Tuesday, October 16, 2007

Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Ini kisah menarik di pagi raya. Mungkin tidak menarik bagi kamu, tapi amat bermakna untuk diri aku.

Sabtu, 13 Oktober 2007 - 1 Syawal 1428 Hijrah
7.38 pagi

Sedang aku bersiap-siap untuk berpakaian di pagi raya, handphone aku menjerit-jerit minta dijawab. Aku tengok satu nombor tak dikenali. Aku jawab. Di hujung talian aku mendengar suara lelaki tapi aku masih tak berapa cam milik siapakah suara itu.

Sana : Hi..Selamat Hari Raya...is this the right time?
Sini : Yeah...err..
Sana : I mean is it the right time for me to call? Atau u bz?
Sini : No..i'm ok..err..siapa ni?
Sana : (Gelak-gelak) U tak kenal dah ke...takpelah kalau macam tu...(Bunyi cam nak hang up jek)
Sini : (Suddenly rasa macam dah kenal) Hey u!! Is this really u?
Sana : Nyahhhh!!! Nih I laaaaa..
Sini : I know....wahhhh..biar betul ni..u kat mana? (Suara menjadi teruja tiba-tiba)

Hehe. Masih terngiang-ngiang lagi suara di pagi raya tu. Suara orang yang tak disangka-sangka. Pendek kata memang tak pernah nak mimpi nak dengar suara tu dalam masa terdekat ni, apatah lagi di hari raya.

Itu Jejaka Eksklusif. Menelefon aku di pagi raya dari kejauhan semata-mata nak mengucapkan selamat hari raya dan bermaaf-maafan. Awww..so sweet kan. Dari jauh tu. Tapi beliau tu lagi nak kencing taww..kata beliau ada kat kampung sedangkan beliau sungguh jauh di Jerman sana. Mengade.

Aku terkejut yang amat sangat sebenarnya. Aku fikirkan aku bermimpi. Dan yang paling aku tak sangka, aku masih mengenali suara itu. Suara yang dah sebulan lebih aku tak dengar. Haha. Aku bebetul teruja tau. Aku rasa beliau pun tahu aku teruja berdasarkan dari nada suara aku yang tiba-tiba dari keadaan terpinga-pinga kemudian jadi riuh dan menggedik semacam. Lantakla..malas aku nak kaber-kaber keterujaan aku dah. Dah namanya pun seprais, mesti la aku teruja kan. Heh.

Nak tahu apa yang kami bualkan? Beliau ucapkan Selamat Hari Raya kepada aku dan memohon kemaafan selain meminta dihalalkan makan minum serta beberapa ucapan lain. Hikss....bebetul syahdu taw. Yang paling tak tahan, bilamana tak semena-mena beliaulah pulak yang jadik orang pertama aku mohon kemaafan di pagi raya. Haha..bijak...bijak.. Timing beliau tuh tepat gile tak hengat sedangkan waktu kat sana pukul 1 pagi lebih. Sanggup tuh kan noks...Ekekeke..

Sengal kan jejaka tuh. Tapi aku tak boleh salahkan beliau taw..beliau kat sana dah beraya sehari lebih awal. Jadi mestilah beliau tido lewat kan. Raya lah katakan. Dah takde keje sangat la tuh nak menelepon aku pepagi buta. Seb baik tak call aku pepagi Subuh kan, kalau tak mungkin aku tak sempat nak jawab panggilan beliau tuh sebab aku terover slept di pagi raya gara-gara tidur lewat malam tu. Huhu..

Kasihan beliau kerana beraya di perantauan. Aku cuba letakkan diri aku dalam situasi beliau, beraya tanpa insan-insan tersayang disisi. Huhu..kalau aku, adess...dah lama aku meraung. Tapi aku tahu beliau seorang yang tabah (sebab beliau yang cakap gitu), kalau ikut aku, aku nak tuduh beliau meraung jugak di pagi raya. Haha..

Tapi betul lah, panggilan beliau di pagi raya tu bebetul buat aku bersemangat nak beraya. Mood jadik berbunga kejap..hikss. Lama pulak kami bersembang. Mana taknye, dah habis sesi bermaaf-maafan, kami sambung pulak dengan sesi gosip menggosip. Kalau dah keji tu, kejilah jugak. Tak kira waktu, asal boleh jek. Kalau aku tak bergosip dengan beliau tu, memang la tak sah. Tak kira la dalam telefon ke, dalam ym ke..asalkan hasrat tercapai katanya. Tapi patutnya berpada-pada la kan..tak berbaloi betul nak bergosip di pagi raya, dah la tu, panggil dari jauh lak tuh..rugi..rugi..Huhu.

Masa begitu mencemburui kami. Err..termasuklah keadaan dan wang euro (ekeke). Setelah hampir 30 minit berbual, baru aku perasan yang jam dah menunjukkan angka 8 lebih sikit. Hoho..semua orang sibuk-sibuk bersarapan sebelum pergi sembahyang raya. Heh..jadi terpaksa dengan berat hati, aku (beliau tu aku tak tau lah berat hati ke tak) menamatkan perbualan. Huhu.

Tapi selepas beberapa ketika, aku tersenyum sendiri sebab tak sangka punya pasal. Heh...dalam hati aku, "Ingat jugak mamat poyo tuh kat aku". Ololooo..nampaknya beliau tak poyo mana pun..beliau masih macam insan istimewa yang aku kenal dulu. Seorang sahabat sejati. Perghhh..(sejati la sangat) :P

Khas buat Jejaka Eksklusif:

U, i'm so touched jugak. U really made my raya day. Heh. Now i know why u jadi my close friend. Because u really care, sincere and honest with me. Hope u'll always be the way u're now. I really appreciate our friendship. Yes, i do.

Dayyummnnn....wendu la nak dengar suara beliau lagi..Huhu..tapi suara beliau yang tak sedap sangat tuh mahal la pulak. Huhu..apela nasib. Hahaha..






HERO LA SANGATTTTT...EUWWWWWW..... :P

No comments: