Tuesday, October 16, 2007

Mari Bermaafan Di Hari Raya

Yeh yeh!!! Kita dah raya!!! :D

Hehe. Ceria je aku bile sebut pasal raya. Memang kalau cerita pasal raya nih, mesti teringat pasal kemeriahan la kan. Walaupun aku rasa raya tahun nih macam tak berapa meriah macam sebelum-sebelum ni sebab ini kali pertama aku beraya tanpa salah seorang insan tersayang kerana nenek dah tiada lagi di dunia ni. Huhu...

Okey, selain daripada tu, raya tahun ni macam tak berapa meriah sebab aku sedari awal aku tak berapa teruja nak beraya pun. Persiapan pun tak banyak. Walau apapun, bak kata sms yang kawan aku bagi, dia cakap "try to celebrate raya for what it truly is, not just for what society expects of you". Hmm..yelah, so aku beraya hanya sekadarnya saje.

Walau bagaimanapun, apa yang pasti bila raya ni, yang paling aku suka sangat bila part minta-minta maaf la kan. Heh. Sebab bila waktu-waktu lain, kalau sesaje nak minta maaf rasa macam janggal la pulak. Tapi bila raya, kata-kata maaf menjadi terlalu murah. Bukan maksud aku benda tuh tak elok, malah aku rasakan dari situlah aku dapat rasakan betapa syoknya raya nih, sebab bila time raya, semua orang macam dah bersiap sedia nak maafkan semua orang.

Heh, jadi bila dah minta maaf tu, rasa macam lega jek rasa sebab kekadang kita rasa macam nak minta maaf sesangat selama nih, tapi rasa macam segan la pulak sebab nanti nampak sangat kita salah, tapi bila raya, semua jadi mudah. Sebab dah memang adat bila hari raya memang semua orang akan bermaaf-maafan. Hehe..big time.. Hikss..

Tapi jangan salah faham, bila aku minta maaf, aku betul-betul maksudkannya tau. Maksud aku, tak kiralah aku pernah buat silap dengan sengaja atau tak, tapi aku bebetul nak bersihkan diri aku dari dosa-dosa aku terhadap semua orang. Jadi aku harap semua orang sudi nak maafkan aku atas salah dan silap aku terhadap u ols selama nih okey.

Dengan itu aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua kawan-kawan semua, especially kepada sesiapa yang rajin membaca blog nih. (Kepada sesiapa yang tak baca blog aku terpaksa la aku mintak maaf dengan cara lain la pulak) Hikss..

Aku menyusun 10 jari aku yang mulus ni, memohon kemaafan sekiranya (memang ada pun) aku terkasar bahasa, mengumpat dengan sengaja atau tak sengaja, tercarut, termaki, terpoyo tanpa keredhaan, termacam bagus tanpa kawalan, terspeku atau sengaja menspeku, menyakiti body dan hati tanpa niat dan kadangkala dengan niat dan segala salah dan silap yang lain, yang aku lakukan tanpa aku sedari.

Kepada rakan-rakan yang pernah berjumpa dan pernah beramah mesra serta makan dan minum bersama, aku mohon halalkan makan dan minum aku selama nih, aku percaya u ols semua ikhlas tapi biasalah, kita manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan. Akhir sekali, jemputlah ke rumah aku raya nih. Aku menanti dengan pintu terbuka dan aku akan cuba sedaya upaya untuk melayan kamu semua.

Dan aku nak ambil kesempatan nih untuk ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan selamat kepada aku dalam blog ni. Terima Kasih.




No comments: