Friday, August 22, 2008

I Mish U Guys Too...

Oh my...it's been a while since my last entry. It's not that I'm running out of idea or my life's getting dull or what. Tapi takde masa yang seswai nak mengarang...huhu...jangankan full entry, snippet pun rasa susah sangat.Hikss..banyak la aku punya alasan kan...Well..bese la..aku mana reti nak mengaku kalah.

Aku penat la nak buat 'comeback entry' tiap kali aku masuk sinih. Sebab lepas je aku buat comeback entry tuh...terus aku menghilang semula. Susah gila nak commit nowadays. Aku sedih gak actually sebab aku sendiri rasa kehilangan salah satu hobi aku. Tapi nak buat macam mana. Aku juga pentingkan kepuasan. Kalau setakat nak tegur lebih kurang...2-3 ayat dalam nih..mmg la boleh sesangat. Tapi bukan itu yang aku mahu.

So okey la..enuff about all these keluhan. Mengeluh pun bukan bawa aku ke mana-mana. Last few days ada orang tegur my blog yg dah lama tak berhapdet. Then later today ade orang complaint this blog dah jadi hutan belukar...and the worst, jadi tempat jin bertendang? Demmiittt...

Well, whatever it is...i know why some people really care about this blog. Because they're missing me. Tak gituuuu?? :p

Monday, May 12, 2008

Secebis Kisah Gedik

Gile hampes owner blog nih. Konon tak nak being MIA katanya...cett..cakap tak serupa bikin betol!!


Aku tau mesti ada diantara korang yang berkata sedemikian, tapi siyes nih..aku memang kekurangan kesempatan..sebab kebanyakan kesempatan telah diambil oleh orang lain yakni si pengambil kesempatan. Huhu...apo aku merepek ye noks..ekekekek

Oke..oke..saje buat lawak budus katanya, bese la kan..nak amik ati u ols yang sedang membaca (ado lagi ke pembaco?? soalku dengan gedik). Actually aku berhutang banyak cerita kan..tapi aku pun dah naik blur dah nih nak start tang mana. Huhu...apepun pasal 60km, aku hapdet later la kot sebab material seperti gambar dan sebagainya takdo la at the moment. So aku cerita pasal diri aku jelah ek.

Aku sedey sebab opismate aku yang sungguh kacak lagi sopan tuh dengan rasminya telah meninggalkan company tempat aku bekerja secara umumnya (dan meninggalkan aku secara khususnya..huhu) pada hari Jumaat yang lepas. Aku berjaya menatap wajah bercahaya beliau dengan rakusnya (tanpa diketahui khalayak of course) dan pada sebelah malamnya siap masuk dalam mimpi!! Keji..keji...apo la nak jadi dengan aku nih kan. Tak bermoral sungguh!

And one more thing, what the hell i'm doing here..korang pun tau kan, kat opis aku, aku memang takleh nak bertenet. Sah..aku tak bekerja arinih sebab aku demam panas (itu kata Mr Shrek la). Actually aku demam selsema. So sekarang aku berada di tempat editing 60km dengan riang gembiranya sebab tak perlu bekerja. Ciss...MC tak amik lagi nih...huhu...petang kang la amik. Hingus pun banyak lagi nih...pekat lak tuh..ekekekekke...

Dah 2 malam berturut-turut aku ikut berkampung kat studio tempat editing 60km nih. Huhu...kalau sebelum nih aku pernah cakap 60 km will be on air pada Ahad yang lepas, aku tersilap. Ianya telah ditangguh ke satu tarikh yang lain yang akan kuberitahu kelak. Macam mano nak on air bang oi...siap pun tak lagi...Huhu. But siyes, gila banyak dugaan 60km nih...semak tapi syok bak kata diri aku sendiri. Hihi...

Aiseh...aku nak taip banyak lagi tapi aku dah kena panggil. So nanti kang ade masa aku sambung.. daaa..

Monday, May 5, 2008

Well, It's Just Me...

Jap ek, jika anda seorang wanita, dan seorang lelaki memberitahu anda bahawa anda adalah the one and only, ape maknanya ek? Jika anda ingat beliau sukakan anda, and silap besar. Ekekekek....

There are few things yang grab my attention arinih. Senyuman mamat yang aku admire dalam diam kat opis, montot guru yoga aku, jerawat kat idung aku, sup ekor yang aku makan tadi dan ayat tak hengattt punye dari someone. Kah kah kah. All these things memang membuat perasaan aku bercampur baur. Sweet and sour gituh, tapi nice.

Menyingkap kisah mamat yang aku admire kat opis tuh..hmm..bad news..bad news.. Berita yang baru aku terima, memang sah dia dah nak benti keje!! Urgh..Rabu nih ade farewell party untuk beliau. Walaupun beliau dari dept. lain, aku dengan segala perasaan terujanya akan turut serta. Akan aku tatap wajah beliau sepuaspuasnya (dari jauh la tapi) demi memenuhi kepuasan anak mataku ini. Iskk...aiseh..mana la nampak mamat ayu camtuh lagik ek. Sopannnn jek. Huhu..takde dah sumber inspirasi aku nak buat keje.

Montot guru yoga aku. Perghh..mantap sehh...kecik je orangnye..tapi...isk..takleh jadik. Apepun, berkat kelas yoga yang aku ikuti, badan aku jadik makin fleksibel. Mula-mula dulu sakit-sakit badan aku..now makin mudah untuk aku lakukan pergerakan-pergerakan yang baru. Kalau korang kata yoga tuh satu senaman yang slow-mo..silap la...mmg nampak slow-mo..tapi peluh aku cam air terjun!! Haha...this time, aku nekad nak jadi sihat. Hehe. Helo...bukan nak jadik kurus ke? Syyy....dendiam..mana bleh cakap.. :P

Ade satu jerawat..baekkk punye sudah hinggap kt bawah idung aku daa...Ape punye jahat jerawat nih, dahlah huduh..menyakitkan aku dan hati aku pulak tuh. Er..menyakitkan mata jugak. Aku arinih agak emo la jugak. Apesal ntah...tapi seb baik aku beryoga petang tadi. Aku tuduh jerawat itu la yang membuat aku jadik emo. Keji..keji..

Tadi makan nasik goreng kampung dengan satu lagi makanan guilty pleasure, sup ekor. Huuuu...tadi apesal ntah teringin gile nak makan...grrrr...bila dah makan aku nyesal gila...aku rasa sia-sia yoga practice aku. Huhu..ternyata jiwa ku masih lemah..semangatku masih di tahap hangat-hangat chicken shit. Demmitt..kalaulah aku lebih cekal. Takpe..kejap gi aku nak buat senaman sedot-menyedot ajaran guru yoga aku. Amalan tuh buleh buat kita terberak on the spot taw. Mintak-mintak keluar la balik segala lemak-lemak yang aku makn tadik. Aminn..

And last but not least..ayat-ayat menggelikan ketiak oleh seorang teman berjantina lelaki (kang cakap teman lelaki korang kecoh lak). Ekekekek..it's funny though. Instead of taking it seriously, i would rather take it as a joke of the day. Anyway i appreciate it though. To be honest, the words are really sweet if we're flirting, but unfortunately (unfortunately? hahah) we're not. Tapi somehow masih meninggalkan kesan though...selalu orang akan cakap u're the one and only if that someone really2 special kan? Ekekeke..tapi percaya tak kalau aku cakap, ayat tuh sebenarnya diucap untuk sorang good friend. Wow..flattered gakla, takkan la sampai cemtu lak kan. But yeah..i appreciate it.

Demmit..sometimes aku suka amik port mende-mende yang tak sepatutnya. But what the heck, at the end of the day, benda-benda macam tuh jugak la yang buat life aku jadik full...life is too boring kalau setiap masa kita nak kena fikirkan pasal semua consequences kan. For me, biarlah element2 seprais tuh wujud. Elemen-elemen natural nih lagi kasik kita feeeeelllll katanya..daripada dok nak pikir-pikir banyak sangat. Rigid sesangat bak kata orang..Huhu. Well..i'm just being honest you know. :P

Daaa..

60KM - Intro

Hm...selama nih aku cerita pasal projek telemovie nih, korang tau ke ape tajuknya? Heh, aku pun lupa aku pernah mention ke tak. Aiseh..tapi aku dah maleh nak berteka teki. So let me present, "60KM". Yup, 60KM je tajuknye. Ringkas kan. Will be on air end of this week kalau takde aral. Now masih dalam proses editing. Demmit, mencabar siut bikin cite nih. Tapi fun. :)

Aku kat CC nih. Tenet umah aku problem. Bukan tenet tuh yang problem, tapi line tipon tuh yang problem. Alah, pendek cite poket aku yang problem sebab aku bebetul sangap nak pi bayar and biarkan masalah nih memakan aku dalam diam. Gile ah weh, seb baik aku dah keje dowh..kalu tak aku pasti Mr Shrek akan memandang muka aku dengan wajah yang serba salah. Siyes nih, he spent a lot already untuk mende alah nih. Waa..sori, sejak 2 menjak nih, aku dah tak reti nak kaber-kaber. Well..i'm just being honest u know! :P


So, what this 60KM is all about?. Cite simple jek, road movie. Taknak cerita banyak pasal apa intipatinye, tapi aku lebih tertarik nak cerita pasal pembikinan cite nih. Secara jujurnya, ia memberi aku satu pengalaman yang sangat-sangat menarik, yang takkan aku lupakan sampai bila-bila pon. 60KM will always be my baby tak kira walau apa pun hasilnye nanti sebab u guys have no idea apa yang 60KM nih dah buat kepada diri aku. Korang pun tahu nih skrip Mr Shrek, but then the whole skrip diolah oleh aku. Terlalu banyak yang aku inginkan dari 60KM nih, tapi aku perlu akui, apa yang aku hendak, tak semestinya itu yang aku dapat. So aku redha je dengan hasilnye nanti.


But kalau aku jawab secara jujur, aku bangga dengan usaha semua orang yang menjayakan 60KM nih. To all my fwens, production crews and technical crews, aku tak tau camne nak gambarkan semangat diorang nih. Dengan bermacam dugaan, especially dugaan alam (cuaca la tuh), we made it till the end. Tuh belum masuk masalah audio, kesengalan masing masing dan bermacam lagi. Banyak jugak 1st timer yang terlibat. So pepaham jelah kan. But it's great, sebab semua orang belajar sesuatu dari 60KM nih, dan atas dasar itu ianya jadik sangat sweet.


And to me, korang tau aku dah keje and tak mampu nak ikuti penggambaran sepenuhnya. Tapi demi 60KM, aku sanggup korbankan waktu tidur aku dan privacy aku dan macam-macam lagi lah. Aku ponteng kerja 2 ari woaa..sanggup tu. Rumah aku jadik cam hostel. Dari handyman sampai la pelakon, semua dok menetap kat rumah aku. I know service aku tak tip top, but i believe i tried my best to satisfy tetamu-tetamu aku. And it's just the best moment ever la sebab kitorang semua dah jadi macam family. And to our guy, Radhi, (yes, Radhi OAG), thanks a lot bro sebab rajin gila basuh our toilet. Panjang pun rajin gila kemaskan satu rumah. Siyes, tak ralat pun to have them kat umah aku.


Iskk..banyak la lagi aku nak cite. Tapi aku sambung sket2-sket la ek. Sebab banyak entry tertunda aku nak buat nih. Sementara aku masih ingat nih, better aku citekan satu persatu kan. Ape-apepun, aku tutup entry nih dengan satu dua gambar dari 60KM. I promise, a lot more to come. Daaa...









*** Credit to Hakim Salleh, our photographer. Thanks bro for these wonderful photos.


Warm Up

Blog nih akan jadi lebih senang nak dihapdet bila aku hadap hari-hari. Dan blog nih akan jadi lebih menarik kalau aku hapdet hari-hari. So kesimpulannya mudah, bila aku tak hadap blog nih hari-hari, so aku tak dapat nak hapdet banyak lalu blog aku jadi tak menarik.

Demmit..kalau korang tau perasaan aku, korang pun tau kan aku memang tak rela berjauhan dengan blog aku nih. It's not because aku terlampau rajin nak menaip, tapi korang pepaham la kan, attention seeker cam aku nih mana ada medium lain nak tonjolkan pasal diri aku. Blog ni jelaa yang ade kan. Ha...amik ko..kan dah terbukak rahsia...ekekekke..

So, ade sesape nak ingatkan aku, ape yang aku terlepas dan terlupa nak update. Takyahla ingatkan, sebab aku bebetul blur nih nak start tang mana. Nih aku main taip ikut sedap je nih. Saje...at least aku puas ati kalau aku dah nampak ade entry baru and dengan tak sengaja aku akan jadik lebih bersemangat nak carik idea nak taip apa lepas nih.

Tipu la kan kalau aku sangap sangat takde cite. Sebulan aku ilang, mestila ade macam-macam cerita. Takpe..kejap lagi aku sambung. Aku bet cerita aku akan jadik panjang2 semua sebab terlampau banyak yang nak diceritakan. Tak tau la aku sempat ke tak nak cerita semua. Tapi aku cuba la ek. Prolly i would cerita banyak pasal projek aku tuh. Banyak yang perlu aku hapdet. Aku dah janji kat Mr Shrek actually untuk jadi penghapdet setia dan tukang rekod segala aktiviti..tapi aku failed! Urghh..aku kesal...sungguh kesal...huhu...

Saturday, May 3, 2008

I'm back!!!.

Sorry korang semua yang masih setia mengunjungi blog aku nih. Aku masih lagi dibelenggu syndrom kemalasan ditambah lagi dengan internet dekat rumah aku yang problem.

Aku nak sangat sebenarnya share dengan korang semua aktiviti-aktiviti yang aku buat sepanjang 'kehilangan' aku kat dunia cyber nih. Tapi apakan daya, aku bebetul busy.. mana nak bahagi masa dengan kerja lagi.. dengan our first baby lagik.. yeah.. our first baby boleh dikatakan hampir siap sepenuhnya. Aku secara tidak langsung turut terbabit sama di samping Mr Shrek selaku orang terpenting untuk projek tersebut.

I would say it was the best experiece since i started to involve in this tv- production thingy. Dengan budget yang teramatlah ciput, we manage to come out with.. i would say.. a decent product.Crew-crew yang lain pon enjoy sangat-sangat making this project.

Enough with that project. I'll update more later k.. sebab aku bukan online dekat rumah sekarang nih. Kalo update blog kat rumah best sket. Bleh la aku mengarang sampai lebam kan, tapi apakan daya..huhu. I really mish u all guys, terutama si Jejaka Eksklusif tuh.. koser . Tak renti-renti dia suh aku update blog nih. I know he can't live without my blog.. hehe..Dun wori....aku akan selalu update lepas nih. No more me being MIA. Okay?

Thursday, April 3, 2008

Secebis Diari Hari Ini..

Urghhh...stressnye aku...penat dowh keje..huhu..

I hope this time aku akan berjaya habiskan entry kali nih. Last nite aku karang entry..tapi aku tetido tengah jalan..boley? And when i read the entry yang aku taip last nite, aku rasa macam takde mood nak sambung sebab kena berfikir banyak sangat la pulok. Topic heavy sangatttt..

Anyway aku baru lepas main carrom dengan Panjang. This guy datang dari JB semata-mata nak join projek Mr Shrek. How sweet. And most probably dia akan lepak kat sinih jugak. Cettt..rumah aku dah jadik sarang lepak geng-geng Mr Shrek. Serabut la nanti... Dan aku seperti biasa bakal jadi tukang masak dan tukang kemas umah. Huhu...apela nasebbb. Nasib baik diorang nih semuanya kepala sempoi..tak payah la aku nak entertain sangat. Well..lagipun seronok gak depa nih semua ada. Rumah aku happening hari-hari.

Kerja aku kat opis makin banyak. Huhuh...aku rasa aku macam kena kejutan budaya gak la..mana taknya all these while aku bukan main santai lagik, la nih terpaksa bekerja dengan pantas. Dept aku dah sah2 la semua Cina. Diorang nih buat keje laju siott...fokus plak tuh. So nak tak nak terpaksa la aku catch up ape yang patut kan. Lagipun terpaksa la aku kotakan segala kata-kata manis aku masa interview dulu tuh. Hehe..dah la aku cakap aku nih fast learner and good at what i'm doing, so takkan la nak terkial-kial pulak kan. Dayyumnn..i have to pay a lot atas ape yang torak dulu tuh. Serve me right then. :P

Almost everyday lepas balik kerja aku cecepat masak. Lepas makan selalunya aku terpaksa (dan rela) mengikut Mr Shrek pergi jumpa orang tuh laa...orang ini laa.. Penat tuh memang la penat. Tapi aku enjoy sesangat. Rasa macam life aku jadik penuh dengan aktiviti. Tido pukul 2 pagi, bangun seawal 6 pagi. Apa yang boleh aku katakan, hidup aku berubah secara drastik sekali. I hope this is good for me dan kepada orang-orang yang berada di sekeliling aku. :)

I forgot to mention yang aku pergi visit Gee last Sunday. Aku pergi wedding cousin aku yang kebetulan dedekat area rumah dia jugak. Aku happy sangat dapat jumpa dia. Memang teringin nak jumpa sebelum dia meletup. Hehe..i mean sebelum dia bersalin maksud aku. Yang lebih buat aku terharu, anak-anak Gee excited gile bila aku datang. Bila nampak je aku, depa dok jerit jerit "Auntie Mimi...Auntie Mimi..." Eheh..auntie siott...tua sangat plak aku rasa. Anak Gee tak sudah-sudah mengempeng ngan aku..siap berpangku-pangku lagi. Dari mula-mula sampai, hingga la aku nak balik. Aku happy sangat-sangat sebab depa semua kenal dan manja dengan aku. Sempat la kitorang snap gamba bebanyak. Saje buat kenangan.

On Monday pulak jumpa ngan Radhi OAG kat studio dia. Diorang tengah working on their new single. Sempat la layan lagu baru diorang kejap. Oh yup, he's gonna play the lead role dalam this telemovie. Hopefully lah. I mean memang dah confirmed, tapi mamat nih sikit punye liat daa...cuak jek. Sekejap-sekejap hilang. Siap sempat plak mamat nih buat kelakar seram tak datang masa sign contract siang tadi. Mr Shrek sampai dah nak call artis lain buat ganti. For that role, memang takde back up langsung. Kalau ada yang paling dekat pun, Que Haidar. Tapi bila call tadi he's not available pulak sepanjang April nih. Masak dowhh..Hmm..tapi tadi Radhi call say sorry. Dia memang nak join, cuma dia tak sihat katanya..cett..bikin saspen jek. So there u go..plan berjalan seperti biasa.

What else ek. Oh yup, siang tadi ade la sorang nih call. Lama tak denga cite mamat nih. Wendu katanya. Chettt...ayatttt..tak bleh blah. Hahaha. But i'm glad dia call dowh. Sebab lama dah dia tak call. Borak-borak lebih kurang, sempat la jugak dia update pasal anak Gee masuk hospital sebab demam panas. Iskk...camne aku bleh tak tau nih. Nih aku belum call Gee lagik. Terlupa la pulak..huhu. Sebab tadi battery phone kong la pulak...nih pun baru sampai umah sebab tadi ikut Mr Shrek pegi jumpa cameraman and beli barang kat Carrefour. Takpe..esok aku call Gee tanya apa cerita. Hopefully semuanya baik-baik saje.

So sebagai ending entry kali nih, aku tepek la gamba kenangan aku ngan anak-anak Gee. Till then.