Wednesday, October 22, 2008

Lazy Sunday

Last Sunday I didn’t do much. I’ve got headache early in the morning. And the rest of the day aku malas gila nak buat apa-apa. Even berkemas. Meeting with Anne pun tak dapat aku tunaikan.

Guess what I did? Movie marathon. Heaven.

Mula-mula tengok cite I Heart Huckabees. Funny. Dah tengok dah cite nih dulu. Tapi tengok lagi sekali. Cerita nih pun pasal ‘coincidence’ jugak kononnya. Aku asyik tersengih tengok cerita nih sebab aku suka sangat tengok pelakon-pelakonnya berlakon. Diorang tak buat lawak..tapi kelakarnyeeee la aku rasa. Especially Mark Wahlberg. Aku suka watak dia dalam cerita nih. Part dia memang aku gelak nak mampos. Tak tahan tengok muka dia tu. Ahahah..

Then aku sambung pulak dengan cerita Thank You For Smoking. Cerita nih based on best-selling novel actually. Nice gakla. Banyak debates yang aku rasa cam haih..reason camnih pun ado? Pertembungan antara duit dan moral…mana satu yang everlast.

Pehtuh I’m Not There. Stylo cite nih. Sesapa nak tengok Christian Bale muncul dengan different image, silalah menonton. Heath Ledger pun ada. Cite nih inspired by music and life of Bob Dylan katanya. Aku sebagai peminat Bob Dylan memang wajib tengok la kan. I just love penampilan Cate Blanchett dalam cerita nih dan bawa watak Jude. Watak lelaki tuhh.. Dah macam Dylan dah aku tengok. Basically ada 6 watak penting dalam cerita nih..dan setiap watak tuh menggambarkan Bob Dylan dari bermacam-macam segi and timeline. Cool.

The next movie was Felon. Serious cerita nih. Dilakonkan oleh Stephen Dorff ngan Val Kilmer. Aku cuak tengok cerita ganas-ganas nih. Tapi aku managed untuk tengok sampai ke sudah. Neverending violence..walaupun kat dalam prison. Val Kilmer dah boleh watak orang tua gamaknya..tapi cool la beliau dalam cerita nih. Ada karisma gituh.

Last but not least, aku tengok Godfather Saga sampai ke malam. Mau tak gila..tiga series tuh kan. Lama sangat sejak kali terakhir aku tengok cerita nih. Bagi aku cerita nih superb. Kalau nak kira dari segi kualiti..pergh..aku memang salute sesangat walaupun filem nih dibuat tahun 70an.

Pendek kata cerita Godfather nih bukan hanya superb dari segi cerita dan lakonan pelakon-pelakonnya je..tapi keseluruhan. Prop, sinematografi, garapan, make up...semuanya superb. Gila ah..70’s movie boleh buat filem yang perfect macam tuh. Kudos to it’s director, Francis Ford Coppola and it’s writer, Mario Puzo. Godfather series nih memang amazing. All time favourite aku

Sehari suntuk aku layan movie. Aku tak keluar langsung. Lunch pun aku called 1300 88 2525. Aku habis tengok kesemua cerita nih kul 4 pagi Isnin. Gila sengal. Dah la nak pegi keje pada paginya. Atas sebab yang tak dapat diatasi, aku ponteng keje Isnin tuh. Abih cite. Hahahah.. Aku memang movie freak yang tak sedar diri. Heh

So itu je nak cite. Till then

A Happy Coincidence Maybe?

Kebelakangan nih sesuatu yang agak weird berlaku. No. Bukan kebelakangan. Dah lama dah benda nih berlaku.

I noticed me and this someone (a guy) had so much things in common. Not only that, ada satu lagi yang link kan kitorang. Coincidence. Yup, I might say that.Apa yang aku maksudkan dengan coincidence kat sinih…aku and this guy terlalu banyak kali bumped into ‘coincidence’ thingy nih. Aku sengaja cakap ianya kebetulan sebab kalau boleh aku tak mahu fikir lebih dari itu. But still..it’s weird tho..

Let me kasik contoh okay. I was thinking of him. And all of sudden my phone’s ringing and he’s on the line. Hm…tak cukup hebat. Or maybe aku tengah belek gambar dia or us…and suddenly he’s telling me he’s doing the same tanpa mengetahui apa yang aku buat. Dayyummn…cheesy sangat la pulak sebab benda-benda macam nih akan buat korang ingat aku tengah angau ke ape kan. Haih.

Oke, aku kasik contoh lain. Aku tengah fikirkan sesuatu topik. And tak lama pastuh he’s coming with exactly the same idea. Or something like I was about to tell him something, but belum sempat aku beritahu he mentioned about it first.

Or aku sedang berkarya or to do something..dan kemudian aku dapati beliau pun berkarya style yang sama dengan aku. Too complicated. Dan kebetulan-kebetulan lain yang aku sendiri pun dah tak larat nak mention.

Terlalu banyak kebetulan yang berlaku. Sampai aku rasa cam nak berfikir. Itu kebetulan ke atau benda lain. Mungkin our mind punya wave memang sama ke hape ye. Weird. Ke dia ade kuasa psikik untuk skodeng aku ke hape kan. Mana la tau. Haha..

Ke semua nih disebabkan kami punya terlalu banyak in common. Punya preference yang sama. Similarities maybe.

Or is this what we called soulmate? If yes, I’m so lucky to have another one..in a different & special way of course.

Haih..too much thinking. Too many assumptions. I guess some things are better left unknown la kot. Heh

What If....

Recently me, Mr Shrek and our ‘adopted son’ aged 26yrs old, Azmi lelepak together having our dinner at Sushi King. And we had this kind of weird conversation – bertajuk ‘What If’.

Tak tahu kenapa, tapi kami rasa seronok bincangkan satu-satu perkara atau bercerita mengikut tajuk. Lalu dalam conversation bertajuk ‘What If’ nih, masing-masingkan akan keluarkan apa-apa saja persoalan yang bermula dengan ‘What If’.

Aku malas nak taip semua conversation kami. So aku hanya nak story pasal salah satu persoalan ‘What If’ yang aku anggap paling menarik. Persoalan nih datang dari Azmi.

“ What if kita keluar or having a date for the first time with someone yang kita minat gila, and then something inappropriate happen, cthnya tahi hidung date kita tuh terjuntai keluar masuk dari hidung mengikut hembusan nafas tanpa beliau sedari..what we should do?”

Nak tersembur sushi yang aku makan bila Azmi keluarkan soalan yang macam nih. Aku dan Mr Shrek hanya mampu tergelak tak sudah. Aku gelak sampai keluar air mata. Ape ke gila sangat soklannya kan. Tak terjawab dah…satu sebab memang tak terpikir dek akalku..dua sebab gross sangat soklannya untuk aku pikirkan sewaktu aku sedang makan.

Tapi kan, back to the persoalan. If something like that happen kat korang…rasanya apa yang korang akan buat ek? Serious, if perkara sedemikian berlaku kat aku, memang aku seriau. Damn..mana la aku tau nak buat macamana.

Sebab kami dah tak mampu nak kasik feedback, Azmi bukak cerita. It based on true story sebenarnya. It happened to him. Bayangkanlah katanya, waktu tuh dia tengah makan dengan that girl, orang yang beliau minat buat beberapa ketika. Excited toksah cakap la kan. Tetiba jek perkara cemtu berlaku. Haha.

At first dia cuma harap tahi hidung tuh jatuh sendiri..tapi tak jatuh2 la pulak. Dah la terpaksa menahan pencemaran mata sebegitu rupa kan..tapi berjaya jugaklah dia habiskan meal dia tuh. Kejap lagi nak kuar dari tempat makan tuh dah..mesti la pehtuh orang lain nampak pulak kan. Azmi serba salah.

Nak diberitahu kat girl tuh, dia takut girl tuh malu gila babeng sampai tak nak jumpa dia lagi nanti. Tapi kalau tak diberitahu, nanti semua orang nampak lagi la haru. Pehtuh mestila rasa cam tak sampai hati kan..orang yang kita minat gila tuuuu. So nak tak nak terpaksa la dia menahan pencemaran mata tuh buat beberapa ketika lagi dengan perasaan bercampur baur. Wakakaka.

Cerita nih tak habis actually. Azmi tak cerita sampai abis sebab dia nak jugak kitorang jawab dulu apa yang kami akan buat kalau perkara cemtuh berlaku. Sebab aku tak terjawab soklan nih..so endingnya aku tak tau. Tapi cerita nih memang buat aku berfikir seketika..what if ek..kalau-kalau benda yang memalukan cemnih berlaku kat kita.

Hahah…kompom haruuuu… Gile ah.

Tuesday, October 14, 2008

Pokok Buluhku

Sedih sedih. Sekembalinya aku dari Taiping, aku dapati pokok buluh aku dah tak dapat diselamatkan. Diorang dua adik beradik. Satu je mati. Satu lagi hidup segar.

Pelik la..apesal mati plak satu tuh. Pokok buluh tuh memang sensitif sikit sebab takleh kurang air. Berlebih air pun tak boleh. Memang aku risau sebab aku balik Taiping arituh lama sangat. Tak sangka..apa yang aku takuti terjadi jugak.

Tapi memandangkan kembarnya satu lagi tuh hidup subur..terubat jugalah hati aku nih. Pelik jek pulak aku rasa…duduk sebelah menyebelah…tapi satu mati..satu lagi masih rimbun dan kehijauan.

Nih gambarnye ha. Satu hijau je kan...satu lagik dah kale kuning coklat. Dah mati le tu. Huhu..



Sampai sekarang aku masih tak keluarkan buluh yang mati tuh dari pasu sebab aku tak sampai hati. Aku tau pokok-pokok aku banyak tak berjaga lately. Tapi aku memang agak beremosi sikit kalau pasal buluh tuh. Sebab dalam banyak-banyak pokok, pokok buluh tuh yang paling mahal aku beli…dan lagipun pokok buluh tuh kena dengan jiwa aku.

So sebelum aku terpaksa buang buluh yang mati tuh…aku kena la abadikan dalam blog nih. Sekurang-kurangnya ada la tanda ingatan aku buat pokok buluh tuh. Huhu… Aku percaya..pasti ada hikmah disebalik semua ini. Bersemadilah dengan aman pokok buluhku.

* Huwaaa…aku takut. Aku takut ayah aku marah bila dia datang umah aku nanti. Ayah aku emo sikit pasal pokok-pokok nih. Dia kata aku kejam kalau aku tak siram pokok. Memang la pun kan. Nih dah mati..huhuuu..mengamuk la orang tua nanti. Iskkkk…

Hari Raya Finally???

Sebaik saja aku melangkah kaki keluar dari hospital, aku terus beritahu Mr Shrek “ U, I nak balik Nilai hari ni jugak eh”. And he said “Okay, I memang nak bawak u balik Nilai pun”. Yessss…

Kepulanganku ke Nilai adalah satu surprise yang tidak disengajakan actually. Mak dan abah aku tak tahu langsung yang aku dah keluar dari hospital. Semuanya gara-gara aku tak call diorang, dan panggilan mereka pun aku tak jawab. Hp merata katanya. Haih..

Sesampai aku di muka pintu dan memberi salam…aku tengok abah agak terperanjat. Lantas tak semena-mena dipeluknya aku di muka pintu tuh jugak. Diciumnya kedua belah pipi aku seraya berkata “ Hah..balik jugak anak abah”.. Sebak…

Tak lama kemudian mak aku keluar dari bilik dan terus datang memeluk dan mencium aku exactly sepertimana yang ayah aku buat. Aik..macam drama la pulak. Konti. Ekekek…tapi sesungguhnya aku sedar, itu semua adalah satu tindakan refleks mereka sebenarnya to show that they really care about me…rindu kat aku dan risaukan pasal aku. Huhu…

Kepulangan aku disambut meriah. Tiada apa lagi yang aku perlukan. Malam tuh juga abah menganyam daun ketupat. Esok kita nak beraya katanya.. Hehe

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi mak aku dah bising-bising kat dapur. Fenomena yang aku rindu dan buat aku rasa sungguh alive. Mak nak buat kuah kacang dan rendang daging katanya. Abah pulak sibuk kat luar merebus ketupat. Syoknyeeee…

Aku rasa macam esok nak raya. Walaupun raya dah berlalu seminggu..tapi aku rasakan suasana tuh exactly macam suasana sehari sebelum raya. Aku rasa raya macam baru nak bermula. Bahagianya aku rasa. Pendek kata, mak ngan abah sambut aku dengan sungguh meriah sekali…as if bila aku ada, mereka baru mula nak beraya.

Adik perempuan aku, Eya and husband amik cuti dan lepak kat rumah mak dan abah. Adik lelaki aku, Shafiq pun balik ke rumah. Aku rasa macam…aik..hari raya baru nak mula…yay!!! Korang boleh rasa tak ape yang aku rasa nih ha??? Bahagia sesangat okey.

Birthday Mr Shrek jadi hari raya pertama buat aku dan macam dah jadi macam birthday aku pulak dah gamaknya. Aku makan banyak gila, sampai perut aku jadi panas. Gile ah…Aku jadi tak tentu arah. Kejap aku nyanyi lagu raya, kejap lagi aku nyanyi lagu Happy Birthday untuk Mr Shrek. Aku fikir nak pakai baju raya..tapi cam over sangat la pulak. Tak kisah lah tuh..janji aku rasa jiwa aku beraya.

Aku masih belum berapa sihat sebenarnya waktu tuh. Tapi what the heck…aku raya jugak finally!!! Yahooooooo!!!!


* Baru tahun nih, for the first time aku rasa aku appreciate hari raya dan nikmati setiap suasana tu dengan rasa kesyukuran. Barangkali ini bukanlah raya yang perfect bagi aku..tapi cukuplah aku katakan..inilah raya yang paling bermakna bagi aku. I enjoy every bit of it. Alhamdulillah.

Oh..aku memang sentimental lately..haih..

The Sweetest Pain ( Finale )

Fri, 3rd Oct 2008 – Sat, 4th Oct 2008

Terbangun lagi bila bila dah pukul 5 pagi sebab doc nak amik darah. Dan lagi terkejut bila tengok Mr Shrek tengah tidur kat sebelah aku..i mean on my bed oke. Dengan doc tuh pun terkejut sekali. Ekekeke…Mr Shrek cakap dia tak larat tido kat sofa tuh sebab buat pinggang dia sakit. Kesian je aku tengok dia.

Doc tuh berterus terang kat aku…sehari doc akan amik darah aku 4 -5 times a day. Aku tergamam. Banyaknye?? Dan air pulak dimasukkan kat badan aku 8 botol sehari. It means every 3 hrs. Banyak gile? Aku tak kisah lagi..tapi aku nih lasak..bila masuk toilet, darah aku mesti masuk dengan banyaknya kat tiub tuh dan bercampur dengan air. Selalu kena tegur dengan nurse. Tapi nurse Hospital Taiping memang superb. Cayalah..servis tip top. Mesra dan peramah. Baguihhh…

Makan kira orait la..buah-buahan pun bertukar-tukar. Yang penting Mr Shrek bleh bawak segala macam benda ke dalam bilik tuh. Nurse tak marah dan tak membebel langsung. Mr Shrek suapkan semua makanan aku. Pehtuh dia tukang peghabih semua makanan aku.

Walau apepun..aku masih terbaring. Aku banyak kali tertidur. Darah aku masih rendah. Dan pada hari kedua aku di wad, platlet darah aku turun ke 50 dan demam aku masih tak kebah. Doc kat situh memang kasik keutamaan kat kes aku sebab lab repot belum dapat lagik. So diorang terpaksa berdepan dengan sebarang kemungkinan penyakit aku. Tapi diorang saspek aku denggi la.

Aku dah lali diambil darah..yelah sehari 4- 5 kali darah aku kena amik. Masuk hari ketiga…bilangan botol air yg dimasukkan ke badan dikurangkan dari 8 ke 6 botol. Tak jauh beza pun..4 jam sekali. Jari aku jadi macam jari giant. Hehe..kembang tak hengat.

Masuk hari ketiga, doc berterus terang lagi. Diorang cakap diorang masih tak tau penyakit sebenar aku. Cuma saspek denggi tapi bukan muktamad. Tapi doc cakap..cuma ada dua kemungkinan je penyakit aku..yelah berdasarkan simptom2 darah aku tuh. Satu, aku ade penyakit barah darah, 2nd aku kena denggi. Hoho…so aku lebih rela disaspek denggi la kot kalau begitu keadaannya. Haihhh… cuak seh…cuak..


Sun, 5th Oct 2008

Aku masih demam. Sehari nurse tuh amik dekat 10 kali ada gamaknya dia amik suhu badan aku dan amik tekanan darah. Lengan aku sampai lebam dan ada kesan darah beku sebab kerap sangat amik tekanan darah. Badan dan lengan aku pulak ade bintik-bintik putih kuning.

Aku dah tanggalkan baju hospital sejak hari ke ketiga. Sebab baju tuh buat aku nampak sakit & berpenyakit. Huhu..aku sengaja pakai satu t’shirt kaler pink yang tertulis ‘Future Celebrity’. Saje, nak attention lebih. :P

Kesan cucukan jarum kat lengan aku toksah cakap la. Sampai lebam dah. Seb baik kebanyakan darah diambil dari tempat yang sama..i mean dari lubang yang berdekatan. Cuma adela 4- 5 luka yang tersasar dari tempat kebiasaan sebab ade dua orang doc pompuan yang tak reti amik darah. Menyakitkan aku je kejenye. Main cucuk merata je diorang tuh. Sakit jiwa aku. Haih..

Tengahari tuh aku dapat berita gembira. Doc pernah cakap kat aku, kalau platlet darah aku naik sampai seratus, aku boleh discharge wad. So ade sorang nurse nih bitau aku result tu. Aku ape lagi, terus call Mr Shrek yang keluar pergi lunch segera balik ke wad untuk berkemas. Aku punye hepi toksah nak cakap walaupun aku nak berjalan pun terketar-ketar. Hehe.

Mr Shrek segera berkemas. Bunga pun dah campak dalam tong sampah. Mr Shrek siap amik wheel chair dan part itulah yang menamatkan semuanya. Huhu. Nurse nampak Mr Shrek amik wheel chair…so diorang tanye la kat Mr Shrek kenapa. Mr Shrek dengan naivenye menjawab..eh..my wife dah discharge dr wad kan? Sebab platlet count dah seratus? Aku yang melihat jadi tak senang duduk.

Doc pakar datang. Kena tegur sebab memandai-mandai. Doc cakap takleh kuar lagi. Aku macam tak percaya. Sebaik saja doc kuar bilik, aku menangis. Satu hal pulak Mr Shrek nak pujuk aku. Aku bukan nak kata apa..aku memang dah tak sabar nak balik Nilai. Aku dah tak nak duduk Taiping lagi. Aku nak kuar!!!! Mr Shrek making jokes on me. Dia cakap, u gotta be careful. Kang u disaspek hypertention pulak kang. Terus kena sedative..lagi haru. Huhu…aku menangis lagi…Mr Shrek serba salah.

Demmit..Mr Shrek pergi mengadu dan merayu kat doc pakat tuh supaya kasik aku balik sebab aku menangis. WTF…huhu..malu aku wehhhh.. Doc pakar tuh datang lagik..terus dia cakap…hey…u dah besar nak nangis lagi…cool la sikit. Doc tuh chinese lelaki..muda lagi rasanya..dlm 30 kot. Dia genggam tangan aku..pujuk-pujuk aku la pulak. Time nih aku pulak yang serba salah.

Malu siutttttt… dia cakap..please..kesihatan dan keselamatan u adalah my responsibility. Please allow me to do my best.

Aku terkedu. Aku berhenti menangis. Doc says sorry to me. Aku pun sama. Mr Shrek pun sama. Semua orang nak mintak maap nih ape ke jadoh? Emosi sungguh!!

Aku tabahkan hati. Mr Shrek kutip semula bunga dari tong sampah masukkan semula dalam vase. Arghh..kehidupan perlu diteruskan.

************************

Mr Shrek beli dvd sebanyak mungkin dan kami sama-sama watching movies malam tuh. Doc pun masuk bilik dan borak-borak pasal movies. Elehhh…nak amik ati aku la tuuu… chaittt.. ekekek.. Aku minum air sebanyak mungkin sebab aku tak nak demam lagi. Doc dah janji..kalau dalam masa 24 hrs aku tak demam, dan platlet count aku bertambah..aku bleh blah. Aku rasa aku sanggup untuk buat apa saja untuk kuar kot rasanya.

Mr Shrek helped me a lot. Without him, aku rasa hidup aku akan jadik super difficult. He’s my hero. I couldn’t make it without him. Untuk makan ubat, especially potassium tuh memerlukan semangat yang tinggi. And Mr Shrek sanggup buat ape saje supaya aku makan ubat- ubat tuh semua. Mr Shrek dibuli!! Hehe..aku suka..Sampai ade nurse tuh perli..even my daughter pun tak pernah dimanjakan sampai macam nih sekali. Hehe..malu plak aku jadinya.


Mon, 6th Oct 2008

Hari yang berbeza bagi aku. Aku rasa segar. Aku tak demam. Yay!! For the 1st time selepas 11 hari aku rasa sungguh lain. Dalam hati aku cakap..this is gonna be the day. The day I’ll be free!! Tapi tak semudah itu..huhu..

Dari waktu Subuh nak menunggu waktu breakfast rasa macam forever. Pelik..sebab aku rasa lapar gila. Masuk pukul 7, aku selak langsir tingkap untuk benarkan cahaya masuk secara maksimum. Aku pandang keluar tingkap..bilik aku kat tingkat paling atas di bangunan baru tuh. Fresh nye..

Sementara menuggu breakfast, dah dua kali nurse check suhu aku. Dua-dua tuh aku tengok sendiri suhu aku sebelum nurse yang tengok. Aku pulak yang bitau suhu aku kat nurse. Nurse gelak-gelak je. Tanye aku..tak sabar nak balik la nih ye. Aku jawab tau takpe. Bleh cemtu? Hikhik.. Tak demam. Sekali tuh 37 deg, sekali lagi 36.8 deg. Hehe… dah bape lama suhu aku 38 – 40 je kejenye. Skang turun sampai 36…ade can nak balik..yehhuuu..

Ada bebape sebab kenapa aku nak balik hari nih jugak. Satu, sebab aku dah tak sanggup dok kat wad lagik. Dua, sebab aku tak sabar nak balik Nilai. Tiga, sebab aku sedih duk kat wad tuh sebab takde sorang pun orang yang melawat aku..Unbelievable? Believe it! Not even my ipar duai. Alasan? Beraya. Haih..and fourth, 7th Oct Birthday Mr Shrek. Aku nak spend time ngan dia kat luar. Dan yang kelima…aku nak beraya la weyyyy!!!

Penantian satu penyeksaan. Tapi bila yang dinanti berkunjung tiba, seksa yang dirasa hanyalah sebagai satu pemangkin untuk merasa kebahagiaan yang mutlak. Setelah dipantau selama 24 jam, doc approve for discharge. Walaupun agak lewat dari jangkaan..tapi aku bersyukur sesangat.

Tapi doc sebenarnya masih keberatan. Lalu dia sediakan segala surat just in case aku nak refer case aku ke hospital kt KL atau kat mana-mana yang aku suka lepas nih. Tapi tak dapek la aku nak pegi spital lain kan. Aku pikir nak balik je. Huhu…

The moment aku nak kuar…aku nak carik la nurse-nurse yang baik2 tuh kan. Tapi tak dpt jumpa semua. Yelah shift diorang kan berbeza-beza. Doc pakar tuh pun takde waktu aku kuar tuh. Sebab dia di luar waktu on call. Tapi aku tinggalkan surat untuk doc tuh. Isinya? Biarlah rahsia. :P Tapi yang penting..Hospital Taiping rawks!! I dunno adakah hanya aku yang duduk di wad 1st class…ataupun mereka memang mesra dan cekap macam tuh dengan semua pesakit. Aku harapkan diorang memang begitulah hendaknya.

Mr Shrek pegi settlekan bill. Then he came to me and said…Yang, this is not a cheap experience okey. Tapi u rasa berbaloi tak? I was like…what’s that supposed to mean? Hoho..bill tuh dekat RM 1500 siutt…wakakaka. Not because of the 1st class ward. But for the lab test. Aku kena charged hampir seribu just for the blood tests. No wonder..diorang amik darah aku pun berpuluh-puluh kali. Great!! :P

Yes, it might very costly for a GH kan. But the experience? Priceless. And the services pun not bad at all. Somehow the moment I write this..all of sudden aku rindukan kenangan-kenangan and some of the nurses kat sana.

And the most important thing, I realized that I fell in love with my soulmate over and over again sejak aku demam ni. He did a great job..and aku sendiri tak pasti samada aku akan terbuat perkara yang sama sekiranya kami berganti tempat.

He’s definitely my hero. Sanggup tak beraya demi menemankan aku kat wad. Bukan sehari..tapi berhari-hari. 24/7. He’s superb. He’s awesome.

************************

Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur ke hadratmu Ya Allah atas segala rahmat-Mu dan aku bersyukur Ya Allah atas pengalaman yang sungguh berharga ini. Ku bersyukur juga atas kesihatan dan kebahagiaan yang telah Kau kembalikan semula kepadaku. Amiin.


Tammat...

The Sweetest Pain ( Part II )


Tue, 30th Sept 2008

Hampeh. Sahur kemana..Suboh pun kemana. Mr Shrek tak terbangun pagi tuh. Aku tak salahkan beliau..malam tuh aku demam teruk semula. Beliau terpaksa jaram dahi aku pakai air..dan lap badan aku untuk kurangkan suhu. Aku sendiri tak tahu Mr Shrek tidur pukul berapa malam tu.

Mr Shrek jadi risau sebab demam aku tak baik lagi. Dia bawa aku ke klinik yang sama lagi sekali. Doc tuh mula syak sesuatu. Dia suruh aku pergi ke mana-mana pusat perubatan untuk buat blood test. Doc tuh cakap it’s a must.

Aku mintak doc tuh japs aku sekali supaya aku tak muntah. Then Mr Shrek tanya, should we pegi buat blood test or terus balik Taiping. Aku insist nak balik Taiping..sebab aku takut kalau kami pergi Pusat Perubatan, aku kena tunggu lama dan silap-silap kena tahan wad sebab doc kat klinik tuh dah warn cemtuh. Aku takut tak sempat nak beraya…so kami terus gerak ke Taiping.

Sebelum balik, aku timbang berat aku sekali lagi. Hoh..biar betik?? Aku dah lost 6kg dalam masa 5 hari nih!! Memang benar seperti yang aku rasa..badan aku cam kena flush.

Sebelum mulakan perjalanan, Mr Shrek ajak aku ke Mines untuk beli apa-apa yang tak beli lagi. Aku cari seluar panjang yang kembang tuh satu. Untuk keselesaan perut katanya. Memang berkesan. Sepanjang perjalanan aku rasa sihat. Mungkin sebab aku tau badan aku dah kurus. Wakakak..takde maknanya..tapi mungkin sebab aku tak muntah. Aku berjaya makan buah-buahan dan ayam Nando’s tanpa mengeluarkannya kembali. Kesemuanya aku makan dalam perjalanan sebab aku tak puasa.

Sampai di Taiping tepat-tepat waktu berbuka. Aku makan lagi…kemudian aku makan ubat dan mandi. Dalam masa dua jam berikutnya…dia mari dahhhh… aku muntah kembali. Abis semua isi perut aku keluarkan. Mak mertua aku dan ipar duai aku semuanya bising aku dah kurus. Tapi diorang tak tahu pun aku tengah demam teruk.

Dalam perbaringan aku tuh, terdengar sayup-sayup suara bertakbir. Aku pun tak pasti dari tv atau real punya..sebab aku dah terlantar kat katil. Aku tak larat nak bangun langsung..seluruh sendi-sendi aku sakit. Airmata aku mengalir tak henti. Bukan menangis..tapi entah kenapa kesyahduannya datang dari hati aku yang paling dalam.

Sms masuk tak henti-henti dari kengkawan dan saudara mara aku. Tapi tiada satu pun yang aku reply sebab aku sesungguhnya dah tenggelam dalam kesyahduan yang amat sangat.

Aku tertidur dalam keadaan dibasahi airmata…


Wed, 1st Oct 2008

Morning

1 Syawal tiba jua akhirnya. Aku gagahkan diri untuk mandi. Aku terbayang baju raya aku yang masih tak bergosok. Aku pasrah…aku takkan dapat pakai baju raya getus hati aku sebab baju raya aku semuanya kena bergosok.

Sesusah mandi, aku capai sehelai baju kebaya lama yang takyah digosok lalu aku pakai. Aku kasihan kat Mr Shrek sebab aku tak dapat siapkan beliau di pagi raya seperti kebiasaan. Mr Shrek, mertua dan ipar duai aku dah bersiap-siap nak pergi ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Aku hanya duduk dan memandang satu sudut bilik sambil termenung.

Tiada mampu berbuat apa-apa. Aku hanya cuba mengeringkan rambut menggunakan blower dan kemudian make up sikit. Takde mood..aku berbaring lagi sampailah mereka balik dari masjid. Sesekali aku berlari ke toilet untuk muntah tanpa isi.

Mereka pulang. Mr Shrek kejutkan aku dari perbaringan untuk sesi bermaaf-maafan. Aku teringatkan duit raya untuk anak-anak buah yang belum dimasukkan ke dalam sampul. Sedang aku terpinga-pinga mencari sampul dan duitnya, Mr Shrek cakap semuanya beliau dah sediakan malam sebelumnya. Maklumlah, kami beri duit raya berasingan. Mr Shrek dengan duit raya beliau sendiri, aku dengan duit raya aku sendiri. Sedekah kat budak-budak.

Dalam serba kepayahan, aku sertai juga sesi bermaaf-mafan tersebut. Mereka yang berpeluk-pelukan dengan aku menyedari suhu badan aku yang tinggi. Barulah mereka tahu yang aku nih demam teruk. Setelah selesai sesi bermaaf-maafan, aku masuk semula ke bilik untuk bermaaf-maafan dengan Mr Shrek. Aku hanya dalam keadaan berbaring. Menangis. Aku rasa macam aku nak pergi buat selama-lamanya. Keadaan sungguh syahdu dan pilu sekali aku rasakan.

Dalam hati aku maafkan semua orang yang aku kenal. Aku takut aku tak sempat nak maafkan sesiapa pulak nanti. Aku meraung dalam hati.

Tertidur lagi tanpa bersarapan. So weak. Keadaan yang tak pernah aku rasakan.


Afternoon

Terjaga dari tidur. Aku terkejut melihat aku berpakaian kebaya. Kemudian baru aku teringat aku di hari raya. Aku bangun dan mendail no Mr Shrek. Mr Shrek papah aku keluar dari bilik untuk menjamah juadah hari raya.

Sedih. Tiada ketupat. Hanya nasi minyak. Mujur ada soto. Aku jamah soto sedikit. Aku berbisik kat Mr Shrek. Aku cakap aku nak buah. Tapi takde buah la pulak. Mr Shrek ajak aku keluar ke pekan Taiping. Aku cakap aku tak larat…tapi Mr Shrek cakap, it’s okey..tak perlu keluar kereta. Aku ikut..tapi banyak kedai yang tutup. Huhu.. Akhirnya kami pergi ke Tesco.

Sebelum pergi ke Tesco, Mr Shrek bawa aku ke Lab ape ntah untuk buat ujian darah. Tapi tak bukak. Mereka bukak, tapi tiada transaksi yang dilakukan sebab hari raya. Mereka suruh kami ke GH. Aku tak ready nak pergi GH. Lalu kami teruskan saja ke Tesco seperti dirancang.

Aku tak larat nak jalan. Tapi Mr Shrek insist aku ikut sekali sebab dia takmau aku tunggu dalam kereta kat parking bawah. Beliau risau katanya. The next thing I know…Mr Shrek dah hilang. Part nih mesti korang tak percaya..huhu. Mr Shrek pergi amik wheel chair kat atas dan mendukung aku duduk atas wheel chair tuh. Tebal nye pulak muka nih aku rasa…Huuu…

Malu hanya sementara. Orang memang memandang tapi yang penting perjalanan aku lancar. Orang ramai beri laluan sambil tersenyum2 pada aku dan Mr Shrek. Terserlah kemithalian Mr Shrek. Aku pun rasa cam tak caye je. Bila aku bersandar, kepala aku mendarat di perut Mr Shrek yang comel tu. Aku ketawa geli hati. Mr Shrek pun sama. Aku rasa sihat…walau sementara..

Berjaya beli buah-buahan. Dan pergi makan rojak pesemboq. Aku tahan muntah. Berjaya. Tapi aku makin tak berdaya…


Evening

Tengok kat hp ada banyak missed calls. Aku masih berbaring. Mr Shrek dah nekad nak bawa aku ke hospital untuk buat ujian darah. Aku minta tangguh hingga keesokan paginya. Malam tu aku hanya nak berehat.

Aku belek-belek hp. Banyak sungguh ucapan dan sms hari raya. Tak terbalas aku. Missed call dari kampung pun banyak, dari beberapa kawan aku dan ada no dari Germany. Owh..ingat jugak nak call mamat nih. Heh..

Aku reply mana-mana sms yang termampu termasuk sms dari empunya no Germany. Aku cuma katakan yang aku demam dah 6 days. And tomorrow akan pergi buat blood test. And yg paling penting berita pasal berat badan turun 6kgs. Well..satu kejayaaan besar katanya kan..walaupun diri sedang merana. Haih..

Malam tuh semua orang pergi beraya ke rumah pakcik dan makcik depa. Hanya aku dan Mr Shrek duduk kat umah. Mr Shrek suapkan aku makan nasi minyak malam tuh. Aku makan tanpa muntah. Mr Shrek suap aku aku macam suap budak-budak. Siap ombong-ombongkan lagi..bak kata orang N9. Aku hanya tersengih-sengih. Syahdu dan sebak lagi buat kesekian kalinya..


Thurs, 2 Oct 2008

Hari yang ditunggu-tunggu. Lepas bersarapan dan mandi, aku bersiap-siap untuk ke hospital. Aku dah boleh berjalan. Mungkin sebab aku bersemangat nak buat medical check up kat hospital buat for the 1st time seumur hidup aku.

Sampai di kaunter triage, aku ceritakan masalah aku. Demam berapa hari, muntah berapa hari, cirit berapa hari. Doc tuh amik tekanan darah aku. Beliau cam tak percaya, lalu dia tanya kat kawan lagi sorang. Kawan dia tuh suruh buat for the 2nd time. Resultnya masih sama. Aku yang kebingungan akhirnya bertanya. Lalu doc tuh jawab..kita buat ujian darah okey. U punya tekanan darah too low. And u demam sangat ni.

End of story. Terus nama aku dipanngil buat ujian darah kat red zone tuh. Ngeri seh sebab red zone tuh tempat kritikal. So dalam tuh aku dapat la tengok orang yang kena gunting baju nye lah sebab nak rescue…ade yg berlumuran darah..ada yang masuk-masuk jek memang tak sedarkan diri langsung lah. Pendek kata memacam kes lah kiranya. Ngeri aku. Aku tengok jarum pun ngeri gak. Aku tak tengok masa dia suntik, tapi bila nurse tuh tengah tarik picagari tuh untuk sedut darah tuh..aku tengok. Banyaknye dia amik..iskk…

Keputusan ujian darah hanya boleh didapati after an hour and half. Nurse suruh aku pegi makan dulu. Kami sekali lagi pergi ke Tesco sebab tiba-tiba tekak aku nak makan spagetthi kat Secret Recipe. Pelik aku..tekak merayau jek. Lalu kami pergi la ke Tesco and again..jalan-jalan pakai wheel chair lagik.

Aku rasa kenangan naik wheel chair kat Tesco Taiping adalah antara kenangan terindah aku. Aku rasa macam..awww…sweettt. Mr Shrek dah jadik cam Takuya Kimura dalam Beautiful Life and aku pulak adalah the sweet girl tu. Cuma aku bukan cacat je. Huhu..mujur.

Sekembalinya dari Tesco, aku dapat result darah aku. Doc tuh cakap, diorang masih belum pastikan apa masalah aku secara sahih sebab lab tutup. So diorang hanya boleh check my platlet count dlm darah yang mana masa tuh the reading was only 85. And my blood pressure pulak was too low and paras my white blood cell turun dengan mendadak.

I was lyk…whatever. I just need to know what’s wrong with me. But then the moment doc tuh ckp aku kena duk wad..aku boleh cakap tak nak la doc. I takmau duduk wad. U kasik ubat jelah. Berubah terus muka doc tuh dan terus dia reply…no..this is an order. U kena duduk wad. Aku hampir melopong.

Terus aku dibawa masuk ke yellow zone…unit separa kritikal dan terus disuruh baring kat katil tuh. Belum sempat aku buat apa-apa..nurse tuh dah cucuk tangan aku amik darah pastuh masukkan air. Serta merta tangan aku kebas lepas tuh aku terpinga-pinga. Dah la datang sehelai sepinggang. Mr Shrek pun hilang….

Bila aku sedar kembali, Mr Shrek dah ada kat sisi aku. Aku cakap kat Mr Shrek..”Yang..i taknak duk wad. I nak beraya la sayang…” dan kemudian he said “it’s okey..i ade nih kan..i teman u okey… I promise I teman u” dalam hati aku mengumpat sendiri. Aku tau Mr Shrek takkan teman aku sebab mana ada orang lelaki boleh tidur kat wad perempuan. Huwaa..

Kemudian attendan hospital tuh tolak aku ke wad diikuti oleh Mr Shrek dengan kain baju segala. Aik..bila ntah dia amik semua barang tuh. Bila sampai ke wad..i was lyk..eh..cantiknya. Satu katil je? Ada bilik air besar lagik. Mr Shrek tak tipu..dia masukkan aku kat 1st class ward. Aku rasa lega sikit.

Aku tertidur lagi. Kemudian aku dikejutkan lagi sebab doc nak amik darah aku for the 3rd time. Bila aku bukak mata..bilik aku dah cantik. Ada beberspa vases. Ada white roses..ada white chrysanthemum. It took me a quite sometimes to realize that semua tuh usaha Mr Shrek sendiri..not part of hospital punye service. How sweet..I fell in love with Mr Shrek over and over again in this story tau tak. Haih.. hehe..

Aku tidur..bangun..tidur… tak bercakap langsung. I was damn weak. Mr Shrek pulak memula aku nampak dia mengadap newspaper..pehtuh mengadap laptop, and finally dia dah tertidur kat single sofa sebelah aku dengan keadaan mengerekot dalam bilik yang separa gelap.

Kesiannya..tapi aku takde suara nak panggil Mr Shrek. Aku tidur lagi…


Bersambung