Monday, October 22, 2007

Nak Makan Makan Anyone (update)

Secebis update tentang makan-makan di rumah aku siang tadi.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku sempat untuk menyediakan juadah tepat pada masanya walaupun itu menjadikan aku seorang wanita yang sangat lemau hari ni sebab letih punya pasal.

Aku rasa semalam aku hanya tidur 4 jam sahaja. Selebihnya aku fokus dengan hobi baru aku iaitu memasak dan mengemas rumah. Hobi yang aku kira hanyalah sekadar hobi bermusim kerana aku sungguh yakin aku hanya mendapat hidayah kerajinan hanya di bulan Syawal sahaja.

Jumlah kehadiran tetamu juga menepati sasaran. Walaupun ada rakan forumer yang tak dapat hadir, tetapi ianya diganti dengan kehadiran forumer yang lain dan sesungguhnya aku amat berbesar hati dengan kedatangan mereka semua. Tak pernah aku duga untuk bersua dengan mereka di rumah aku sendiri, tapi Syawal kali ini menjadikannya satu realiti. Aku amat gembira sebab dapat menjamu mereka makan walaupun juadah yang disediakan tidak seberapa.

Aku kira pertemuan kali ini juga mencetus sejarah yang tersendiri apabila buat pertama kali dapat aku perkenalkan mereka semua kepada Mr Shrek. Jika selama ini aku hanya bercerita kepada beliau, kali ini beliau sendiri dapat bersua dengan rakan-rakan baru aku tu. Walaupun Mr Shrek hanya dapat bersama kami untuk seketika sahaja lantaran tuntutan tugas, aku amat berbangga dengan Mr Shrek kerana beliau turut sama bertungkus lumus membantu aku dalam urusan penyediaan juadah. Thanks Mr Shrek.

Untuk tetamu-tetamu yang hadir tadi, terima kasih aku ucapkan kerana sudi bertandang untuk beraya. Semoga kita berjumpa lagi dalam sesi makan-makan berikutnya (sekiranya ada) di tempat lain. Hiks..

** Jari manis aku melecur gara-gara memasak. Walaupun sakit, tapi aku kira ianya satu kenangan manis.

** Gee siap tapau ayam masak lemak cili api. Semoga beliau semakin yakin dengan masakan aku. Hehe

** Aku tak punya gambar. Namun kalau ada rezeki, akan aku tempekkan kemudian.

No comments: