Monday, October 22, 2007

Myteam Oh Myteam

Perlawanan final antara My Team 2 dengan Indonesia baru saja berlangsung malam tadi. Keputusannya Indonesia mengalahkan My Team 2 dengan dua gol berbalas kosong.

Aku mengikuti perlawanan tersebut di Stadium Bukit Jalil. Bukan kerana aku suka menonton perlawanan bola sepak, apatah lagi taksub dengan pasukan My Team 2 tu, tapi kerana aku punya 5 pas percuma. Pada mulanya aku sendiri tak pasti samada nak pergi atau tidak memandangkan aku sendiri tak punya teman untuk dibawa bersama. Namun begitu, di saat-saat akhir, aku mendapat idea untuk pergi bersama asik aku dan suaminya berserta sepupu-sepupu aku. Jadi itulah dia, selamat aku sampai di stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Aku tak pandai untuk memberi komen tentang corak permainan, dan aku juga tak pandai untuk memberi pendapat mengenai keseluruhan perlawanan tersebut. Tapi apa yang pasti, persembahan MyTeam memang tak memberangsangkan. Lari tak kencang, tak ada penyudah yang baik dan bermacam lagi. Orang yang tak tau apa-apa macam aku pun boleh nampak kelemahan mereka tuh. Team Indon main lebih bersungguh. Semoga mereka mempelajari sesuatu dari perlawanan tu.

Pendek kata, aku tak berapa menikmati perlawanan tersebut. Selebihnya aku hanya ingin membuktikan kepada Mr Shrek bahawa aku sentiasa support kerja-kerja beliau. Dari jauh aku asyik tengok Mr Shrek je sambil gelak-gelak dengan sepupu-sepupu aku.

Aku fikirkan pergi dengan adik dan sepupu-sepupu aku tuh tak meriah, tapi ternyata perkiraan aku tidak tepat. Sejak dari dalam perjalanan lagi, aku dah berasa seronok kerana mereka nih membuatkan aku ketawa tak henti-henti. Kalau orang lain pergi untuk menonton perlawanan bola sepak, kami pula bergelak ketawa menonton gelagat penonton-penonton yang lain. Maklumlah, Indon yg tengah leading masa tuh..so paham-paham jelah reaksi penonton.Heh.

Sebenarnya gelak ketawa kami tu terhad kepada separuh masa pertama perlawanan sahaja. Kerana pada separuh masa kedua, aku bergelak ketawa atas sebab yang lain pula. Kerana apa? Kerana pada permulaan separuh masa kedua, seseorang yang berada nun jauh di sana menelefon, dan hanya mata aku yg menyaksikan baki perlawanan tersebut. Otak dan fikiran aku dah pergi mana entah. Berborak la katakan, macam-macam benda nak kena update. Kalau tak, membazir lak orang yang menelefon tuh kan. Hehe..

Bayangkan, dari permulaan separuh masa kedua aku dok gayut kat telefon, sampai la perlawanan tamat, aku masih berada di talian. Bukan itu saja, sepanjang perjalanan menuju ke rumah pun masih bergayut. Kalau tak kerana bateri hp aku yang kong, mesti sampai ke rumah aku masih bergayut lagi. Huhu. Jadi macam mana aku beri pendapat berkaitan perlawanan. Sama aja macam aku tak tengok. Hikss.. Cuma aku rasa mencabar gila la..sebab bergayut dalam keadaan riuh yang bukan kepalang, namun aku survived. Ekekek..

Bila Mr Shrek balik ke rumah lewat malam tu, sempat la aku risik-risik apa reaksi top management tentang persembahan budak-budak My Team tuh. Heh. Dengar cerita, Shebby tak terkata apa dah. Beliau cuma cakap beberapa baris ayat sahaja kepada budak-budak tu sebelum berlalu pergi. Something like "Jangan salahkan padang, jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri". Hikss.. Dengar cerita hari ni ade pertemuan lagi sekali buat kali terakhir. Huhu.. i bet it's gonna be a tough day for them ya. Huhu.

No comments: