Wednesday, September 26, 2007

10 Things I Hate About You

Laksana judul sebuah filem, akan aku huraikan satu persatu perkara yang menjelikkan yang terdapat pada pasangan aku. Siapa lagi kalau bukan Mr Shrek. Oleh kerana aku tidak membenci beliau, maka aku tukarkan perkataan benci kepada jelik. Mari aku kongsikan.


10 Perkara Aku Jelik Tentang Kamu


  • Kamu sudah tidak kacak lagi - Lihat saja wajah kamu yang semakin bulat itu. Jawline kamu sudah tidak kelihatan langsung sedangkan disitulah letaknye kekacakan kamu satu masa dulu.

  • Kamu tidur berdengkur - Bunyi-bunyian yang keluar dari rongga mulut kamu sewaktu tidur bukanlah sesuatu yang kelakar. Mujur saja aku sudah terbiasa, jika tidak sudah lama aku menekup muka kamu dengan bantal sehingga lemas.

  • Rambut kamu - Apa kamu perasan kamu sekacak Johnny Depp yang kelihatan kacak walau dengan rambut macam mana sekalipun? Kamu mahu kelihatan cool dengan gaya sebegitu tetapi kamu sendiri tidak tahu menggayakannya sesuai dengan wajahmu.

  • Kamu sering lambat - Sesuatu yang penat kutanggung dari dulu dan membuat aku hilang sabar. Adakah kamu berada di dalam zon waktu yang berbeza?

  • Kamu tidak membuat keputusan dengan tepat - Dapatku bayangkan bagaimana kalutnya hidup kamu sekiranya aku tiada di sisi untuk membantu kamu membuat keputusan.

  • Kamu pelupa - Mungkin kerana kamu sering minum air bersemut di zaman remaja atau fikiran kamu terlalu penuh dengan 1001 benda sehinggakan perkara penting pun kamu lupa.

  • Kamu clumsy / cuai - Aku masih ingat kamu menjatuhkan handphone baruku yang berusia sehari kerana sikap clumsy kamu itu. Kamu juga sering menumpahkan benda dan terlanggar sesuatu. Aku pelik, adakah maklumat yg dihantar ke otak kamu tidak seiring dengan perlakuan fizikal kamu?

  • Kamu tidak fokus - Kamu begitu fokus dengan kerjaya tetapi bukan dalam perhubungan. Kamu tidak mendengar apa yang aku perkatakan kemudian bertanya lagi perkara yang sama berulang-ulang kali. Aku perlukan tape recorder!

  • Kamu tidak menjawab panggilan telefon dan tidak memanggilku kembali - Perkara yang paling mudah menaikkan nafsu amarahku dan apabila ditanya kamu akan memberi alasan yang sama setiap kali.

  • Kamu terlalu sibuk dengan kerjaya - Satu-satunya sikap jelik kamu yang sering aku maafkan hanya kerana aku seorang yang memahami. Kalaulah kamu punya lebih masa untuk aku.....


* Sengaja aku senaraikan 10 perlakuan jelik beliau kerana aku mengerti sekiranya aku senaraikan perkara yang aku suka tentang beliau nescaya aku tidak mampu untuk menyudahkannya. Sesungguhnya 10 perkara jelik yang aku tulis di atas adalah hanya sekelumit sekiranya dibandingkan dengan 1001 kelebihan beliau yang lain. Atas sebab itulah beliau layak menjadi pasangan aku. ;)




Tuesday, September 25, 2007

Diari Avatar

Wahhh..banyaknya kata-kata. Errr...maksud aku entry yang aku buat kebelakangan ini terlalu padat dengan baris-baris ayat. Terlalu tepu dengan perkataan. Tak meriah, hanya meriah dengan kata-kata. Jadi aku nak tepek la beberapa keping gambar.

Jangan salah faham. Bukan aku saja-saja nak tepek gambar. Tapi ada cerita di sebaliknya. Aku nak tepek gambar-gambar yang pernah menjadi avatar aku di forum dan ceritakan kenapa aku memilih gambar tersebut.



Ini avatar aku yang pertama sewaktu aku mengambil keputusan untuk membuat posting setelah beberapa lama aku menjadi pembaca. Itu adalah foto tangan dan jari aku sendiri yang aku ambil menggunakan camera phone aku. Lokasinya adalah laman rumah mak aku di kampung.

Sengaja membuat isyarat 'peace' sesuai dengan matlamat aku masuk ke dalam forum, untuk berkawan dan berdamai dengan semua.





Ini avatar aku yang kedua. Buah hati pengarang jantung aku, Mr Shrek. Handsome kan beliau? Heh. Bagusnya kalau Mr Shrek sehandsome itu. Hehe. Beliau sebenarnya adalah pelakon pujaan aku Gael Garcia Bernal dan aku sememangnya minat habis dengan beliau. Manja kan pose nye itu? Buat aku jadi cair.

Aku tukar avatar lagi tidak lama kemudian kerana forum dilanda tsunami kecil dan avatar ku ini ditelan ombak tsunami kecil tersebut. Ada kenangan manis bila aku pakai avatar ini kerana ada beberapa forumer wanita fikir aku lelaki kerana aku tidak meletak jantina dalam profile dan mereka melayan aku 'extra special'. Heh.





Avatar aku yang ketiga. Wajah seorang wanita berkaca mata yang mengenyitkan matanya. Konon-konon cute la bila berbuat demikian. Telah diedit sedemikian rupa demi mempertahankan keeksklusifan wanita dalam gambar tersebut.

Itu gambar aku sebenarnya. Telah dirakam oleh teman sepejabat di tempat kerja dahulu. Ramai forumer yang tak tahu itu aku, dan apabila ditanya aku lebih suka menafikan yang ianya adalah potret aku. Cubaan pertama untuk menonjolkan diri sebagai forumer wanita. Aku kurang selesa meletak foto artis sebagai avatar kerana artis wanita ternyata cun-cun belaka dan aku tak mahu forumer tertipu. Ekekeke...





Ini avatar keempat aku. Wanita di sebalik bunga. Ada orang kata wanita makan bunga. Dan ada yang kata wanita yang menanam bunga di pinggir bibir. Tak kisah apa orang kata kerana semuanya benar belaka.

Itu gambar aku sendiri yang aku ambil menggunakan kamera phone. Lokasinya adalah di dalam apartment di Cameron Highland. Bunga itu bunga hidup. Bunga petunia namanya. Aku suka gambar ni sebab ianya tidak terlalu 'expose'. Setelah diedit dan memberi kesan warna yang sesuai, ia jadi cantik. Err..maksud aku gambarnya yang cantik, orangnya tidak. Heh.


*********************************************************************************


Sekarang aku kembali memakai avatar yang kedua kerana aku suka menatap bf kesayangan aku tu. Tapi kali ni aku dah fokuskan ke wajah beliau sahaja supaya lebih jelas. Dan seperti biasa, aku sengaja merahsiakan jantina aku kembali supaya dapat mengorat freshies. Keji kan? Hehe.


Jadi sekian saja cerita pasal avatar. Aku tak bercadang nak menukar avatar dalam masa terdekat ini. Mungkin aku akan rotatekan saja gambar-gambar yang sedia ada ini untuk dijadikan avatar. Jadi mudah saja kan nak mengenali aku. Untuk kawan-kawan aku di alam nyata, sekiranya berminat nak join forum tu, sila hubungi aku. Hikss.. Wah, sempat pulak aku promote. :P

Memori Sebuah Lagu

Tadi aku berbual-bual dengan seseorang melalui YM sambil mendengar lagu-lagu dalam playlistku ini. Memang itulah yang aku lakukan saban malam, tetapi tadi tiba-tiba ada sesuatu yang mengganggu fikiran.

Bukannya aku ada masalah dengan teman berbualku itu. Apatah lagi masalah peribadi. Tidak sama sekali. Tapi ianya disebabkan oleh lagu yang berkumandang. Sungguh tidakku sangka, lagu itu boleh membuatkan aku teringat kepada seseorang dan seterusnya membuatkan fikiran aku melayang ke tempat lain.

Lagu itu sebetulnya pernah didedikasikan untuk aku oleh seseorang. Jadi, sebaik saja aku terdengarkan lagu itu, terus saja aku hilang tumpuan. Tiba-tiba filem kenangan giat berputar dalam layar otakku ini. Betapa sebuah lagu berjaya membangkitkan memori kenangan silam kan?

Baru aku tersedar, mungkin disebabkan inilah maka kebanyakan pasangan bercinta saling menujukan lagu kepada satu sama lain supaya dapat memahat kenangan mereka dalam lagu-lagu tersebut selain dapat meluahkan segenap perasaan mereka melalui lirik yang terkandung dalam sesuatu lagu itu.

Mungkin aku naif kerana lewat menyedari kepentingan sesebuah lagu dalam sesuatu perhubungan. Dan mungkin saja aku memang sedia maklum tetapi tidak pernah memikirkannya secara mendalam. Namun hari ini, baru aku benar-benar mengerti tetapi malangnya lagu tersebut hanya membangkitkan memori luka, bukannya membangkitkan rasa cinta dan kenangan indah kami bersama.

Mahu saja aku memadam lagu itu dari senarai playlistku itu. Tetapi untuk apa, aku menghargai keindahan lagu tersebut. Malah lagu itu pernah aku perdengarkan setiap kali aku rindukan beliau ketika kami masih berhubungan. Sayang sekali, lagu itu kini menjemput rasa sedih. Jadi aku cuba sedaya upaya untuk mengikis memori pahit yang dibawa oleh lagu itu. Aku harap aku berjaya...

Tradisi Mengarut

Hoho..mood raya sudah mari. Tapi takdela beriya sangat pun. Mungkin sebab siang tadi aku mendengar lagu raya yang di send oleh seseorang melalui YM. Itu yang aku mula berfikir pasal raya. Okey tak mahu cakap banyak. Aku dah tahu apa aku hendak untuk raya kali nih. Meh aku listkan.

  • TV baru - TV lama cam tak best la..aku nak yang besar lagi :P

  • Langsir baru - Langsir lama elok lagi, tapi cam cam kusam sket la. Nak cari yang sama warna dan sama pattern dengan langsir sekarang, boley? Sebab langsir sekarang memang match sesangat dengan interior design umah aku

  • Rak buku - Sebab buku dah banyak sangat, so aku nak susun elok-elok. Rak buku sekarang dah penuh sampai aku terpaksa sumbat je kat memana. Nampak buruk

  • Rak DVD - Sama jugak kesnya. Dah penuh gila sampai dah takde ruang nak taruk. Aku nak beli semua set hitam nih, sesuai dengan bilik bacaan aku yang dindingnya berwarna Balinese Green

  • Indoor plants - Ada banyak, tapi aku nak kasik green lagik, biar orang masuk umah aku terasa macam fresh jek

  • Divider - Aku nak ubah kedudukan perabot aku, so i think aku perlukan divider supaya aku boleh bahagikan ruang rumah aku dengan betul di samping boleh jadikan ia sebagai salah satu aksesori tambahan untuk tatarias dalam rumah aku

  • Air cond - Untuk ruang tamu. Rimas la bila ramai-ramai umah aku jadi panas. So aku perlukannya

  • Interior stuffs - Kena pegi Ikea nih, borong ape yang patut

Wah, banyak la pulak. Mau beriban jugak aku berabis nih kang. Mintak-mintak Mr Shrek baca semua nih. Huhu. At least dapat 70% kehendak aku nih jadila. Heh. Belum masuk pakaian raya, kuih raya dan duit raya. Mak aihhhh, pengsan la Mr Shrek aku kikis nih kang. Hehe...

Perempuan. Rimas jugak kekadang. Kenapa nak beli benda baru bila time raya? Pelik gak eh. Sebab dah terikut-ikut style mak-mak yang suka beli benda baru time raya jadi aku ikutkan saja tradisi tuh. Tapi this is sooo lame. Lame pun lame lah, janji masyukkkk...Hahahaha...

Saturday, September 22, 2007

I'm Home Again

Aku rajin betul hari nih. Eh, ala....dah masuk hari baru ke? A'ah la...dah masuk hari baru. So kena la ku ckp semalam kan. Ya, semalam aku rajin gila. Aku melipat kain baju yang bertimbun tu. Aku sendiri pun tak ingat bila kali terakhir aku melipat kain baju. Aku terdesak sebenarnya, sebab aku dah kekurangan kain baju yang ada dalam almari tuh. Nak tak nak kena la kemaskan jugak.

Aku rasa aku dah berjaya kurangkan ketagihan melepak di forum. Bebetul aku rasa lapang hari nih. Aku masuk hanya sekejap-sekejap je bila perlu. Aku dah tak jadi penghuni tetap dah. Dan aku harap ini akan berkekalan la hendaknya sebab aku bebetul rasa macam muak. Heh, ye ke? err..ye la kot. Hikss

Semalam rasa macam nak makan sesedap. Jadi aku called mak aku and cakap aku nak balik kampung. Aku nak berbuka ngan keluarga. Mak aku kedengaran gembira bila aku cakap gitu. Beliau siap bagitau menu apa yang bakal disajikan sebagai juadah berbuka. Lagi la buat air liur aku kecur. Nasib baik hanya dalam telefon, jadi cepat-cepat aku beristighfar. Semoga puasa aku diterima semalam. Heh.

Petang tu, sebelum aku balik ke kampung, aku masuk forum sekejap. Aku puas hati sebab ada beberapa orang forumer yang aku suka (ehemm...suka la pulak..ekeke) ada online. Jadi sempat aku berbalas beberapa posting dengan mereka sekadar untuk melepas gian. Aku rasa macam tu lebih bermakna sebab perasaan teruja tuh membuatkan mood aku jadi baik dan tenteram. Jadi aku rasa lebih baik macam tuh kan daripada aku dok online 24 jam tapi aku rasa macam tak seronok.

Lepas tuh aku bergegas bersiap dan terus balik ke kampung. Bukan jauh, 20 minit perjalanan jek. Tapi kalau dah namanya kampung, mestilah seronok kan. Aku sampai dekat-dekat nak masuk waktu berbuka dah. Jadi aku terus meluru ke dapur dan tolong mak hidangkan juadah berbuka. Salah seorang sepupu lelaki aku pun ada sama, jadi memang macam meriah sikit. Ayah aku buat ikan bakar siut. Slurrppp...sedap. Lauk simple, tapi memang sedap. Ayah aku memang sporting abis sebab dia suka tolong mak aku masak. Dua-dua pun pandai masak. Nanti ada masa aku ceritakan perihal ayah aku yang pandai masak tuh.

Masa aku dok tengah sibuk nak hidang juadah berbuka tuh, Irfan, my nephew yang satu setengah tahun tuh sibuk dok mengikut jejak aku. Pantang la aku melangkah sikit, mesti dia dok ganggu laluan aku. Heh, saje je tau, time orang tengah sibuk-sibuk tuh la dia mintak perhatian dari aku. Aku tau dia rindu. Dia asyik la sebut "mamam..mamam" sambil tarik-tarik baju aku. Cute sangat. Aku pulak dah naik jenuh nak comfortkan dia kata "Irfan nak makan ye sayang, sabar ye, mommy siapkan nih kejap..sabar ye sayang". Asyik itulah jelah yang aku dok ulang, dan dia pun dok ulang cakap "mamam mamam mamam". Kelakar betul. Aku rasa dia tak paham pun apa yang aku cakap dan lebih kalut lagi sebab aku memang tengah sibuk nak hidangkan juadah berbuka memandangkan waktu berbuka dah dekat sangat.

Masuk waktu berbuka, aku terus capai apa yang patut, dan makannnnn. Hmm..sedap sedap. Aku makan banyak la pulak. Terus jadi tak sedar diri. Aku tak hirau ape dah, diet ke..ape ke..aku tolak tepi. Yang penting aku nak makan sedap. Irfan pun makan sama. Suap untuk aku 3 kali, suap dia 1 kali sampai nasik licin. Aku berkira-kira nak ikut mak aku ke surau buat solat tarawih semalam, tapi rupanya mak aku uzur la pulak. Aku nih nak pergi sendiri memang liat la, sebab aku tak reti nak geng ngan makcik-makcik tuh. Kalau mak aku ada seronok sikit. Jadi niat tuh aku batalkan saja. Takpe, tunggu minggu depan. Heh..ye la tuuu. Ekekeke.

Aku habiskan masa dengan my nephew lepas tuh. Seronok bergurau sakan dengan dia. Hmm..dah lama aku duk sensorang, sesekali suasana meriah macam tuh buat aku rasa macam i'm home again. Selesa dan seronok sangat. Kan syok kalau... err.. kalau.. iskk.. malaslah aku nak fikirkan. Heh. Apapun, meluangkan masa dengan keluarga kecik aku tuh memang berkesan sebagai terapi. Rasa hilang semua perasaan sunyi yang aku rasa kebelakangan nih. Rasa macam ruang kosong dalam hati nih cam terisi. Aku betul-betul rindukan suasana macam tuh lagi. Jadi aku bertekad nak luangkan lebih banyak masa dengan mereka di bulan Ramadhan nih. Dah terbayang dah keseronokan bila nak menjelang raya nanti. Pasti meriah.

Hmm..okey itu jek utk arinih. Aku sengaja buat entry santai mcm nih, sebab aku rasa gembira. So aku nak abadikan apa yang aku rasa nih kat sini. Walaupun nampak cam biasa-biasa jek, tapi entah kenapa jauh di sudut hati, aku rasa gembira sangat. Kenapa yek. Heh..

Thursday, September 20, 2007

Sandiwara Amarah

Siapa bilang perasaan marah itu tidak indah? Indah saja kalau kena dengan cara dan gayanya. Lebih indah lagi bila punya sebab musabab yang yang munasabah. Namun adakah benar?


