Sunday, October 7, 2007

Yayyyy..He's Back!!!

Seminggu jek rupanya Mr Shrek meninggalkan aku. Mujur tak lama. Hehe. Semalam beliau dah balik. Hehe..surprise juga sebab beliau hanya call bila dah sampai kat airport. Dan lebih terkejut sebab beliau tak minta aku jemput pun. Beliau balik sendiri.


Seronok sangat sebab beliau pulang sebelum birthday beliau. Birthday beliau hari ni. 7 Oktober. Jadi sempat la aku nak celebrate birthday beliau hari ni bersama-sama. Aku bercadang nak buat surprise untuk malam tadi, yakni menjelang birthday beliau tu. Tapi sebab beliau tiba di Malaysia awal sangat, terus lintang pukang plan aku. So tak jadi. Heh. Beliau pun keletihan sesangat, jadi tunda ke hari ni saja.

Apepun, Happy Birthday Mr Shrek!!! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Tak lupa, semoga kebahagiaan menjadi milik kita bersama buat selamanya. Cuba teka ini ulangtahun Mr Shrek yang keberapa? Jeng jeng jeng.... yang ke 32 tahun!! Hikss.. Dah tua manje mucuk aku nan sorang nih. Tapi masih berjiwa muda katanya.


Aku belum beli hadiah untuk beliau lagi. Tapi semalam nih, bertimbun aku dapat hadiah dari beliau. Maksud aku ole ole dari sana. Terharu taw, tak sangka ingat jugak nak belikan untuk aku. Mesti la ingat kan..tapi tak sangka la sebanyak itu. Well, ini dia yang beliau belikan aku.



Mug kepala Shrek. Heh. beliau cakap, sebaik saja beliau nampak mug tuh, terus beliau teringat aku. Sebab kan aku gelar beliau Mr Shrek. Yelah, nak suruh aku ingat beliau jugak la tuh setiap kali aku gunakan mug tuh nanti. Aku suka sangat gift yang ini sebab ianya cute. Pandai dia ambil hati aku. Ceria je hati aku semalam.





Coklat. Banyak gila. Lagi aku nak diet lagi beliau beli bebanyak. Aku takleh la macam nih..kalau ade depan mata mesti la aku belasah. Nak-nak kalau beliau yang beli. So, selamat menjamu coklat untuk diri aku sendiri. Aku suka sebab coklat ni ada yang dalam tin la..pencil case laa.., so boleh aku simpan benda-benda tuh biarpun coklatnya dah habis aku telan. Hehe





Lagi beliau belikan aku bathrobe dengan t-shirt HRC Manchester. Haa..ade satu knitted sling bag. Nice sangat. Cuma warna dia jek susah gila aku nak padankan dengan pakaian aku, sebab warna purple. Aku mana ade baju purple banyak sangat. Tapi takpe..aku terer part nak mix and match nih. So takde hal. tapi memang aku suka sangat. Dah namanya pun gift kan.




Dan lain-lain tuh termasuk la merchandise MUFC. Well, aku bukan minat sangat pun dengan MUFC, tapi sebab dah namanya pun pegi Manchester, so memang tak boleh tidak la kan beli merchandise dia. Ada keychain, mug, pencil case, fridge magnet, body flag, pin badge dengan calendar tahun 2008.




Last but not least, beliau belikan aku buku biografi pasal Johnny Depp -A Kind Of Illusion oleh Denis Meikle. Yesss..Mr Shrek memang memahami aku sangat-sangat. Walaupun aku tahu beliau selalu rasa tercabar sebab aku sering bandingkan beliau dengan Johnny Depp, tapi beliau masih sudi membelikan buku tu untuk aku. Huhu..nasib baik beliau tak berdendam dengan Johnny Depp kan? Hikss..


Wah, banyak kan benda beliau belikan untuk aku. Semuanya aku suka dan kena dengan citarasa aku. Nak tahu apa yang beliau dapatkan untuk diri beliau sendiri? Some cool posters, cool mags, cool cds, cool books dan beberapa oil paintings. Itu saja yang beliau perlukan katanya. Aku tak terkejut. Sebab beliau memang macam tu. Pergi mana-mana mesti nak beli painting. Sebab beliau seorang yang menghargai seni agaknya. Sempat juga aku snap gambar tiket beliau sewaktu menyaksikan match antara MU dengan Roma baru-baru ni.




Okey, keseluruhannya, aku gembira sangat-sangat. Aku gembira sebab beliau pulang ke pangkuan aku dengan selamat dan kerana beliau melimpahi aku dengan ole-ole dari sana. Aku tak kisah mahal ke murah, banyak atau sikit, namun yang penting beliau ingat kat aku. Tanda ingatan tuh yang penting kan? Thanks Mr Shrek!


No comments: