Tuesday, October 9, 2007

Menjelang Lebaran

Raya..raya..raya...

Hmm...arituh mood beraya dah datang kejap. Lepas tuh terbang entah ke mana. Namun sekarang nih, mood beraya timbul semula. Betapa mood aku berubah-ubah. Mood aku bukan swing lagi dah, tapi dah jadi macam spinning gasing. Ligat jek berputar.

Pergi shopping barang keperluan rumah kat Ikea semalam. Yehhuu...banyak benda aku beli. Memang aku nak buat perubahan besar-besaran pada susun atur barang-barang dalam rumah aku. Semangat tuh beb. Sampai aku terpaksa panggil technician untuk ubah kedudukan kipas sebab kipas tuh menghalang niat murni aku untuk meletak divider. Heh. Nanti aku dah siap semua, aku tempek gambar ye. Sebelum dan selepas. Hikss..

Well, baju raya, ada sepasang je tahun nih. Huhu..kain ada..tapi tak sempat nak tempah, boley? Heh. Sengal. So aku recycle la baju-baju lama. Just aku kena ingat semula lah baju mana satu yang aku pakai tahun lepas masa pergi beraya tuh, untuk mengelakkan aku pakai baju yang sama bila beraya ke tempat yang sama. Alah, entah-entah takde siapa yang perasan pun, tapi mana la tau kan. Nanti orang ingat Mr Shrek tuh sengkek sangat tak belikan baju baru untuk aku. Hehe.

Kuih raya pulak ada dua jenis je so far. Yang almond london tu, aku beli dua set, dah tinggal satu set jek. Satu lagi dah selamat aku balun. Punya la tak sabar nak beraya kan. Rupanya aku yang beraya dulu kat rumah sendiri. Heh. Mana la aku nak cari kuih raya nih. Aku nih dah la cerewet sikit. Nak yang best jek, tapi mati laa..dah last minit sangat dah nih.

Tadi Mr Shrek call dari office dia, tanya aku nak kuih raya apa. Sebab mungkin ada officemate dia yang jual kuih raya agaknya. So aku serahkan bulat-bulat dekat dia, ape yang dia mahu. So nanti aku tunggu jelah hasilnya. Mintak-mintak janganlah dia beli biskut yang rasa dia sama jek. Faham-faham jelah kan...banyak biskut raya yang sama rasa ni. Bentuk je berbeza-beza. Iskk..nak buat sendiri, aku bebetul takde mood nak bikin sendiri tahun ni.

Duit raya untuk budak-budak belum tukar lagi ni. Hehe..berapa la yang bakal diorang dapat tahun nih ye. Aku serahkan hal tuh dekat Mr Shrek jugak. Nanti aku tukang bagi jek. Aku selalu macam tuh tau..aku suka bagi jek sebab nampak cam aku generous gila, sedangkan duitnya datang dari orang lain. Hehe...politik..politik..

But one thing for sure, raya tahun ni, aku akan lebihkan kepada memasak. Raya nih, memang aku nak menuntut ilmu dekat mak aku bebetul. Bukan apa, aku nak ajak kawan-kawan aku datang rumah tahun ni. Kawan-kawan pun dah ramai yang tahu aku duduk mana. Jadi, kalau aku tahu memasak, at least ade la benda yang aku boleh jamu diorang kan. Takkan nak bagi kuih raya dengan air sirap jek. Sebab kesian mereka tu. Rumah aku nih dah la jauh. Iskk...ye ke tak?

Apapun, itulah saja update pasal persiapan raya kali nih. Nanti aku update la lagi. Tinggal lagi 4 hari je lagi menjelang hari raya. Tak sangka, dah nak sampai ke penghujung Ramadhan. Hmm...bila aku fikir-fikir balik, sah...pengisian Ramadhan aku tahun nih memang sengkek. Huhu...ape la nak jadi nih. Umur makin meningkat. Asik membuang masa dengan perkara sia-sia jek. Huhuuu..semoga ini bukan Ramadhan terakhir untuk aku.

Hmm...jadi kesudahannya aku berfikir lagi....owh, rindunya pada kenangan dulu-dulu. Huhuuuu..Lebih simple tapi meriah. Well, masa berubah. I have to deal with it lah. Ape nak buat kan..heh.

No comments: