengan Ziana la yang tukang kasik pendapat. Pehtuh jenjalan sampai lebam. Macam budak sekolah je aku rasa. Tak sedau diri seko-seko. Apepun, aku sayang dengan mereka nih. Sebab mereka sempoi. Layannnzz..


Hope our friendship will last forever. Amin.

No comments: