Thursday, November 15, 2007

Hadiah Penyapu Yang Mantap

Okey, rata-rata semua dah sedia maklum pasal berita penganugerahan penyapu kepada dua majlis daerah di Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006. Pergi kat link nih kalau nak tahu lebih lanjut http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_36bb12dc-c0a85062-97d5ad00-c3b90968

*Credit to mSTAR Online

**********************************************************************************

Ha, aku bukan nak ulas pasal wajar atau tak wajar mereka yang berkenaan dihadiahkan penyapu tuh. Tapi aku nak ceritakan tentang satu peristiwa yang berlaku kepada rumah aku sebentar tadi dan ianya sedikit sebanyak ada kaitan dengan berita tersebut.

Tengah aku dok melayan forum, tiba-tiba aku dengar riuh rendah kat depan pagar rumah aku. Aiseh, aku pegi la jenguk. Mak aih, banyaknya kereta warna biru tua. Lori pun ada. Cuak pulak aku rasakan. Ada open house lagi ke kat rumah jiran aku ni. Takkan la pulak kan, raya pun dah abis. Hehe

Bila aku tinjau kat tingkap, aduhhh...mereka nak jumpa aku rupanya. Alamak, aku dah pelik. Aku pun tukar pakaian, terus keluar. Rupa-rupanya depa nih MPSJ. Huhu..adalah wakil dari mereka yang ramai-ramai tu, dia tanya siapa tuan rumah. Aku cakaplah apa halnya nih encik? Dia cakap, kami datang nak kutip cukai pintu yang tertunggak ni.

Aiseh, aku cakap la yang aku dok menyewa jek. Tapi dia kata, tak apalah, mari kita berbincang kat dalam. Aku cakap aku dok sorang, dia kata tak apa, banyak nak kena bincang nih. Kami ada pegawai wanita jugak. Okeylah, aku call Mr Shrek, dan izinkan mereka masuk ke dalam.

Rupanya, huhu..tuan rumah aku nih tak bayar cukai pintu dari tahun 2005. Hutangnya tuh adela la dalam Rm 2 ribu lebih. Orang tuh cakap, kena bayar hari nih juga, kalau tak dia nak sita barang dalam rumah aku. Haaaa???

Dia kata lagi, tak kisah la rumah nih milik siapa, tapi sekiranya gagal menjelaskan hutang-hutang tertunggak tuh by hari ini jugak, maka barang-barang kat rumah nih yang akan disita. Huhu. Lantas aku call tuan rumah, dan minta wakil MPSJ tuh sendiri uruskan dengan tuan rumah.

Hehe, tuan rumah setuju nak bayar akhirnya. Aku dah cuak sebab depa tuh dah sibuk mengerling TV kat rumah aku nih. Hehe. Sebab nilai barang yang hendak disita perlu bersamaan dengan jumlah hutang yang tertunggak. Aku cool jek. Aku rasa orang MPSJ tuh pun tak sampai hati nak amik barang rumah aku. Yelah, aku nih kira orang inesen la kononnya kan.

So dah settle. Cuma aku perlu serahkan waran hutang tuh tadi kepada tuan rumah untuk dia selesaikan di pejabat MPSJ petang ni. Selamat harta-harta kepunyaan aku. Hehe

Ceritanya kat sini, bila perkara begini berlaku, terus aku relatekan dengan berita pasal hadiah penyapu tuh. Aku rasa sekarang nih mesti jabatan-jabatan dan majlis-majlis terbabit tengah panas punggung dan cuba menjalankan tugas dengan lebih berdedikasi. Maklumlah, takut-takut dapat penyapu pulak kan.

Bagus jugak eh, bayangkan selama nih cukai betunggak-tunggak, tak pernah pulak depa buat hal ginih. La nih dan-dan mengelupor mintak hutang. Nampaknya hadiah penyapu tuh memang mantap. Ramai juga rupanya takutkan penyapu ajaib tuh. Baguslah. Kadang-kadang, perkara yang paling memalukan adalah cara terbaik untuk menyedarkan sesetengah pihak.

Kuasa penyapu. Memang mantap kan? ;)

p/s: Eeee..tuan rumah aku nih kan, aku nak beli rumah nih lambat-lambat jek dia nak uruskan. Tapi bila part nak bayar cukai mengelat la pulak. Kosserr....

Wednesday, November 14, 2007

Langkawi Part II

End of 2nd week


Langkawi lagi. Dalam masa dua minggu, dua kali aku bercuti di Langkawi. Heh. Namun kali ini bersama keluarga pula. Atau lebih tepat bersama mak ayah aku beserta adik lelaki aku tu.


Aku lebih menikmati Langkawi pada trip kali ini. Dengan keadaan yang sihat beserta cuaca yang baik, Langkawi ternyata memang destinasi indah.


Walau bagaimanapun, bukan mengenai Langkawi yang hendak aku ceritakan kali ini. Aku kira rata-rata ramai yang pernah pergi ke sana dan tahu destinasi menarik yang terdapat di Langkawi. Jadi aku malas nak ulang perkara yang sama.


Banyak tempat yang kami lawati. Aku nak taruk gambar, tapi aku menyampah sebab semua gambar-gambar tuh ada muka aku. Huhu..aku terlupa nak amik gambar pemandangan lebih banyak. kalau tak, mesti aku aku letakkan di sini. Walau bagaimanapun, ada beberapa gambar yang aku suka. Layann..

**********************************************************************************

*Siri sepetang di pantai untuk melihat matahari terbenam









* Pantai yang sama di waktu siang. Cantik. Pasir putih, langit biru. Nyaman sehh...



Hmm..itulah saja untuk kali ini. Jangan tanya kenapa sekarang aku rasa segar. Itulah rahsianya, percutian yang mengasyikkan.

Ular!!

Aiseh, taip perkataan ular nih pun buat aku geli geleman. Inikan pulak nak bercerita mengenainya.

Anyway, lagi berkenaan peristiwa sepanjang minggu. Sedang Mr Shrek mengambil longgokan kain di lantai untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh, tiba-tiba beliau menjerit. Aku yang sedang membuang masa di bilik bacaan bergegas pergi ke arah beliau. Beliau jerit "u, ada ular!". Sebaik saja aku mendengar perkataan ular, terus aku menjerit sama.

Aku nih dah la geli dan takutkan ular. Aku berharap beliau hanya bergurau. Malangnya tidak. Memang ada ular pun. Huhu...ular tu dah pergi ke arah dapur dan duduk bawah peti sejuk. Huhu...aku dah menjerit-menjerit. Memang tak cool langsung. Huhu..

Atas tindakan pantas Mr Shrek, ular tersebut berjaya diusir keluar dari rumah. Oleh kerana takut-takut ular tersebut berkeliaran di kawasan rumah berhampiran, Mr Shrek mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat ular tersebut. Huhu...kesiannya. Walaupun aku takut, tapi entah kenapa aku rasa kesian. Aiseh.

Dahlah. Aku nak tamatkan kisah pasal ular nih. Makin geli geleman aku dibuatnya. Ular tuh tersesat dalam rumah aku rasanya. Sebab kain tu Mr Shrek baru je letak kat atas lantai tu. Tiba-tiba je ular tu datang. Kengkonon nak menyorok kat situ la kot.

Isk...mujur Mr Shrek ada kat rumah waktu tu. Kalau tak ada, mungkin aku dah pengsan kerana ketakutan luar biasa. Isk.



Episod Sedih

Mid of 2nd week

Hari terakhir aku di kampung, aku dikejutkan dengan berita sedih. Tok Cim, kawan ayah aku telah pulang ke Rahmatullah. Iskk..baru raya hari tuh aku berjumpa dengan beliau. Rasa macam tak percaya. Huhu

Beliau meninggal kerana mendapat serangan darah tinggi secara mendadak dan tak sempat untuk menerima rawatan. Memang tak disangka-sangka. Berita yang aku terima membuatkan aku tak dapat tidur sepanjang malam (beliau meninggal di tengah malam). Aku memang sebak yang teramat sangat sebenarnya sebab umur arwah lebih kurang sebaya dengan ayah aku dan perkara itu sedikit sebanyak menyentuh perasaan aku sendiri. Huhu...

Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan dan kedua-duanya masih belum berkahwin. Lagipun diorang pun muda lagi. Dulu masa kecik-kecik, aku berjiran dengan mereka. Lantas keesokan paginya aku bergerak ke rumah arwah untuk menziarah jenazah buat kali terakhir.

Sempat aku tatap wajah arwah sejurus sebelum dikapan penuh. Huhu..airmata aku tak dapat aku tahan dari tertumpah. Aku nampak isteri arwah, which is makcik saudara aku sendiri begitu tabah. Sedikitpun airmatanya tak tumpah walaupun beliau kelihatan sugul. Aku terus mendapatkan anak-anak arwah untuk mengucapkan takziah. Belum sempat aku berkata apa-apa, tubuh aku terus dirangkul erat oleh anaknya yang pertama.

Ya Allah, sungguh sebak aku rasakan. Aku benar-benar simpati. Aku hanya mampu untuk mengusap airmata anak-anak arwah dan memimta mereka supaya sabar dan redha dengan dugaan tersebut. Lama kami berdakapan. Aku benar-benar ingin meredakan keadaan walaupun aku sendiri berasa goyah lantaran kesedihan yang teramat sangat. Tiada apa yang boleh dibuat melainkan meminta anak-anaknya redha dan pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Aku tak ikut pergi ke pusara kerana aku sendiri tak terdaya lagi. Rasa nak demam semula pun ada jugak. Lalu aku terus pulang ke rumah mak aku dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah sendiri.

Sedang aku menaip entry ini, aku masih merasa sebak. Bukan kali ini sahaja, malah setiap kali aku teringatkan Maklong Leha, Ima dan Ira, terus aku berasa sebak dengan sendirinya. Aku doakan agar mereka tabah dengan ujian ini.

Semoga roh Allahyarham Tok Cim (Hashim bin Abd Manan) dilimpahi rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

Dugaan

End of 1st week

Balik dari Langkawi, semakin demam. Urghhh...complete dengan selsema dan batuk. Berkemungkinan sebab mandi hujan yang melampau kat Langkawi dan tak dapat rehat yang secukupnya.

Yang lebih memburukkan keadaan, both of us (me and Mr Shrek) tak dapat nak took care of each other since dua-dua pun demam. How sweet. Sakit pun nak sama-sama kan. Heh..

We called it percutian berganda. Since lepas bercuti di Langkawi, Mr Shrek masih terpaksa bercuti sakit pulak walaupun sebenarnya beliau dah mulai sibuk dengan projek baru. Dalam aku rasa tak larat dan blur tuh, aku rasa gembira jugak sebab aku dapat meluangkan masa dengan Mr Shrek lebih lama. Itulah hikmah yang tidak terhingga sebenarnya.

Oleh kerana dah tak ada siapa nak jaga kami dan kami terlalu lemah untuk menjaga diri sendiri, kami membuat keputusan untuk pulang ke kampung aku. Kengkonon macam terapi la. Lagipun boleh la mak aku tolong tengok-tengok kan kami yang hopeless tu. Ekekek...

Duduk kat kampung, terus demam beransur hilang. Baik-baik saje. Heh. Duduk kat kampung tiga hari. Hmm..melepak je kejenye. Makan dah la best. Heaven.

Sungguhpun begitu, aku seperti merasakan ada sesuatu yang kurang. Huhu. Yup, aku dah mula rindukan rumah aku sendiri dan yang lebih hebat, aku rindukan my cyber friends! Can u believe it? Ekekek...Sebab tu aku panggil tempoh aku berdemam-demam tu adalah dugaan. Bukan sahaja dugaan sakit, malah dugaan menahan diri daripada berhubung dengan rakan-rakan cyber. Aduh...puasa internet weh. Susahnyeeeeeeee....

Hehehe

Langkawi Part I

1st week

Fegi vercutis wif all crew My Team kat Langkawi. Damn happening. Diorg nih gile tahap ntah hape2. Tak kenal most of them but once dah berjumpa, macam dah lama kenal beb. I had so much fun masa tuh.




Malas gile nak cerita sebab most of the events memang susah nak put into words sebab banyak sangat aktivitinya dan kenangan mencuit perasaan. Hanya terbayang-bayang je kenangan tu dalam kepala. But one thing to describe diorang nih. Perghh...diorang nih gila berparti. 5 hari kat sana, parti, parti dan parti lagi.

Tapi part yang paling 'happening' was... aku dan Mr Shrek demam seawal hari kedua kami kat sana. Perfect kan. Diorang dok sakan buat itu ini, kami hanya duk diam-diam dan hanya menonton gelagat diorang jek. Aduhhh...tapi walaupun demam, masih tak menghalang kami untuk menyertai diorang tu. Cuma agak limited la memandangkan cuaca tak berapa mengizinkan. Asyik hujan jek. Keadaan kami pun tak se 'energetic' diorang la.Huhu..

Ape pun we managed to do beberapa perkara bersama dengan jayanya. Pasal parti pulak, me and Mr Shrek hanya join 1st nite party kat Sunba and last nite barbeque party by the beach. Party2 yang lain..huhu..acik domam oke. Duk dendiam lam bilik. Cuma join aktiviti di siang hari jek. Aduh...kat Sunba tu elok2 lagu retro terus tukar konsep dah since diorg nih suma dah jadikan tempat tuh macam private club lagaknya. Huh...sabo jelah. Layannn...





Island hopping was good. Mandi kat Tasik Dayang Bunting dalam hujan! Hoho..Barbarian sungguh. Pakcik yang bawak bot tuh pun terpaksa la layan karenah bebudak nih untuk berlumba dengan bot satu lagi (sebab kami semua dah dibahagikan kepada dua bot) and that was sakan. Heh.




Makan tak hengat dunia and memang banyak duit berhabis untuk makan. Seb baik la aku dan Mr Shrek bukan jenih tonggang botol...huhu..kalu tak jadi cam diorang. Aisehh...Langkawi memang heaven la untuk diorang yang jenih maboks2...err..minum-minum nih. Murah nak mampos. No wonder diorang berparti sakan. Ala..most of them pun bukan Melayu kan. So got to deal with it lah.



Anyway, to these people, u guys memang happening. Nice knowing u guys. Bila la dapat kita semua berjumpa lagi kan since kerja pun dah abes. Thanks for making me feel like homies eventho we hardly know each other before. Hugzzzzz...



Comeback Intro

Dua minggu. Jumlah hari atau tempoh aku tinggalkan blog ini bersawang. Satu tempoh yang agak lama aku kira.

Aku tahu ada diantara kamu yang merindui tulisan merapu aku ni, dan tak kurang juga yang merindui penulisnya. Hikhik. Tetapi kamu tak tahu betapa aku lebih rindu untuk menulis dan sangat-sangat merindui kamu semua yang jadi pembaca setia. Thanks guys. I love you.

Fuh, aku sendiri tak tahu macam mana nak update. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Tetapi biarlah aku nyatakan di sini bahawa i was away to chill myself out with Mr Shrek, friends and family dan tak lupa juga melayan nikmat demam.

Ada banyak peristiwa menarik, kalut, gembira, blur, dan tak kurang juga meruntun perasaan. Pendek kata, bolehlah aku katakan ianya adalah dua minggu yang sibuk. Aku akan cuba huraikannya satu persatu dalam entry yang berlainan sekiranya aku berkesempatan nanti.

Namun yang penting, sekarang aku berasa sungguh segar. Sesungguhnya aku benar-benar bersedia dan tak sabar untuk menulis lagi. Yehhaaaa... ;)