Sunday, December 9, 2007

Job Interview of The Year

Khamis, 6 Disember 2007


Aku pergi interview kerja!!! Haaa..amik ko. Dan dan je aku mengade pi apply keje. Dah setahun lebih aku meninggalkan bidang kerjaya tetap. Asyik dok freelance jek. Most of the time bukan freelance pun, tapi free. Hari-hari free. Duk mengangkang kat umah. Eee...kejinye bahasa aku. Bukan mengangkang terkangkang tuh...maksud aku dok melepak je laa..Huhuh.

Ntahlah, tetiba tergerak hati aku nak apply keje pulak. Adalah satu iklan nih, memandangkan office tuh berdekatan dengan rumah aku, jadi aku rasa macam tertarik. Lalu aku apply dan send resume. Keesokannya mereka hantar notis suruh datang interview. Tuh yang aku pergi interview tuh.

It's not a big deal for me anyway. Sebab aku bukan tertekan untuk bekerja. Kalau ada rezeki, it means memang dah sampai masa untuk aku bekerja semula la kot. Kalau tak dapat, takpe..lepak lagik. Eheh.. Sebab aku nak carik kerja yang berdekatan rumah jek. Aku takmo kerja jauh-jauh. Aku nak memudahkan keadaan. Cukup-cukuplah Mr Shrek sahaja yang busy dan stress. Aku tak nak kami berdua menanggung bebanan perasaan.

Tapi kelakar pun ada. Punya la dah lama aku tak kerja. Office attire aku pun dah tak muat! Huhuu...so terpaksa la aku beli baju dan seluar baru. Kasut pun baru. Serba baru. Poyo jek. Sedangkan cuma nak pergi interview jek. Tak kisah lah..at least kalau aku nak pergi interview lain lepas nih, aku dah ada satu set office attire yang khas untuk interview. Ekekke...

Isk..kalau la aku dapat kerja kan...muak la Mr Shrek kena sediakan pakaian baru untuk aku. Eheh.. Sori laa..aku kalau kerja, memang aku nak melaram bebetul. Baru la ada beza antara kerja dengan tak kerja. Ye ke tak?

Wahhh..satu lagi, kalau aku dah mula kerja semula nanti, boleh lah aku tunjuk gambar aku pakai office attire kat orang tu...kah kah kah. Sori geng..kalau tak paham takpe. Aku takleh cite kat sinih sebab hanya orang yang berkenaan je yang paham. :P

Last but not least, kenapa i called it interview of the year? Bukan sebab post tuh dahsyat sangat, dan bukan juga interview tuh mabeles sangat. Tapi kerana interview itu adalah interview pertama aku sejak aku berhenti kerja setahun lebih yang lepas. Hehe...

An Afternoon With Mr Melonkoli

Rabu, 5 Disember 2007

Seperti yang aku dah kasitau sebelum nih, aku keluar dengan Mr Melonkoli jugak akhirnya. Kali terakhir aku jumpa beliau tahun lepas. Kosser laa...plan nya dah banyak kali. Tapi hampeh belaka. Susah taw nak jumpa mamat nih. Sebab beliau poyo.

Maka bermakan-makan dan bersembang-sembang la kami serakus mungkin kerana bukan selalu berpeluang nak jumpa kan. Beliau ni orang laut. Bukan nelayan, apatah lagi lanun. Tapi beliau adalah seorang geologist yang kerjanya asyik berada di offshore. Duk kat pelantar tuh kan. Tuh yang payah sesangat tuh. (Aku cakap ni sekadar nak menyedapkan hati sendiri je benaunya).

Beliau seorang jejaka yang pernah menjadi hawt di zaman persekolahan dulu dimana menjadi kegilaan junior-junior. Aku jek tak tergila-gila kat beliau..sebab aku sedar diri aku sape. Eheh. Tapi nasib agak menyebelahi aku sebab dengan aku beliau tak menyombong, maka berkawanlah kami sehingga sekarang. Dah genap 10 tahun dah rupanya.

Beliau tu taklah sombong. Tapi beliau tuh malu-malu tony jek sebenarnya. Atau mungkin jugak beliau asik kontrol hensem. Ntahlah, tak tahu pulak aku. Asalkan dengan aku dia tak camtuh sudahla..

Beliau nih kategori pencinta setia. Dan Aku rasa beliau nih amat pemilih orangnya. Maka dengan itu, membujanglah beliau sehingga sekarang. Awek pun takde (katanya). Banyak songeh pun ye jugak (kata aku). Ehehe..tapi aku mengerti masalahnya tuh..well..cinta pun bukan boleh dipaksa-paksa. Mungkin beliau masih belum berjumpa dengan girl yang betul-betul kena dengan selera beliau.

Aku suka beliau ni. Sebab beliau memang cool dan sempoi. Preference kami pun banyak yang sama, i mean dari segi hobi. Meh la aku berterus terang, aku saje je cerita pasal beliau nih. Sebab aku saje nak promot beliau sket. Beliau pun kejenye asik bodek aku supaya kenal-kenalkan beliau dengan kengkawan aku. Opsss...hehehe.

Baik taw beliau nih. Bersopan santun jek. Seperti biasa aku jela dok pot pet pot pet kalau kami bersembang. Kan aku jenih mulut murai. Tapi kire okey la tuh, beliau memang seorang pendengar yang baik. And setelah sekian lama, kami makin terbuka dalam segala hal. I mean, kami boleh bercakap tentang apa sahaja. Well, itu memang pilihan aku la kan. Kalu tak mana boleh jadik kawan aku, kataku dengan poyo.

Kami berdating kat Secret Recipe arituh. Ececey....Secret Recipe. Teringat aku aku kepada beberapa orang (memula nak cakap seseorang, tapi baru aku noticed yang aku memang suka pegi Secret Recipe kalau berdating ngan orang sebab aku nak makan cheese cake sambil boleh bersembang dengan selesa). Rambut beliau dah pendek. Salu tuh panjang je rambutnya.

Beliau ni japanese look. Mata shepet jek. Sempoi je gayanya. Ewah.banyak lak aku describe pasal beliau. Tapi aku saje je nih. Sebab kata nak promot kan. Harus la cite yang baik-baik aje. Hehe. Tapi beliau memang baik pun. Isk..tak sabar aku nak tunggu abang aku yang sorang nih berawek dan kemudian berkahwin. Kawan pompuan ramai, tapi ntahla...eee..susahnye la beliau tuh.

Pada pendapat aku, beliau nih bukanlah jenis yang tak berusaha langsung. Aku tengok beliau gigih je mencari cinta (kah kah kah). Tambahan pula, beliau nih jiwang orangnya. Bukan senang nak jumpa mamat sempoi layan jiwang oii.. Takpela..belum rezeki la tuh. Cuba lagi ye cik abang. Cuba sampai jumpa.

La nih beliau dah pi offshore balik. Aku dating dengan beliau 5 aribulan. Keesokan harinya tuh beliau dah berangkat semula ke offshore setelah bercuti hampir 2 bulan. Heaven seh... So entah bila la dapat jumpa beliau lagi. Tapi walau apa pun, kalau ade sesape nak berkenal-kenalan, jangan la sesegan. Kasitau je aku..nanti aku leh tolong aturkan (mampos la nanti Mr Melonkoli marah ni kang). Eleh...takdenye beliau nak marah, mesti beliau suka jek...kan kan kan??

So untuk birthday aku kali nih, kiranya beliau la orang pertama yang celebrate dengan aku kiranya. Yehhuu...thanks Mr Melonkoli. Lain kali belanja la lagi..Hik hik hik...Aisehhhh..lupa lagikkk..cerita pasal beliau nih, tetibe aku teringat souvenir untuk beliau yang aku beli kat Bali dulu. Mak aih..lupe laaaaa.... Mr Melonkoli, later la keh? Beliau pun dah tak ingat pasal nih kot. Hmm...





Kisah Irfan, Irdina & Walker

Dah lama aku nak cerita pasal ni. Tapi aku asyik terlupa nak ambil gambar Irfan, maka terjadilah penangguhan selama beberapa lama.

Two weeks ago, my dearest nephew Irfan mengalami kemalangan. Kecederaan agak parah, dua tulang tangan kirinya patah. Huhu. Dia cuma berusia setahun sembilan bulan, tapi dah mengalami kecederaan yang sebegitu. Tragik sungguh.

Waktu kejadian berlaku, ibu dan ayah dia sedang menjalani kursus selama 3 hari. Jadi tinggallah Irfan dan adiknya Irdina di bawah jagaan mak aku. Isk...mak aku dah la sensorang kat rumah masa tuh. Memang tak terjaga la jawabnya. Dah la Irfan tengah buas sekarang. Adiknya Irdina pulak berusia 8 bulan, so memang agak mencabar bagi mak aku jaga mereka seorang diri.

Nak jadikan cerita, masa tuh Irdina dah buat 'kueh'. So mak aku pergi la basuh. Masa tuh la Irfan dengan tanpa pengawasan telah memanjat walker Irdina lalu tergelincir jatuh. Tak tahulah bagaimana aksi jatuhnya tuh, tapi mungkin agak horror la kot. Maka meraunglah Irfan sambil mendapatkan mak aku kat bilik air.

Tangan Irfan lebam, so mak aku pun hantar ke klinik. Tapi doktor tuh cakap tangan Irfan cuma terseliuh dan doktor tuh hanya beri ubat. Lewat petang tuh, Irfan menjalani aktiviti macam biasa, tapi dia tak banyak menggerakkan tangannya yang sakit tuh. Tapi menjelang malam, bengkaknya semakin ketara dan dia dah mula merengek-rengek..cakap "akit..akit..".

Mujur ibu dan ayahnya dah pulang petang tuh. Jadi ibu dah ayahnya lah yang hantar ke hospital. Setelah di x-ray, barulah terang lagi bersuluh yang tangan Irfan mengalami patah di dua tempat. Doktor pun terperanjat apabila mengetahui tempoh antara kejadian jatuh dan mendapat rawatan tuh dah mencecah 8 jam. Huhuhuh

Bagaimana seorang kanak-kanak yang begitu kecil menahan kesakitan akibat kecederaan yang agak parah itu selama 8 jam? Kalau la kita, perghh..mau meraung-raung lah kan. Kesian Irfan. Sangat-sangat kesian. Mujur tiada kesan sampingan lain berikutan kelewatan menerima rawatan pakar tu. Kalau tak..iskkk..tak tahu lah nak cakap macam mana.


Tangan yang patah tuh terpaksa disimen. Macam ni la rupanya.



Ini Irfan dan adiknya Irdina. Dah besar dah Irdina. Rasa macam sekejap je masa berlalu.


Ini Irdina 8 bulan yang lalu. Dengan 'mummy' nye (aku la tuh).



Anyway, genap dua minggu selepas kejadian yakni kelmarin, Irfan kembali mendapatkan rawatan dan doktor mendapati yang kecederaan tuh dah sembuh. Jadi balutan simen tuh dah boleh dibuka. My sis cakap, sebaik sahaja balutan simen tuh dibuka, Irfan terus menggeselkan tangannya kat sofa di bilik doktor tu. Mesti gatal sesangat kan. Eheh.

As for budak kecik, memang proses penyembuhan berlaku dengan sangat pantas. Syukur sebab semuanya dah okey. Irfan dah boleh tengok tangannya dalam bentuk asal kembali. Cuma Doktor suruh bawa Irfan pergi berenang so that ototnya kembali kuat.

Irfan..Irfan...mummy so proud of u. Good boy. Mmuahhh...

Tuesday, December 4, 2007

Love-losophies Anyone?

Tadi ada orang tanya kat aku, wujud lagi ke cinta sejati di zaman sekarang nih? Hah amik koooo...gelak besar aku.

So aku nak tanya balik kat sini, wujud lagi ke cinta sejati di zaman sekarang nih ek?


++++++++++

Pagi tadi sembang sampai mabuk dengan Jantan Sepi. Mula-mula gelak sampai lebam sebab aktiviti gossip menggossip. Towards the end, perghh...topik horror. Heavy nak mampos. Topik poligami. Heh..kosser kann..

Poligami. Isu sensitif bagi kaum wanita. Bila masuk topik nih, mesti ramai wanita yang hilang sikap rasional. Tapi ada satu point by Jantan Sepi yang membuatkan membuka mata dan sedikit sebanyak menambah tahap pemikiran dan sikap rasional aku.

Lelaki dan wanita. Are they equal? Hm..jawapannya tak. Walaupun wanita zaman sekarang cenderung untuk claim bahawa mereka semakin berjaya menyaingi lelaki. Manakan sama, di bahu lelaki, terdapat pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul. Jadi mereka berhak untuk mendapat privilege yang lebih. Jadi, poligami bolehlah dianngap sebagai privilege kepada kaum lelaki ini.

Namun begitu, privilege yang mereka nikmati itu juga punya bebanan tanggungjawab yang tersendiri. Jadi hanya orang yang mampu menyandang tanggungjawab yang berat itu sahaja akan dapat menikmati privilege itu sebaiknya. Well, poligami ni kedengaran seperti isu yang complicated kan. Mungkin kerana ianya bersangkutan dengan soal hati dan perasaan. Namun aku percaya, walau serumit mana pun sesuatu keadaan tuh, pasti ada jalan penyelesaian yang terbaik kan.

+++++++++++

Petang tadi berYM pulak dengan Mr Melonkoli. Wahh...watak baru. Eheh. He's my bro y'all. I mean my senior bro kat maktab dulu (read as MRSM).

Lama siut dok bersembang. Seperti biasa, topik favourite - LOVE. Yup, we were talking about love. Soalan yang kat atas tuh, Mr Melonkoli yang tanya.

Well, tengok nick "Melonkoli" nih je dah boleh describe keadaan beliau yang bagaimana sekarang nih. Eheh...Neverending Love Hunting kata aku memandai-mandai. Eheh. Banyak isu terbongkar hari nih. Aku seperti biasa dengan lagak aku yang kengkonon cam Dr Love la konon. Tempat orang bertanya tentang love-losophies. Hek hek. Lalu aku keluarkan segala auta temberang aku agar kedengaran macam aku pandai nak mampos. Ahah.

Nah...i didn't bluff him. Aku cakap yang betul. Aku tak kata idea-idea ataupun falsafah yang aku bagi tuh semuanya betul. Aku hanya beri my honest opinion based on my experience. Dan berbekalkan sedikit ilmu yang diceduk dari bod cinta di sebuah forum tu, aku kongsikan saja dengan beliau.

I had a great time tadi when sembang-sembang with him. Mendengar pendapat beliau tentang preference beliau tentang wanita memang menghiburkan. Especially bila part "what are the things about women that turn u off". Hahaha..gelak gile..walaupun beliau ala-ala off topic sebab beliau lebih galak described tentang perkara yg "turn me on" instead of "turn me off". Urghhhh..LELAKI....* Sigh

Other than that, we have just realized that we've known each other for 10 years now. And we decided to celebrate our 10th years of friendship. Gonna meet him tomorrow to celebrate it. Double celebrations actually. Not to forget, my birthday :P Yeayy!! Abis la tuan hamba..hamba nak demand cukup-cukup.

+++++++++++

These two guys yang aku ceritakan kat sini, pada pendapat aku memang ada persamaan. Mungkin mereka berdua tak sama. Whatever. Apapun they bebetul made my day arinih. Syok..syok.. ;)

Sunday, December 2, 2007

Dating Sakan

Semalam jugak happened to be the most happening day dalam masa 2 bulan kebelakangan ini. Bukan apa, sebab i had so much fun yesterday berdating dengan Mr Shrek tanpa sempadan.

Eheh, lepas jumpa dentist, kami tak terus balik rumah. Despite kesakitan yang melanda, kami pergi menyundels. Kengkonon nak lupakan kesakitan sementara la konon. Since Mr Shrek tak boleh makan dalam masa satu jam selepas rawatan, we decided to tengok wayang la..apa lagi.

Kami tonton cerita Enchanted. Huhu..Mr Shrek bukan suka cerita-cerita macam tuh, tapi memandangkan hampir kesemua latest movies yang ada kat wayang kami dah tengok, so kami tengok la cerita tuh. Patrick Dampsey memang cam sweet sesangat jek tau. To be honest, for me cerita tuh biasa jek. Tapi kalau nak suka-suka dan nak tengok cerita simple tapi menghiburkan, kira boleh laa..

Aku macam nak tergelak jek tengok cerita tu taw. Bukan sebab cerita tu, tapi gelagat sekumpulan akak-akak kat belakang seat aku yang terpengaruh abislah dengan cerita tuh. In other words, memang mereka menikmati dan enjoy sesangat tengok cerita tuh. Ada satu scene tu, Si Giselle tuh amik kain langsir untuk jadikan baju and akak-akak tuh boleh sibuk pulak cakap " Eh, cantiknya baju dia kan. Pandai dia jahit...". And i was like...errr..c'mon..it's just a movie!! I dun blame them though. Boleh jadi mereka memang menghayati dan terpengaruh habis-habisan. Ahahaha...

Okey, lepas tengok movie, kami pergi makan. Borak-borak, ngumpat-ngumpat (ngumpat awek sebelah table kami yang dok pakai spek mata hitam di malam hari dengan lagak dan gaya sungguh weird sekali) dan plan tentang agenda kami seterusnya. And yey..kami pergi karaoke la pulak. Ehehe...layan beb. Melalak sepuas-puasnya. I mean lama gila siut kami tak pergi karaoke sesama. Asyik dengar dia nyanyi kat rumah jek.

Lepas karaoke aku ingatkan nak balik umah terus. But he ajak pergi main pool pulak. I was like...kite berdua ke? Atau u nak jumpa your friends? And dia jawab..nope..kita berdua jek. Yehhuuu...so kami main la pool berdua. Tapi aku macam segan la sikit sebab semalam aku jek perempuan kat dalam tuh. Huhu...but yes, i performed well yesterday. Mr Shrek asyik cakap.."U're good...u're good". Hehe.

Mr Shrek ada amik gambar aku pakai phone masa aku tengah main pool tuh. Tapi malas la nak taruk kat sini sebab gambar-gambar camtuh nanti nampak 'cliche' la pulak. Ahahaha...well, i think mesti ramai yang tahu ade seorang mamat tuh begitu famous dengan gambar dia yang tengah main snooker tuh kan. Nanti dia kata aku tiru dia la pulak. So tak payah la taruk ek? Ekekek...

Sepetang Bersama Dentist

Hmm...ade satu lagik cite.

Semalam hari ngeri bagi aku. Sebab semalam aku pegi jumpa dentist. Huhu...aku tak tau kenapa aku ngeri dengan dentist. Mungkin sebab aku ada pengalaman tak syok kot dulu.

Dulu masa aku darjah 4, ada dentist datang buat rawatan pergigian kat sekolah. Masa tuh ada satu gigi geraham aku berlubang. So dentist tuh kata dia nak tampal la gigi aku yang berlubang tuh. So aku excited la jugak sebab cam best jek aku rasa. Sekali masa dia tampal tuh..urghhhh...ngilunya aku rasa.

Aku masih ingat lagi nurse terpaksa pegang badan aku sebab everytime dentist tu gerudi gigi aku kan, dengan montot-montot aku sekali terangkat. Huhu...tobat beb. Memang aku serik nak tampal gigi dah. Pehtuh pulak, aku nampak kawan aku dengan mulut berlumuran darah bagai. Hoho....ngeri..ngeri. So sejak tuh aku bertekad untuk cuba elakkan diri dari jumpa dentist.

3 tahun lepas, gigi yang aku tampal tuh dah berlubang semula sebab tampalan dia dah tertanggal. Sakitnya la aku rasa. Buat semua benda pun tak kena. So terpaksa la aku pegi jumpa dentist lagi. Dentist tu nak tampal semula. Aku dengar perkataan tampal...terus aku ala-ala pucat gitu. Ah sudah, kalau dia tampal lagi, sok-sok mesti tanggal lagi. Mesti kena jumpa denstist lagi nih aku fikir. So aku dapat satu idea.

"Eh, gigi u nih elok lagi tau. I boleh tampal je nih". Itulah yang dentist tuh cakap bile aku mintak dia cabut je gigi aku tuh. Aku dah tak pedulik, daripada kena gerudi, baik aku suruh dia cabut terus. Tak payah aku nak pergi jumpa dentist lagi di masa depan. So akhirnya beliau bersetuju la nak cabut. Huhu...selamat..

Aku tak ngeri gigi aku kena cabut. Sebab aku dah biasa. Dari kecik, memang aku tak pernah jumpa dentist pun. Sebab gigi susu aku mak aku yang cabut semua pakai benang. Pasti gigi pergi campak atas atap. Masa darjah 4 tuh la pertama kali aku jumpa dentist pun.

Jadi semalam adalah kali ketiga aku jumpa denstist. Ngeri siut. Aku ngeri sebab kena baring bagai. Sebenarnya semalam bukan aku yang nak buat rawatan. Tapi Mr Shrek. Dia punya gusi dapat infection macam yang aku sedang alami. Weird kan..sehati sejiwa betul. Arituh aku demam, dia demam. Aku sakit gusi, dia pun sama. Eheh.

Doc tuh cakap gigi Mr Shrek kena buat surgery. Sebab infection tu agak teruk dan kedudukan gigi dia dah beralih dari kedudukan asal. So selagi tak buat surgery, selagi tuh gusi tu susah nak elok. So bila dah dengar macam tuh, Mr Shrek pun risau la pasal aku pulak. Beliau paksa aku jalani rawatan jugak. Huhu... tapi bila doc dah check, dia inject sket dan bersih-bersihkan, dia kata aku punye gigi tak perlukan surgery. Fuhh..lega.

Mr Shrek buat teeth scaling sekali semalam. Hehe...suka dia gigi dia dah bersih. Tapi aku yang menengok la yang ngeri. Huhu...berdarah-darah tu. Now tinggal nak buat surgery tuh jek. Next appoinment is on Monday. Hmm..semalam dok berborak je ngan doc tu. Maka timbul la banyak kesedaran kepada kami berdua. Kejap-kejap tuh jugak Mr Shrek bertekad nak pergi jalani rawatan berkala 6 bulan sekali tuh. Heh..poyosssss..

And baru aku tau yang rawatan gigi nih very costly. Rawatan semalam dan surgery tuh costs us about RM600. So guys, jaga la gigi u ols bebaik ek. Hehehe..

Ngade-ngade

Adakah sikap aku semakin annoying? Atau dari dulu memang aku macam tu? Huhu...

Minggu ni ada 6 orang cakap aku mengade-ngade. Eeee....tak cool nya jadik mengade. Tapi kenapa diorang kata aku mengade. Out of 6 people tuh, 3 of them cakap aku sangat mengade-ngade. Dan 3 orang tuh pulak memang orang yang rapat sesangat ngan aku.

Huhu..ape salah aku weh. Kenapa diorang cakap aku mengade. Bukan ape la kan, orang mengade nih selalunya orang kurang kasih sayang. Attention seeker lagi drama queen. Eee...cam aku je tu.. Huk huk huk..

Ha tuh la...cakap lagi. Lama-lama kang aku jadik mengade-ngade bebetul kang. Baru diorang tau kan...mau diorang hidup dalam misery. Eheh. Takpelah, mulai ari ni aku nak kontrol-kontrol lah. Tak sanggup orang cakap aku mengade. It's soooooo not me. Huh.

Jap, ngade-ngade tuh ape sebenarnye ek?