Saturday, October 20, 2007

Kekasih Gelap

Off the board, aku jumpa satu thread cerita pasal kekasih gelap. Heh, i dun really know apa maksud kekasih gelap, but bagi aku ianya mungkin satu istilah yang digunapakai untuk melabel kekasih lain yang kita ada selain dari kekasih yang sebenar. I mean kekasih yang hanya kita jalin hubungan secara senyap-senyap di belakang kekasih kita yang sebenar tu.

Well, basically aku tak ada la experience sangat pasal isu kekasih gelap nih. Tapi aku sengaja nak taip kat sini sebab sekadar nak meluah pendapat aku. Few years back, when i was blue, sendu lagi trauma dengan kegagalan cinta, aku pernah la jugak ada mencari pengganti. Bukan niat nak jadikan mamat tuh sebagai batu loncatan, tetapi aku memang ikhlas nak mencari pengganti. Jadi aku mencari kesesuaian antara kami.

Ya kami punya keserasian juga, walaupun masih banyak yang tak aku ketahui. Namun begitu aku kembali kepada bekas kekasih aku waktu tuh sebab atas beberapa sebab, aku rasakan bekas kekasih aku memang ikhlas nak dapatkan aku kembali. Jadi aku putuskan hubungan dengan mamat tuh.

Namun selepas kembali, aku masih berhubungan dengan mamat tuh kadang-kadang, dan tanpa disedari, kami juga membincangkan hal-hal berkaitan hati dan perasaan. I mean, dengan keadaan mamat tuh yang mengetahui yang aku sudah kembali kepada bekas kekasih, tapi beliau masih nak meneruskan hubungan, dan beliau masih cuba-cuba nak mendapatkan aku jugak. Well, dengan sikap concern dan bersungguh-sungguh beliau tuh, memang aku pun rasa seperti berada di persimpangan. Nak teruskan kehidupan dengan bekas kekasih, atau mulakan sahaja hidup baru dengan beliau.

Pada mulanya aku layankan saja, namun hati aku tak membenarkan untuk terus berada dalam situasi sedemikian kerana tak guna aku teruskan sekiranya aku sekadar nak buat back up dan selebihnya aku rimas berada dalam dilemma. Sedangkan dah ternyata aku takkan berpaling dari bekas kekasih aku tuh. Yes, aku mungkin dari dulu kelihatan seperti 'player' dari mata kawan-kawan, tapi aku yakin, aku jenis perempuan yang setia. Jadi aku putuskan hubungan dengan mamat tuh and this time, memang for real.

Alhamdulillah, memang jodoh aku dengan bekas kekasih, which is Mr Shrek now. Bila aku bersama Mr Shrek, aku tak rasa aku perlukan mana-mana lelaki lagi untuk aku kongsi cerita hati dan perasaan. Namun aku akui, aku tak bebas dari sikap nakal, atau dengan lebih tepat menggedik-gedik dengan teman-teman lelaki lain yang baru kukenal. Namun setakat itu sajalah, itupun dengan keadaan mereka yang sedia maklum tentang status aku. Walau apapun, ianya tidaklah melibatkan hati dan perasaan aku yang sebenar, walaupun kadangkala sikap mereka-mereka nih betul-betul mencuit hati aku.

Aku selalu mengamalkan sikap jujur dengan pasangan. I think tak ramai yang mampu berbuat demikian, apatah lagi nak mengakui dengan pasangan tentang semua aktiviti hatta aktiviti menggedik sekalipun. Namun dengan pasangan aku, aku tak rasa kekok untuk berterus terang. Lantaran itu, konflik antara kami amat kurang sekali, terutamanya perkara yang melibatkan kesetiaan. Dan aku rasa, aku masih tahu nak letakkan diri aku dimana setiapkali aku menggedik tu. Heh.

Yes, aku akui, to be pasangan yang baik, we're not supposed to do such thing (menggedik ngan orang) but what the heck, now and then we need some fun. To be honest, knowing other guys membuatkan aku semakin appreciate pasangan yang aku ada sekarang. And i always believe, to give some space kepada diri sendiri dan pasangan untuk membuat hal masing-masing adalah cara terbaik untuk kurangkan stress dalam perhubungan. As long as kita tahu nak letakkan diri kita di mana, and how to limit ourselves dari melakukan perkara yang tak sepatutnya, i think it's more than enough.

But i personally think, menggedik and having a real affair dengan lelaki lain is totally different. Since buat masa sekarang, i never encounter such problem, so i'm not in the good position to talk about it. But yeah, walau apa pun, aku percaya dengan kualiti dalam diri aku ni, terutamanya berkaitan kejujuran dan kesetiaan, maka aku hampir pasti yang aku akan hindari dari mengalami masalah berkaitan affair atau 'kekasih gelap' thingy nih. In a way, mungkin aku sendiri pernah melabel sesetengah lelaki sebagai kekasih gelapku (hehe) but i really dun think mereka took it seriously as i'd never take it seriously either.

So, should we have a 'kekasih gelap'?. In my opinion, kalau belum berkahwin tu, kalau dalam keadaan nak mencari pasangan sebenar nak dibuat isteri/suami, memang dah semestinyalah kita nak cari yang terbaik kan. But kalau boleh, fenomena berkekasih gelap nih akan dapat dielakkan sekiranya kamu benar-benar pasti dengan yang kamu mahu. Sekiranya tiada kesesuaian dengan pasangan sedia ada, just move on. Kenapa nak keep lagi. And teruskan dengan cari orang lain. Bukan dengan cara keep dan kemudian pasang lagi satu. Heh..perbuatan yang tak beretika dan tidak bertanggungjawab bukan?.

When we have two or more person yang digelar kekasih dalam satu masa, we called it tamak. First, kita rasa fun, then later kita rasa semak. Heh, believe it. Pada mulanya kita rasa in control, but sooner or later, things will become out of control, dan semua pihak didalamnya jadi mangsa termasuklah orang yang jadi mastermind tuh. Life is too beautiful untuk diganggu gugat oleh permasalahan dan konflik terutamanya berkaitan emosi. Then kenapa kita sengaja nak carik masalah kan?

1 comment:

Anonymous said...

We need kekasih gelap.. not to show our playboy/gurl attitude.. but to get the best from the best. My other view, now most people become selfish..do not think other people's heart and feeling. They just make sure they are happy with what there are doing. Remember that someone else also do have feeling. Easy for us to make decision for ourselve but painfull for others. Before you proceed something new, please do think what effect to others.. pleaze.