Aku terpanggil untuk berbicara soal marah. Kerana kebelakangan ini, ramai saja umat-umat di sekelilingku marah-marah. Kenapa perlu marah? Tentu saja kerana sesuatu yang berlaku bukan seperti mana yang mereka inginkan. Ataupun sesuatu yang berlaku begitu mencabar naluri kesabaran. Mungkin juga perkara yang berlaku di luar jangkaan. Walau apa sahaja yang menjadi punca, sudah pasti ianya bukanlah sesuatu yang menyenangkan kerana belum pernah kutemui sebarang perkara yang baik yang boleh menjadi alasan kemarahan, kecuali untuk iblis dan sekutunya bukan?

Marah atau diam? Dua perkara yang berbeza aku pasti. Diam tidak bermakna tidak marah, dan orang yang marah juga boleh diam dengan syarat memendam saja di dalam hati. Namun bukan itu persoalannya. Rata-rata, kalau sebut marah itu, terus saja kita terbayang rungutan, herdikan, cacian, makian dan sumpah seranah dan bermacam cara luahan lagi. Dan terus terang, fenomena ini yang kerap aku lihat kebelakangan ini. Manusia begitu lantang melaung kemarahan tanpa dapat ditahan-tahan lagi seolah-olah naluri kesabaran mereka tidak lagi menjalankan tanggungjawab membentengi kematangan. Kasar. Emosional. Nilai kematangan diragut oleh kekuatan amarah yang menguasai diri.

Marah itu wajar. Namun biar dengan cara terhormat. Hanya kerana tunduk dengan nafsu amarah, nilai kematangan diri dipertikai sesetengah pihak. Urus kemarahan dengan baik dan bijak. Itu lebih membantu menyelesaikan masalah dari membiak. Bukankah amarah itu jalan ke arah kebencian dan kita semua tahu kebencian itu sebahagian dari seksaan dan kemusnahan. Kalaulah kita dapat bersabar dan berfikir panjang. Tentu semuanya jadi aman dan tenteram. KALAU. Jadi pasti saja itu tidak akan berlaku. Selagi manusia itu bernama manusia, mana mungkin semuanya serupa. Jadi tepuk dada tanya selera.

Siap sedia saja dengan bertih jagung dan segala kerepek yang lain. Memang itu yang aku kepingin, dihibur sandiwara pentas dunia bagi mengubat hatiku yang lara dan dingin.

Wednesday, September 19, 2007

Sedu Semput

Sungguh keji kurasakan kebelakangan ini kerana menuruti sahaja kehendak pemikiran jelikku yang memohon perhatian sesetengah pihak. Tidak perlu kunyatakan di sini siapakah gerangan manusia yang terlibat namun keadaan ini akan kupantau supaya tidak merebak menjadi wabak kelak. Keji juga apabila diriku sewenang-wenangnya melutut kepada mood dan perasaan yang kebelakangan ini semakin suka menaiki buaian daripada kekal di tempat sepatutnya ia berdiri. Hanya membuatkan ku kalut dan semput dan bisa buat jiwaku kaput.

Seperti yang telah kuduga sebelum ini, kadangkala bila jiwa semakin alpa, maka aku jatuh tersembam menyembah bumi dan bukankah itu menyakitkan diri dan lebih teruk lagi membuatkan sang penonton ketawa geli hati. Takkan ku biarkan cubaan dan dugaan melemahkan semangatku yang tak seberapa ini hanya kerana aku punya jiwa yang kerdil, tidak bermakna aku bacul dan pengecut yang hanya tahu menjuraikan air jernih dari kelopak mata dan menjejehkan air jernih likat dari gua yang berkembar itu. Kenapa perlu aku?

Lalu aku renung kembali jalan yang ku tempuh penuh liku. Syukur saja kerana tidak tertusuk sembilu kerana jalan yang kulalui walaupun berliku namun masih gersang dan tandus dari segala onak dan duri. Jadi aku kira aku belum layak menyertai sebarang contest penjelajahan berbiku-biku penuh ranjau yang sudah pasti memerlukan aku meredah halangan tak bertepi kerana ternyata aku masih tidak punya pengalaman yang cukup untuk itu semua. Namun tidak mustahil aku akan menempuhnya kelak walaupun aku sendiri tidak pasti adakah aku bersedia ataupun tidak.

Mudah sahaja untuk membayangkan. Cuma yang tidak mudah hanyalah apabila aku sendiri berdepan dengan kenyataan. Jadi persoalan tercetus lagi. Tapi kali ini biarlah ruang jawapan ku biarkan tak berisi.