Monday, May 12, 2008

Secebis Kisah Gedik

Gile hampes owner blog nih. Konon tak nak being MIA katanya...cett..cakap tak serupa bikin betol!!


Aku tau mesti ada diantara korang yang berkata sedemikian, tapi siyes nih..aku memang kekurangan kesempatan..sebab kebanyakan kesempatan telah diambil oleh orang lain yakni si pengambil kesempatan. Huhu...apo aku merepek ye noks..ekekekek

Oke..oke..saje buat lawak budus katanya, bese la kan..nak amik ati u ols yang sedang membaca (ado lagi ke pembaco?? soalku dengan gedik). Actually aku berhutang banyak cerita kan..tapi aku pun dah naik blur dah nih nak start tang mana. Huhu...apepun pasal 60km, aku hapdet later la kot sebab material seperti gambar dan sebagainya takdo la at the moment. So aku cerita pasal diri aku jelah ek.

Aku sedey sebab opismate aku yang sungguh kacak lagi sopan tuh dengan rasminya telah meninggalkan company tempat aku bekerja secara umumnya (dan meninggalkan aku secara khususnya..huhu) pada hari Jumaat yang lepas. Aku berjaya menatap wajah bercahaya beliau dengan rakusnya (tanpa diketahui khalayak of course) dan pada sebelah malamnya siap masuk dalam mimpi!! Keji..keji...apo la nak jadi dengan aku nih kan. Tak bermoral sungguh!

And one more thing, what the hell i'm doing here..korang pun tau kan, kat opis aku, aku memang takleh nak bertenet. Sah..aku tak bekerja arinih sebab aku demam panas (itu kata Mr Shrek la). Actually aku demam selsema. So sekarang aku berada di tempat editing 60km dengan riang gembiranya sebab tak perlu bekerja. Ciss...MC tak amik lagi nih...huhu...petang kang la amik. Hingus pun banyak lagi nih...pekat lak tuh..ekekekekke...

Dah 2 malam berturut-turut aku ikut berkampung kat studio tempat editing 60km nih. Huhu...kalau sebelum nih aku pernah cakap 60 km will be on air pada Ahad yang lepas, aku tersilap. Ianya telah ditangguh ke satu tarikh yang lain yang akan kuberitahu kelak. Macam mano nak on air bang oi...siap pun tak lagi...Huhu. But siyes, gila banyak dugaan 60km nih...semak tapi syok bak kata diri aku sendiri. Hihi...

Aiseh...aku nak taip banyak lagi tapi aku dah kena panggil. So nanti kang ade masa aku sambung.. daaa..

No comments: