Monday, November 30, 2009

Rintihan Sebuah Blog

Bila ada buat tak layan
Bila tak ada dikenang-kenang

Apola nasebbbbbb...


Ngeeee... :D

Thursday, July 23, 2009

Wendu laaaa...huhuhuhu

Ok, sambung lagi la. Baby masih tido. Sebab Mr Shrek tinggalkan berukband kat umah, mari kita utilize bebetul katanya. Ailebiu Mr Shrek :-*

Auww kosserr..aku wendu dekat J Eks sesangat. Boley gitu? Ekekekek..aku saje je nak amik ati J Eks buat entry nih sebab aku tau dia kekadang jenguk gak kesinih dengan harapan aku buat seprais untuk dia. Mintak-mintak pehnih kalau J Eks terbaca nih, aku nak beliau tahu yang beliau masih dikenang2 katanya. Mana boleh tak hengat, partner in crime tuhhh.. :P

Last Sunday dapat la aku dengar suara Macy Gray nye tuh. Alahaiii..lomah lutut acik. Wendu oke nak dengar suara tu. Beliau call aku sesaje katanya nak buat seprais la konon. Tapi memang seprais pun. Aku tepaksa tanya bebanyak kali, ni sape nih? Bukan sebab aku dah lupa suara dia, tapi aku tak percaya dia call katanya. Huhuhuu..

Sempat la jugak bergosip sedas dua. Okla tuh dari takde. Ekekke.. bukannya aku tak berkontek langsung pun, hari tuh pun dah berym2 bila sempat. Tapi bese la kan, aku nih mana mudah dipuaskan. :P

Alaaa kosser la J Eks, orang nak berbaby dia pun nak berbaby. Baby J Eks very the bom bom cikabom bom katanya. Ekekek..tapi takpelah, maleh la cite kat sinih kang ada yang serang aku pulak kang. Aku skang pun dah tak pandai nak jadi keji sangat katanya sebab dah insap. Wakakka.. lagipun aku takut ada sesape yang akan tak senang duduk sebab blog aku pun dah ado special guest. Jangan tanya sape, tapi cukuplah aku bitau, special guest yang memang special katanya.

J Eks makin berseri2 skang nih. Senyum pun dah lebar macam joker. Nih aku imagine je la sebab dari suara J Eks arituh, hamboiii.. kemain lagik katanya. So pepaham aje la ye. Kosserr.. J Eks, tepek la gambar baru u noks.. toksahlah nak berkaber2. U tombam macam apam beras pun mak tetap terima seadanya... wakakakka.. calit sket noks :P Tapi sori, mak dah kurus sket :P

Untuk J Eks, i tau u wendu gila kat i, tapi takyah la kita cuba2 untuk mengulang sejarah ye noks. Berat hati i ni nak cakap cengginih, tapi nampaknya kita semakin hari semakin sukar untuk beramas mesra cam dedolu. I sedar diri i yang dah kertuh nih.. I tau u nak sangat bermanja2 dengan i seperti satu ketika dulu, tapi sesungguhnya i tak tertahan rasa pedih di hati tatkala melihat dirimu bermesra dengan insan yang lain. Ekekkekek..

Best kan ayat i nyah. Kosserr... mak wendu nak berdrama ngan u nyah. U buatlah blog cam dedolu, buleh mak singgah. U pun tau i kat Amnet tuh takde port dah. Nak merayau kesana kemari pun dah takdo mood sebab orang dah tak kenal I noks. Posting pun berapa ketul jek tinggal. Cam haram. Huhuhuhu..

Oklah, sampai sini jek dulu. Lenkali aku sambung lagik ngan entry2 lain kalu aku ada kesempatan. Aku harap J Eks terubat la wendunya terhadap blog aku ni seketika. Aku pun wendu dekat J Eks sesangat katanya. Rasanya kalau ada peluang, abih cerita pasal J Eks aje nih kang. Tapi kalu Mr Shrek terbaca, habehlah..mana buleh J Eks lagik pemes dari dia katanya..ekekke..

Owait, sekian entry sengal dari mummy hawt. Joy, aku dah bleh masuk club mummy hawt ke blom? Ekekkek..

Am I Going To Be A Mummy?

Itula..nak dijadikan cite, hari tuh aku punya la sengal. Dah la lama gila tak masuk FB, lepas tuh buleh pulak aku mengada letak dekat status " Mimi Hisham is becoming a mummy!!". Ha, gitulah lebih kurang. Ekekeke..

Aku saje jek sebenarnya tu. Aku tengah excited pasal baby-baby nih. Tapi sekali banyak la pulak wish yang aku dapat. Huhuhu..terkelendat la pulak aku rasa sebab dah sah2 la kan diorang nih ingat aku preggy. Astaga..telan airliur pahit jela yang dapat aku buat lepas tuh. Padan la ngan muka aku kan...sape suh sengal2 cam haram.

Camnila, aku pun tanak la korang rasa cam tipah tertipu katanya. So, eloklah kalu aku bagi tahu je kisah sebenar. Aku memang nak jadik mummy. Dah jadik mummy dah pun. Sebab aku dah ada seorang anak angkat. Baru lahir ni pada 16 July yang lepas. Alhamdulillah. Baby girl. Saat aku taip ni, baby ni ada sebelah aku ni ha..tengah tidur. Ibu kandung dia masih ada dengan aku to breastfeed the baby. Soon, aku akan take over completely, insyaAllah.

Nanti la aku tepek2 gambar apa yang patut. Baby pun baru lepas keluar dari hospital last Sunday sebab hari tu ada sakit kuning sikit. Aku rasa aku akan busy gila lepas ni. Sekarang pun ala2 terkelendat jugakla sebab bukannya aku ada skill sangat katanya. Tapi aku rasa antara aku dan baby dah ada chemistry, sebab everytime dia nak tidur, atau merengek2 mesti aku je yang boleh buat dia diam. Magic siut. Aku bangga gila ni. Masa tulis nih pun airmata bergenang2..huhuhu..happy gila.

Keputusan ni keputusan bersama antara aku dan Mr Shrek. Kami memang happy sangat sekarang ni. Dah la tengah in love katanya. Kosserr.... Entahlah, sejak dua menjak ni, aku dengan Mr Shrek ada 'penyejuk'..asyik berkepit aje manjang. Ber'lovey dovey' 24/7 katanya. Tapi lepas ni aku dah tak boleh nak ikut Mr Shrek kemana2 dah sebab kena jaga baby. Huhuhu..part tuh sedih kemain sket ye. Tapi takpela, semua orang pun akan kena lalui benda2 macam tuh kan. So kira ok la tuh.

So now, bermulalah kerjaya aku sebagai mummy. Dah lima hari dah. Hopefully tercapai la hasrat aku nak jadi mummy mithali. Ekekke..aku dah pandai mandikan baby weh. Kagums ke tak? :P

Follower??

Ek ehhh..tadi masa aku log in, baru aku perasan tetiba ada benda alah nih pulak. Ada follower gitteww..

Ha tuh, nampak kat kanan sebelah atas tu? Ada dua orang follower siut. Ada Esah dengan Aidah yang voguedavass katanya. Kosser.. Tu apa tandanya tuh yek?? Mereka tu pembaca tegar blog nih ke? Apapun, korang dua memang kellass noks. Dalam diam gituh. Ekekek..

Tuh yang aku rasa cam semangat nak taip entry bebanyak tuh kan. Korang doa2 la yek aku menten cenggini. Aku memang wendu nak menaip..huhuhu. Rasa macam ada yang kurang jek bila aku dah tak dikeromoni oleh so called feminat katanya. Bosan siut.

Lagipun baru2 ni, aku skodeng2 gakla kat FB..FB pun dah lama tak berjenguk katanya. Pehtu aku skodeng plak dekat forum..ala forum tempat aku mengada2 dulu. Kosserr..masih cenggitu jugak katanya. Walaupun macam banyak gila yang aku dah tak kenal, tapi mana yang aku kenal tu..perghhh..masih menyengat. Kosserr..tuh yang buat aku jadi jaki sejaki jakinya. Takpe..takpe.. :P

Aku nak mancing J Eks masuk kesini katanya. Sebab tu aku kena story pasal forum tuh jugak. Kosserr..ikut hati dah maleh dah. Aku merajuk sebenaunya..sebab kali terakhir aku masuk dulu, aku rasa cam dah takde sape nak sesembang ngan aku. Aku mana boleh cemtu..aku takleh terima hakikat katanya yang aku nih dah kertuh. Ape buleh buat..kalu dah kertuh kena la sedau diri kan noks. Aku akur....huhuhuhuhu...

Yuhhuuuu..

Hoho..lama gila siut aku tinggalkan blog aku nih. Sampai bersawang tebal. Macam hutan pun ada. Aku pun tak tau la, kenapa la pulak aku rasa malas gila nak hapdet. Alasan yang aku suka pakai, adalah sebab aku tak ada masa. Bullshit. Sebenarnya aku memang malas sebab aku jarang ada peluang nak online.

Macam-macam la benda yang berlaku kat aku lately. Terlalu banyak, cuma aku rasa semua yang berlaku tu tak ada satu pun yang aku rasa macam betul-betul happening..melainkan kisah-kisah aku dengan Mr Shrek. Menjalani kehidupan macam biasa..buat kerja macam biasa..semuanya biasa-biasa jek bagi aku. Ke sebenarnya aku ni semakin susah nak dipuaskan? Ntah lah..agaknya la kot. :P

Nantilah..aku cite sikit-sikit pasal apa yang aku rasa agak menarik. Ni saje jek ni..nak test line. Ada lagi ke sesape yang nak baca blog aku...huhuhu. Tapi Esah dah tanya-tanya. Jadi sekurang-kurangnya ada Esah nak membaca. Ekekke..orait Esah? :P

Monday, February 2, 2009

Once Upon A Time... (Otak Camera?)

Menyingkap kisah zaman persekolahan sentiasa membuat aku rasa berbelah bahagi. Ini kerana zaman persekolahan memang meninggalkan kenangan yang manis tapi pada masa yang sama menuntut penyesalan. Kesal kerana tak belajar bersungguh-sungguh dahulu.

Kepada sesiapa yang mengenali aku, pasti tahu bangaimana cara aku belajar. Aku cuma seorang pelajar yang exam oriented. Itu yang aku kesalkan. Aku tak belajar sangat sekiranya tiada exam. In other words, aku nih banyak main. Main-main. Aku tak buat homework. Aku akan datang pepagi buta ke sekolah dan copy homework budak-budak cina.

Bila aku dapat result yang gempak, kawan-kawan fikir aku nih smart gila. Sebab mereka pun tahu aku bukan minah buku atau minah skema. Like I said tadi, aku tak pernah buat homework. Tak kisah homework apa sekalipun, aku akan hanya copy dari buku kawan-kawan…hatta experiment report sekalipun. The only homework yang aku buat sendiri adalah karangan BM. That’s it.

But aku sentiasa excel in exams. Dan aku tak rasa aku nih smart. So how I did it? Achieving straight A’s in UPSR & PMR effortlessly. Aku ada satu rahsia. Mungkin ada sesetengah kawan aku yang dah tahu. Otak aku otak kamera. At least ini yang digelarkan oleh sesetengah kawan aku. I don’t give a damn walau apa pun nama kelebihan aku nih...cuma aku nak beritahu, itulah rahsianya.

Waktu dalam kelas, aku hanya merakam apa-apa yang berlaku dalam kelas menggunakan minda aku, kemudian aku akan letakkan ingatan tu pada mana-mana bahagian dalam kelas, contohnya meja guru. Jadi nampak seperti aku tak beri perhatian, tapi sebenarnya aku berinteraksi dengan persekitaran. Semuanya akan terakam, kata-kata guru, page buku teks, komunikasi murid dengan guru, lawak bodoh..semuanya. Kemudian aku fokuskan kepada meja guru, yakni bahagian yang aku pilih dalam kelas untuk aku sangkutkan ingatan tuh. Then it’s settled.

Then how it works? Ok, kiranya sekarang nih, otak aku hanya berfungsi sebagai indeks. Sebagai contoh, hari ini belajar subjek sains topic pembiakan. Ingatan telah disangkutkan pada papan hitam contohnya. Jadi dalam otak aku akan hanya ada (sbg contoh) Subjek sains topic pembiakan – papan hitam, atas, sebelah kanan. That’s it. Aku tak amik port dah apa kandungan ingatan aku tuh. Aku hanya akan recall semula bila memerlukan.

Aku discover kelebihan nih waktu aku berada di sekolah rendah. Sebab adakalanya aku cari topic dalam buku teks seperti yang diarahkan cikgu dengan begitu mudah sekali. Mungkin di rumah aku dah belek-belek serba sedikit the whole buku teks. Then bila cikgu sebut nama topic, terus tergambar dalam kepala otak aku no mukasurat, mungkin juga barisan pertama ayat, dan sekiranya ada gambar, gambar tuh pun aku ingat. Gile kentang kan.

Tapi masa sekolah rendah, aku masih belum berapa pandai untuk gunakan kelebihan aku. But as time goes by, aku semakin bijak menggunakan kelebihan yang ada. Bukanlah semua proses pembelajaran aku gunakan teknik ini. Cuma sebahagian je, tapi at least berjaya la jugak aku mengurangkan kesesakan otak aku nih kan. Aku rasa la. Hehe. Tapi ada gak kelemahannya. Kadang-kadang otak aku lupa jalankan tanggungjawab dia. Kadang-kadang aku rasa aku dah sangkutkan ingatan tu tapi aku tak ingat dimana. Ade gak berlaku macam tuh.

Kadang –kadang aku tak perlu berada di tempat sebenar untuk aku recall. Cukup sekadar aku membayangkan. Contohnya tadi, aku sangkutkan ingatan tentang subjek sains topic pembiakan di papan hitam atas sebelah kanan, jadi aku tak semestinya perlu melihat papan hitam tu untuk aku recall semula ingatan yang telah disangkutkan. Nih semua permainan otak aku je. Aku just bayangkan je papan hitam tu, still boleh recall. Biasalah kan, tempat exam barangkali berbeza-beza. But as long otak as otak aku boleh maintain index tuh dengan baik…I’m doing fine.

Aku tak study hard. Study smart tu mungkin juga…sebab aku dah tau kelebihan aku, jadi bila-bila aku rasa macam rajin nak study, aku akan buat style macam tuh la. Aku baca sekali imbas, aku rekod main points beserta no mukasurat dan ape-ape je lagi yang difikirkan perlu kemudian aku sangkutkan je. Senang. Tapi benda nih menuntut komitmen gak sbnrnya. Atau dengan kata lain, u still have to work smart kalau nak ianya berfungsi dengan betul.

Ada satu kisah. Otak aku buat hal. Masa tuh PMR, subjek geografi. Aku dah rakam satu sesi soal jawab dengan cikgu dan contoh-contoh soalan PMR. Tapi bila exam, aku tak boleh recall aku sangkutkan dimana. Aku boleh ingat samar-samar…tapi aku tak boleh nak recall sepenuhnya. Soalan dalam paper PMR tuh pulak very familiar dan aku yakin ianya terkandung dalam ingatan tersebut. Aku rasa give up sangat…then tak lama kemudian miracle happen. Yarabbi, rupanya aku sangkutkan ingatan tuh pada abang senior yang aku admire. Baru aku teringat, masa aku buat mapping tuh, aku dok syok perati dia dari jauh. Huhu..

Nasib baik aku nampak dia lalu waktu aku tengah exam tu. Terus aku boleh recall from A-Z. Dapatlah aku jawab soalan PMR tuh dengan senang hati. Syukur. Dan kebanyakan ilmu yang yang aku kutip untuk PMR, aku gunakan teknik nih. And when I got straight A’s, aku tau teknik tuh berkesan. Tapi later on aku berfikir…adakah apa yang aku buat tuh normal? Adakah ilmu yang aku dapat tuh ilmu yang kekal sekiranya aku lakukan sedemikian. Aku confused sikit bab nih. Yelah, bayangkan kalau aku terlupa index, tak ke haru. Habis semuanya ingatan aku tuh kan. But so far, aku rasa aku masih boleh ingat apa-apa yang aku belajar. Jadi aku tahu, aku tak tinggalkan ilmu aku kat papan hitam, meja cikgu, pokok bunga, kipas, siling, tingkap kelas dan sebagainya.

As time goes by, aku dah tak berapa nak praktikkan teknik nih. Aku pun kurang pasti kenapa…tapi mungkin aku tak nak bergantung pada nasib. Last aku gunakan masa aku study di U dulu. Aku sentiasa jadi mangsa jaki kengkawan. Mana taknye, orang study bagai nak rak, aku tido. Bila exam, aku gak yang dapat markah lebih. Apepun, aku sendiri tak pasti samada aku mampu untuk lakukannya lagi. Benda tuh skill ke ape eh. Dulu aku ade gak rasa aku nih gifted. But both tuh boleh hilang kalau aku tak reti nak maintain. Whatever. At least aku tau, aku pernah jadi special.

So untuk kawan-kawan yang selama nih ingat aku nih smart, aku takde la smart mana. Aku pakai trick je woi. Aku rasa kalau benda nih satu skill, sesiapa pun akan jadi jauh lebih gempak dari aku. Sebab orang gifted atau skillful macam mana sekalipun, kalau malas apa gunanya. Macam aku. Huhu. Effort tuh penting kan. Sebab dalam menuntut ilmu nih, usaha dan keikhlasan tuh penting. Baru la ilmu meresap lama. Ini abah aku yang cakap la. Tapi aku rasa betul la tu. Hehe.

So itulah dia secret recipe aku sebagai pelajar dulu. Aku rasa mungkin ramai lagi yang mampu buat macam tuh. Tapi walau apapun, samada kita ada atau tidak skill tu, we still have to study/work smart ok. Jangan jadi macam aku..aku cuma pengambil kesempatan atas kelebihan aku. Aku hanya gunakan untuk exam. Shame on me.

Sebab tuh aku cakap, menyingkap kisah persekolahan buat aku rasa berbelah bahagi. Inilah reasonnya. What a shame. Haih…

My Smoochy Munchkin

Ini adalah kisah bagaimana aku mendapat tajuk to this beloved blog. Smoochy Munchkin. I didn’t even know what it means in the first place. Ianya nama yang diberi oleh love of my life eight years ago. I think it’s cute. I think it’s cheesy. I think it’s honest.

Aku sendiri pun tidak tahu itu adalah nama gelaran bagi aku sehinggalah aku found out sendiri dengan tidak sengaja tidak lama kemudian. He saved my hp number with that name. Dan apabila kami luangkan masa bersama, he would look at me, smile at me and called me with that name. Mimi my smoochy munchkin as he said it.

Eight years ago, I found a diary in his bag tak lama selepas kami berkenalan. Seperti remaja lain yang begitu gemarkan rahsia, I didn’t even think twice to read it. Aku rasa seperti terjumpa harta karun yang berharga. Yes, aku tak beretika sebab baca diari orang. But I couldn’t help it. I just wanted to know him better.

Diari yang sedih. Itu yang dapat aku simpulkan setelah membaca isinya satu persatu. Penuh kekecewaan, kehampaan dan kritikan. Kebanyakannya disampaikan melalui poem (in English). Dada aku sesak tatkala membacanya… Bagi aku, kalau beliau menggunakan diary beliau sebagai prop untuk memikat hati wanita, I think ianya akan berkesan sebab konfem kesian punyelah..huhu..at least berkesan untuk aku. Wakakka…I’m just kidding.

Kemudian apabila aku selak dan selak lagi ke page berikutnya, aku terjumpa ini.


“My Smoochy Munchkin"

" I wonder, I was so eager to have words with you. I feel like I was born again. How I wish we had met earlier. Our intention is so honest and love blooms so very fast. We’re lonely, being left by those who didn’t know what appreciation, tender and hope is. We’re glued to each other by similarity, trust, hopes and dreams. Words are our food, and when we thirst, we’ll just look at each other, staring. We’re quick to grab the oppoturnity to share our feelings and I’m glad we didn’t waste that time.

I’d love to love you forever and I wish to die with your love…as I will.”


I was so touched. In fact I still am. Aku selak kebelakang lagi, tapi itu adalah catatannya yang terakhir. Aku rasa agak frust sebab aku ingin tahu banyak lagi. But I’m glad he ended it with something different. Sementelah diarinya dipenuhi dengan kekecewaan dan kehampaan, ironinya he ended it with hope. Beliau tak menulis diary lagi sejak beliau mengenali aku. That’s one thing for sure.

I’m happy sebab berpeluang to read it once again. The diary is with me now. I found it just now dalam kotak album lama-lama kepunyaan beliau. Aku cuma harap Mr Shrek tak kisah aku quote his catatan dalam blog aku ni. Well, the consequencesnya pun cuma dua. It’s either he’ll be upset a bit, or he’ll be laughing to death. As for me, I’m laughing like hell now.

I can handle kot. Hopefully. Hikhikhik…