Saturday, October 27, 2007

Adegan Yang Tidak Seronok Dilihat

Okey, there's a situation. Sepasang suami isteri bertekak. Ada anak kecil sorang yang mungkin berusia 3 tahun. Kalau dalam imaginasi anda, how bad it would be? I mean bagaimana keadaan yang anda bayangkan. Bertekak di rumah? Di dalam bilik? For me, the closest imaginasi yang akan appear in my mind adalah bergaduh di dalam bilik dan si kecil pulak berada dalam bilik lain. Imaginasi kamu semua pulak macam mana?

I've seen satu adegan yang tak sepatutnya dilihat today. Atau in my opinion adegan yang tak sepatutnya berlaku, to be exact. Kejadian ni berlaku petang tadi, di sebuah stesen minyak berhampiran dengan kediaman aku. Aku pada mulanya tak menyedari adegan tu, tapi Mr Shrek yang beritahu, meminta aku memandang ke arah sebuah kereta yang sedang parkir betul-betul berhadapan dengan kedai serbaguna stesen minyak tu.

U know what, sepasang suami isteri tengah bergaduh tak hengat punye kat dalam kereta tu, sambil si isteri tengah memangku anaknya yang pada hemat aku berusia 3 tahun. Bukan gaduh biasa, tapi nih tahap meroyan tak hengat punye lah, di mana ada aksi-aksi tunjal menunjal, tampar menampar, tolak menolak dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Aku yang tergamam, memang rasa tak percaya apa yang aku lihat, bukan sebab mereka bergaduh tu, tapi ianya berlaku di tempat awam di mana ramai pengguna yang tengah sibuk berurusan. Maklumlah, stesen minyaklah katakan. Huhu..

Aduh, memang unbelievable. Pada mulanya mereka hanya bertekak di dalam kereta, tapi kemudian si suami keluar dari kereta, mungkin untuk mendapatkan sesuatu di kedai tu rasanya. Belum sempat si suami menutup pintu kereta, tiba-tiba si suami menempik dengan kuat kepada isterinya tu. Kelihatan si isteri sedang cuba untuk pergi ke seat pemandu (mungkin cuba mengambil kesempatan untuk take over kereta tu) dan tak semena-mena berlaku la pulak pergelutan ekstrem di mana si suami menolak dengan kasar si isteri dan kemudian beliau masuk semula dalam kereta tu. Aksi pergelutan berlangsung lagi. Isk...aku pulak naik cuak dibuatnya.

Bukan aku jek yang cuak, ada satu kereta yang nak parking sebelah kereta tuh pun tak jadi nak parking. Dan orang sekeliling pun memandang-mandang sesama sendiri kerana terkejut dengan adegan yang dipersembahkan. Huhu..sesiapa tengok pun pasti terkejut kan.

Adegan sepasang semua isteri tuh sampai ke kemuncaknya apabila si suami dengan rakus melepaskan tumbukan berkali-kali ke kepala/dahi si isteri, dan si isteri terus berusaha untuk melindungi diri sendiri. Anak mereka aku dah tak nampak, mungkin dah tergolek ke bahagian kaki la gamaknye. Huhu...Aku tak pasti adakah si isteri tengah meraung kesakitan ke ape, sebab aku tak berapa dengar, yang hanya kedengaran hanyalah herdikan-herdikan keras si suami sambil memukul dengan sepuas hati. Namun begitu, dapat aku bayangkan betapa sakitnya si isteri kerana aku yang menengok pun rasa macam nak menangis. Kemudian setelah beberapa ketika kereta tu pun beredar.

Aku yang masih terkejut dengan insiden tu hanya mampu berpandangan sesama sendiri dengan Mr Shrek. Cepat-cepat Mr Shrek genggam tangan aku dan kemudian memandu kereta untuk beredar dari situ. Kelihatan kereta itu sedang memarkir di satu bahagian lain di kawasan stesen minyak tu. Aku tak tau lah apa kesudahannya, tetapi aku agak terganggu dengan apa yang berlaku. Lantas aku tanya Mr Shrek, "Would u do the same?". Dengan pantas Mr Shrek menjawab 'Definately not. I promise u". Huhuuu..

Arghhh...aku paling benci lelaki yang memukul perempuan. Bagi aku walau apa pun masalah atau kesalahannya, bukan itu cara untuk menyelesaikan. Depan anak some more? Owh please..itulah perkara paling teruk bagi aku. What kind of people yang bergaduh sedemikian rupa depan anak kecil. Bukankah itu akan meninggalkan kesan yang sangat tak baik untuk anak kecil tu? Owh my, what's wrong with these people.

Yang lebih memburukkan keadaan, ianya berlaku di tempat awam. Habis terbongkar semua aib depan semua orang. Di mana letaknya maruah keluarga tu bila suami isteri dok bergaduh macam tu sekali depan orang awam. And it's happening di bulan Syawal. Oh ya, lupa nak bagitau, pasangan tu adalah pasangan Melayu. Heh..aku tak mahu tahu apa masalahnya sebab bagi aku, walau apa pun masalahnya, perkara-perkara macam tu tak sepatutnye berlaku. Itulah dia kalau nafsu amarah menguasai diri. Habis hilang sifat rasional dan sifat malu kepada Tuhan, masyarakat sekeliling dan diri sendiri.

Siapa yang jadi mangsanya? Anak kecil tu. I hope anak kecil tuh tak mengingati kejadian tu sebab kalau dia ingat, mesti trauma sampai ke besar. To be honest, aku memang tak biasa dengan kejadian seumpama itu sebab mak ayah aku tak pernah bertengkar sebegitu depan kami semua dan setahu aku, ayah aku tak pernah memukul mak aku walau sedikitpun. Dan dalam hati kecil aku, aku berharap sangat keluarga aku sendiri di masa depan tak mengalami perkara sebegitu. Aku berdoa aku tak ditimpa nasib sedemikian rupa seperti yang dialami oleh si isteri.

Horrible. Pathetic. Itu je yang dapat aku katakan. Semoga orang sebegitu berjaya menginsafi diri. Mudah-mudahan.

No comments: