Friday, September 12, 2008

Ratu Drama

Jap..jap.. aku ada cite panas nih. Eh..tak tak..bukan cite nih yang panas..aku yang panas skang nih. Grrrr..

Aku tengah memikirkan sesuatu nih. Sebelum tuh aku nak lontarkan soklan cepumas of the day.

ADAKAH RUPA ATAU GAYA AKU MACAM / ALA-ALA ARTIS???

Wakakak…hamik ko. Ape punye soklan la yang aku bagi nih..muntah belahak la korang japgih. Ekekekek..Aku bukan nak jadik vain ke hape. Sumpah soklan tuh takde kena mengena dengan ketaksuban aku terhadap diri sendiri oke.

Bukan ape taw..bila aku kat set kan, bila pelakon datang je..mesti diorg tegur aku (tak kisah la memana pelakon) dan soklan yang akan keluar dari mulut diorang mesti berbunyi camni “u pegang watak ape ye?” or something like this “eh, scene u yang mana satu?” ataupun nak lebih advanced “scene u dah lepas ke atau kejap lagi?”. Ekekek..kellass kannn..

Cut the crap. Masa 1st time aku ditanya soklan berbunyi sedemikian oleh pelakon A (nama sebenar dirahsiakan), aku cam terkujat dan teruja la jugak. Tapi bila pelakon-pelakon lain pun tanya soklan yang sama..aku naik hangen la pulak. Bukan ape..malu siott.. huhu..

Takdela..dah sah-sahla aku bukan pelakon tersohor. Dan rata-rata pelakon yang pegang watak penting pun mestilah tau pelakon-pelakon lain yang digandingkan dengan diorang kan. So bila aku ditanya soklan sedemikian..dah sah-sahla aku nih stok-stok extra ke hape kan. Kosserrr hoke. Mak marah nih noks..mak marah kalau diorang ingat mak nih pelakon extra hoke. Mak tak rela. Urghhh..

So apa yang aku buat bila diorang tanya soklan cemtuh, aku deny dengan buat muka flat dengan senyuman tawar dan jawab “Err..i bukan artist/talent”. Pehtuh bila diorang buat muka pelik atau cam nak tanya lebih-lebih..aku maleh nak jawab dah. Aku pandang je kat mekap artist. Kekadang make up artist rajen nak tolong jawabkan, dia jawab la “dia wife art director la” tapi kekadang kalau dia malas..dia gelak-gelak je. Huhu..

Tapi tak aci la beb. Bukan aku sorang je menyebok kat set kan. Orang lain pun ade gak melepak sama..tapi apesal asik aku je yg jadik bahan. Tuh yang aku tak pueh ati tuh..aku nih ade roper dan gaya artis ke? Haa..tolong jawab sket… ;p

Poyo sangat ke aku nih? Kosserrrr…..ekekkekek..

* Derang tak taw aku lagi dasat bab-bab drama nih. Drama queen la katakan ekekekkeke…

Sebok Ku Menyebok

Lately ada la orang tu kan.. ala-ala cam extra romantik dan very the concern gituh biarpun dalam kesibukan melampau. Kenapa aku cakap cemtu..sebab beliau cam bersungguh-sungguh nak kaut aku bawak pegi kat set just to spend more time with me KATANYA.. Hehe..

Tapi aku rasa aku tau sebab ape..sebab aku rasa beliau kesian tengok aku berbuka sensorang kat umah. And lagipun berbuka kat set bleh makan memacam. Kata ade catering kan.. free plak tuh. Jimat hoke..ekekek..

Mula-mula aku cam maleh nak ikut sebab aku paling tak suka bila aku tepaksa dok menganga takde geng. Tapi after few days, aku dah bleh get along with some of the crews. So last-last aku rasa cam syok lak nak ikut.

So ceghitenye skang nih..ceghite kenapa aku dah bebape hari tak hapdet blog..itulah dianyaaa… Sebab aku dok sebok pegi menyebok kat location shooting. Eee… kosserr kan.. Aku memang kaki menyebok. Mencikk..

The Most Happening...

Tahniah kepada diri aku sendiri kerana menerima habuan yang agak banyak minggu ini. Yesss..aku memang bertuah sesangat sebab habuan yang aku terima itu adalah yang paling happening. Ya, paling happening kepala dalam dunia. Hahaha..

Itulah dia permainan hidup ini. Sekejap kita rasa cam syok bangat, and at times kita rasa macam ntah hape-hape. Kejap kita rasa relax..kejap lagi kita rasa cam nak meletop.

Ape yang cuba aku terangkan nih ye. Actually saje nak cakap yang minggu nih aku dapat habuan yang melambak-lambak kat tempat keje. Hasilnya aku tepaksa memerah keringat sampai lebam. Arghhhhh..sungguh happening kepala hoke.

Itulah, padan la ngan muka aku kan. Poyo sangat nak bercuti sampai seminggu. Skang hamekk ko. Takde sape siut yang sentuh keje-keje aku. Nak tak nak tepaksa la settlekan keje yang tertangguh. Huhu..naik buntang mata aku bila tengok email yang melambak sampai dekat 300 tuh. Ape kejadoh??

Demmit. Rasa cam nak shut down pc and terus balik umah sambung cuti lagi seminggu. Huhu..

Saturday, September 6, 2008

Rezeki Ke.. Dugaan??

Haaaaa...tetiba aku teringat kat satu kisah yang berlaku baru-baru nih.

Alah..kisah nih berlaku arituh..masa aku hantar mak aku pegi spital. Ahli keluarga aku yang lain tengah minum petang kat luar spital. Tapi sebab aku nih seorang anak mithali gituh, so aku temankan mak aku jelah kat ruang menunggu tuh sementara menunggu keputusan ujian darah mak aku.

So nak dijadikan cite, aku haus sangat taw time tuh. Masa tuh kan belum puasa lagik. Aku saje la jalan-jalan sket carik vending machine ke hape. Luckily terjumpa la satu.

Aku nampak, wahh..ade soyabean yang dalam botol laa... Aku tetibe rasa cam tak sesaba nak sambar satu. Yess..ade syiling. Bila dah masukkan syiling, aku tekan la air yang aku hajati. Gedebuk botol tuh jatuh. Masa aku nak amik, sekali aku tengok..eh..camne bleh ade tiga botol plak nih? Huhu..

Aku pun pandang la sekeliling. Ade nurse kat kaunter dan 2 orang mamat yang bersembang berdekatan aku. Aisehhh...aku cam tergugup plak kat situh. Hmm..nak amik ke tak nih..aku fikir dalam hati. Pehtuh lantas aku amik satu..i mean yang memang hak aku. Tapi aku rasa cam baik sangat la pulak. Pehtuh aku amik lagi satu. Huhu... then aku ingat nak amik je sume-sume...tapi cam over la plak..mana la tau, air tuh ade orang lain yang punye ke..

Last2 aku nekad untuk beredar dengan 2 botol soyabean tuh. Ekekkek...keji..keji. Tinggal la sebotol lagi kat vending machine. Kalau air lain, mungkin aku tak amik kot. Ekeke..Tak lama pehtuh, adik aku sampai. Aku pun cite la pasal tuh. Adik aku pun nak pegi la tengok, sekali tengok dah takde siut. Aik..pelik..pelik...aku tak nampak lak sesapa pegi ke situ selepas aku. Iskkk...mungkin aku terlepas pandang.

Tapi tak kisah la pasal tuh. Nih yang aku dok pikir nih...ape yang aku dapat tuh..rezeki ke dugaan ek? Wakakkaka... aku rasa cam keji je pulak sebab aku main rembat je 2 botol. Hehe...nampaknya aku bukan lagi seorang minah inesen..kosserrr..

Friday, September 5, 2008

Mari Melayan Perasaan

Eh aku sangap sangat la arinih. Gila sangap nih. Aku tak puas ati betul lah. Huhu..

Aku rasa macam nak cari seseorang yang boleh layan aku la.. Tapi mana nak carik malam-malam buta cemnih. Aku tak kisah la kalau tanak layan sangat ke hape...tolong dengar lawak badut sarkis yang aku buat pun jadila. Tapi takde sapela...iskkk..apesal aku desperado sangat nih.

Aku rasa macam nak minum air soyabean. Tapi perut rasa cam dah penuh gila sebab tadi aku berbuka kat rumah mak aku. Aku dah lama tak berbuka makan nasik, tapi tadi aku dengan rela telah melantak dua pinggan dengan rakusnya. Ape la nak jadik nih.

Skang nih tekak aku macam mintak dibasahkan. Ape aku nak minum ek. Ooo...air tambah 100 ada. Jap lah aku nak minum jap.


~ Huhu..ape ke sengal aku wat entry mengade cemnih. Ah, gasak ah. Aku sangap. Huhu...

Thursday, September 4, 2008

Kerna Terpaksa....

Arituh aku ada mention pasal aku sentaps dengan kerja aku kan. Dan aku ada janji nak ceritakan kat sinih. So memandangkan aku ada kesempatan hari nih, maka aku akan ceritakan serba sedikit mengenainya.

Aku sebenarnya mengalami sindrom ‘sick and tired’ dengan kerja aku sebenarnya. Dan dengan itu, aku bercadang nak berhenti kerja hujung bulan lepas. Aku dahpun berjumpa dengan department manager dan memberikan notis mengatakan aku nak berhenti. Tapi niat aku tak kesampaian bila beliau, yakni Senior Sales Manager aku tuh meminta aku tidak berbuat demikian pada waktu sekarang.

Beliau fikir aku dah punya tawaran bekerja di tempat lain. Tapi aku dengan tiada niat untuk menipu, aku terangkan bahawa aku nak berhenti kerana keadaan yang memaksa. Aku pun tak paham kenapa aku lurus bendul sangat. Dan kebetulan pada waktu yang sama mak aku pun tak sihat, lalu aku kaitkan perihal itu dengan komitmen aku terhadap kerja.

Aku katakan aku mungkin tak dapat berikan sepenuh tumpuan terhadap kerja aku sekarang dan itu adalah tidak adil bagi partner aku dan rakan-rakan sekerja yang lain. Jadi aku mengambil keputusan untuk berhenti dan beri laluan kepada mereka hire someone new to replace me.

Penerimaan bos aku terhadap perkara ini membuatkan aku sedikit terkejut sebenarnya. Sebab beliau cakap, kalau itu yang aku risaukan, beliau boleh kasi aku cuti seminggu. Tapi untuk aku berhenti, beliau tak dapat nak menimbangkan perkara itu. Aku serba salah, sebab aku dah bulatkan tekad nak berhenti dan berehat saja sepanjang bulan puasa nih sebab aku dah takde semangat nak teruskan.

Aku tak nafikan, environment kerja kat situ memang okey. Tambahan pulak bos department aku adalah yang paling cool dan sporting dalam banyak-banyak department kat tempat kerja aku tuh. Huhu…aku memang sangat aware pasal tuh sebab bagi aku, memang bertuah la dapat berkerja dengan environment sebegitu dalam satu-satu organisasi yang besar, nak-nak pulak pulak dengan department aku yang dimonopoli oleh kaum bukan Melayu.

Tapi yang membuatkan aku jadi meluat untuk teruskan kerja adalah disebabkan partner aku. Parner aku nih dah kerja kat situ lebih dari 10 tahun..bayangkanlah. Aku pulak baru kerja 6 bulan. Masalahnya beliau nih suka berkasar dengan aku, suka ganggu tugas aku dan buat aku macam kuli. C’mon la, aku naik letih dah melayan karenah dia tuh. Aku nih dahlah ada satu penyakit iaitu aku cukup pantang kalau kena paksa atau dikerah. Minta tolong dengan mengerah orang dengan paksa adalah dua perkara yang sangat berbeza okey. Urghhhh.. pikirkan pasal ni sekarang pun buat aku rasa geram.

Bos aku minta aku stay at least for another 2 months sebab kerja tengah banyak yang disebabkan oleh masalah kegagalan fungsi sistem baru yang berlaku baru-baru nih. Aku pasrah. Perkara nih meletakkan aku dalam situasi yang serba salah. Kalau aku dapat offer kerja kat tempat lain, mungkin aku tak perlu fikirkan langsung pasal nih..tapi memandangkan aku berhenti semata-mata nak melepak-lepak kat rumah, maka terpaksalah aku memikirkan semasak-masaknya.

Sekarang aku dalam tempoh percutian tersebut. Dan dengan itu korang pun tahu kan apa keputusan yang telah aku buat. Ya, aku mengambil keputusan untuk teruskan…dengan harapan aku tidak akan lagi diganggu oleh sesiapa…which is agak mustahil actually. :(

Kenapa la aku nih soft-hearted sangat. How I wish aku nih pandai buat kurang ajar dengan orang. Arghhhhhh!!!

Wednesday, September 3, 2008

Terkelendatku Dalam Kegembiraan

Aisehhhh, aku lupa la nak mention satu perkara penting dalam entry edisi Ogos yang lalu.

Korang ingat lagi tak mamat ayu lagi bersopan santun yang pernah menjadi pemangkin semangat aku untuk pergi kerja yang pernah aku ceritakan dulu. Mamat tu dah selamat bernikah Ogos lepas!!!

Sungguh ku terkejut sewaktu mendengar perkhabaran ini. Namun apakan daya..huhu…walaupun sedikit kecewa (tanpa sebab yang munasabah), aku tetap ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada beliau.

Aku tak pergi majlis kahwin beliau kerana aku tak sanggup melihat beliau duduk di persandingan. Acah jee…gile ape..wakakkaka. Aku tak pegi sebab aku takde kena mengena dengan beliau..itu aje. Namun dari perkhabaran yang disampaikan oleh teman sepejabat yang menghadiri perkahwinan beliau, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa isteri beliau dengar-dengarnya lebih ayu dan sopan. Bersanding dengan memakai tudung labuh lagik…

Aku yang sedia terkelendat menjadi lebih terkelendat mendengarnya. Huhu..terasa diriku ini sungguh kerdil sekali. Memang beruntung kedua-dua mempelai kerana bertemu jodoh dengan pasangan yang baik-baik belaka. Alhamdulillah… gembira aku mendengarnya. :)